Jumaat, 30 Mei 2014

Segmen 48jam Mini Blogwalking bersama Anis Zahirah

Assalamualaikum

 

Lama dah tak join GA.. jom follow sini ^^ 
Semoga ukhwah yang terjalin diredhainya
Zu dah follow blog akak aniszahirah 

Jom join kawan2

Khamis, 29 Mei 2014

Sunshine

EP2

"Bintang..terlihat terang.. saat dirimu datang....cinta..." Nyanyian Reymira terhenti tatakala kornea matanya terbias sebuah wajah yang amat dirinduinya.

"Ooo... menyanyi pula anak dara ni." Aku membetulkan kedudukan diriku apabila indukku datang menghampiri. 

"Eh, mama biasa la. Rey saja je. Bosan, so nyanyi la sikit.. lagu yang Rey nanyi sedap kan bu?" Senyuman dikumtum buatku. Tidak pernah pula ibu membuat riak sebegini terhadapku. Entah-entah, ada udang disebalik batu.

"Siapa kata tak sedap?"

"Ada la. Someone yang tak tahu bakat Rey..."

"Jadi, Rey nak kata yang kamu ni berbakat la."

"Hihihihi.. berbakat tu takde la sangat. Sikit tu boleh la." Pandangan kami bertemu apabila aku renung wajah itu. Ibu senyum dan aku mengikutinya.

"Tapi kan Rey, masa bosan ni la kita harus ini waktu kita dengan benda yang bermanfaat." Aku pelik dengan kata-kata ibu.Apakah yang di maksudkannya?

"Rey..." Tangan ibu memaut bahuku.

"Ya. " Terasa dekat diriku ini dengan ibuku.

"Elok kalau kita berzikir dan bersyukur dengan kuriaan-NYA. 

Hidup ini menentukan tempat kita di alam sana." Ucapan ibu menusuk kalbuku. Baru beberapa hari aku dengar lagu bertemakan nasyid. Sungguh merdu nyanyiannya.

"Sebenarnya. Apa yang ibu mahu sampaikan?" Ikatan dilepaskan. Aku harap ibu menyambung semula perbualan kami tempoh hari.

"Berkaitan Mak Hawa ke?"

Muka cerianya berubah lesu apabila aku menyebut nama itu.

"Ibu sebanarya tak nak beritahu Rey tapi, dah alanga-alang ibu takde apa nak buat. Jadi ibu nak sampaikan sesuatu dekat Rey." Aku tunggu penjelasan ibu dengan penuh debaran. Adakah aku akan bekerja dengan Mak Hawa?  

"Sebenarnya Mak Hawa nak minta Rey tolong jagakan anak dia."

"Siapa ibu?" Setahu aku Mak Hawa hanya mempunyai anak perempuan.

"Tak pasti pula ibu yang mana satu. " Ibu disebelahku mula berganjak ke arah pasu-pasu bunga yang tergantung. 

"Dah lama Rey tak jenguk bunga-bunga ini. Nampak macam dah layu la bu.." Aku tunjuk ke arah pokok bunga mawar yang sedang kuncup itu.

"Iya la. Ibu mesti letak baja ni. Pagi esok ibu bajakan. Nampak macam kekurangan fosforus je ni." Kaca mata ibu diperbetulkan. Seperti saintis lagaknya.

"Hehehe.. betul-betul." Ibu ternyata masih ingat pelajaran di tingkatan lima. Memang tak salah jika aku jadikan ibuku sebagai contoh  jika aku benar-benar mengingati pelajaran sejarah semester lepas.
                                                              
 @_@

Kedengaran kicauan burung yang bebas di dada langit. Aku hirup udara nyaman.  Alhamdulillah. Terasa tenang di hati ini. 

"Kak.... buat apa ni" Aku renung adik lelaki ku yang seorang ini. Nasib baik jantung tak meletus. Kalau tak dapat agaknya aku mengecapi nikmat Tuhan di alam fana.

"Terkejut akak tau. Lain kali bagi salam, baru tak bedebor jantung akak."

"Hee.. ni mesti akak ingatkan Udin ni hero twillight.." Tersengih adik comel di depan ku ini.

"Twillinght?" Berkerut dahi aku cuba mengingati filem yang baru diucapkannya.

"Ha'ah abang handsome yg akak kata macho tu." Dia mengangguk mengiakan.

"Ada-ada la adik ni. Muka tak sama langsung dengan dia. Apa nama abang handsome tu..? " Ucapku perlahan takut ibu mendengari perbualan aku lalu mengeluarkan pelbagai spekulasi.

"Eh, akak ni. Udin ada la sikit-sikit gaya Edward Culan." Fakarudin sudah membuat muncung itik. 

"Adik ni....handsome!..tapi...." 

"Tapi apa kak.. " Sambil melemparkan sengihan, dia lancar bertanya ingin mengetahui apakah yang sedang bersarang di sudut hati kakaknya ini.

"erkk..adik tetap tak sama dengan mamat tu..

ok bye ibu panggil kakak..." Rey berlari memasuki rumah sebelum adiknya bertindak.

                                                            

p/s: masih mencari jalan cerita yang sesuai. Jika mahu menyumbang idea, sila komen dibawah :)  

Rabu, 28 Mei 2014

26/5 is my mother birthday

Assalamualaikum


Talak bukan sesuatu yg baru.. tadi je baru aku belajar dlm kelas. ok la... belajar tentang rujuk, kahwin dan banyak lagi hukum hakam yg aku bljr tadi. Sesi soal jawab ustaz kebiasaannya panjang tetapi, kali xde la pnjg sgt. ZI pun xde mende nak tnya, tak keluar idea..

fuh.. okey la speechless jap.. ok ok.. 
coklat cadbury dikatakan haram tapi, kita semua pernah merasakan?  ok hampir kiamat nanti menda halal haram dah xde bezanya so,ZI nak nasihatkan korang agar berhati-hati la pilih makanan ni. 

Yg ada kod E014 ni dan yg depannya E... Semua tu jgn makan!!! Ustazah ada cerita yg mknan yg ada tanda tu x halal dan bermungkinan ada 
DNA BABI. Better mkn makanan yg mak masak kat rumah conferm xde benda semacam :P tu...lupa pulak nak story mory,,, today is...

MY MOTHER BIRTHDAY... (26/5/2014) selamat hari lahir mama. moga dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki dan sihat selalu.. 

p/s: cerita pendek Sunshine akan disambung minta komen ye.

Isnin, 26 Mei 2014

Sunshine

EP1

Sekolah dah nak mula. Rasa macam baru dua seminggu kita tak sekolah. Lepas ni, tak boleh nak fikir pasal facebook.

“Rey.” Suara ibu kedengaran dari ruang tamu.

Hening. Suara ibu tidak kedengaran. Apa yang dapat ku tancap di pendengaran adalah bunyi window 7.Agaknya ibu mahu mencari resepi kuih.

Musim cuti begini, aku dan ibu bertungkus lumus mencuba pelbagai resepi kek dan apam. Hasilnya, tak mengecewakan.

Ayah selalu memuji ibu tika apam polkadot buatan ibu kena dengan cita rasanya

“Rey.” Nama ku dilaung sekali lagi.

“Ya bu…”

“Sini kejap.” Kaki terasa berat untuk melangkah.

Tiba sahaja di ruang tamu, ibu beralih dari memandang skrin komputer ke muka ku.
Aku cantik?
Perasaan!
Mesti aku ada buat salah dengan ibu ni. Setahu aku, time buat kuih hari tu aku sukat  semua bahan okey je. Kenapa ya?

“Ibu nak tanya kamu something…”
“Macam pelik je. Ada benda yang penting ke buu…?”Gelengan ibu terpamer di mataku.
Alhamdulilah. Ibu tak marah aku hari ni. Aku senggih sendiri.

“Haa… apa hal senggih sorang-sorang tu? “Mulut ku terkunci. Itu la kau Rey, buat benda tak pandang kiri kanan. Kan dah kena.Aku gumam sendiri.

“Eh, ibu tak baik berprangsangka buruk dekat orang. Saja je Rey senyum. Senyumkan sedekah.”

“Ye la tu. Jangan senyum nak minta ibu luluskan pakwe kamu sudah.” Ibu senyum sinis. Kerusi yang beroda itu ibu pusing memandang aku.

“Ibu, Rey takde kawan laki la. Apa lagi nak Ber boyfriend bagai.” Perangai aku yang ganas, akan membuatkan semua jejaka di kelasku cabut. Ahaha. Ustaz kata tak baik sembang dengan lelaki yang takde kena mengena dengan kita. Lebih-lebih lagi bukan mahram kita.
“Ibu rasakan…..Rey patut tolong Mak Hawa.”

“Kenapa dengan Mak Hawa?” Aku pandang ibu pelik. Masakan mak Hawa, jiran lama aku berada dalam keadaan yang kurang baik. No way. Aku sayang dia. Dia adalah antara orang yang banyak tolong aku. Hantar aku pergi sekolah, sanggup menjaga aku waktu ibu dan abi outstation dan macam-macam lagi.

“Cuba bertenang sikit. Kamu tu perempuan Reymirah.Ibu tak nak anak ibu buat perangai tak beradab.”

“Ya ibu. Maaf. Rey terlepas cakap tadi. Boleh Rey tanya tentang mak Hawa?”Aku pandang lantai. Terasa sejuk kaki ini.

 Meminta keizinan untuk bertanya lebih elok berbanding dengan sikap kurang sopan ku tadi. Kesian ibu. Dah berbuih mulut ibu suruh aku menjaga adab. Tapi aku insan  yang sukar nak buat benda yang patut dibuat. Manusia…manusia … sering kali lupa untuk melakukan kewajiban yang sepatutnya.

“Hrmm.. said it.. “ Pandangan ibu tumpah ke muka ku yang sudah berubah.

“Kenapa Rey perlu tolong Mak Hawa?”

Mata ibu cerlung ke wajah ku. Aku cakap benda yang tak elok ke tadi? Aku fikir balik apa yang aku cakap kan. Rasanya ayat aku dah cukup sopan dah.

“Kenapa ibu pandang Rey macam tu?” Aku tenung ibu yang membetulkan kaca matanya.

Kepala digeleng sekali lagi. Aku senyum manis.

“Mak Hawa telefon ibu semalam…” Kata-kata ibu tergantung di situ apabila bunyi basikal adikku, Fakaruddin  memasuki perkarangan rumah  ini.

Biasanya my little boy akan balik jam 5 setengah petang. Kali ini.. erkh.. awal bebenor. Baru pukul 4 petang.

“Assalamualaikum.. ibu …kakak.”

“Walaikumussalam…” Aku dan ibu menjawab salam serentak. Muka penat adik lelaki ku pandang.

“Awal anak ibu balik? Yang tergesa-gesa ni kenapa?”

“Din, kena tukar baju buu.. lepas ni nak pergi sekolah.”

“Ada apa pulak petang-petang macam ni?” Aku bertanya, biasanya petang begini, port kesukaan Din ialah padang bola di sebelah taman perumahan Canggih.
“Kak Rey… ibu.. petang ni Din dan kawan-kawan ada latihan kawad. Dua bulan lagi nak compete.” Dua jari comel miliknya di tunjukkan ke arah aku dan ibu.

Ini mesti latihan kawad untuk budak-budak Kadet Polis. Sekolah lama ku memang terkenal dengan pasukan Kadet Polisnya yang aktif.

“Amboi… kecik-kecik cili padi..” Sempat lagi ibu mengusik Din. Mujur adik ku sudah tenang dari lelahnya. Dirinya yang bersandar penat di sofa empuk ku jelling.

“Spect tu nanti nak letak mana?” Aku jongket kening. Adik handsome ku ini mengenakan cermin mata. Masakan nak tanggal pulak. Orang belok kanan, dia belok kiri pula.. haa sudah masuk longkang la jawabnya.

“Mesti la tanggal kak.”

“Ceh, nak jadi Polis la ni.”

Of course la kak… hehehe” Fakaruddin  memulakan langkah menaiki tangga yang terletak berhampiran pintu masuk dapur.

Aku tenung wajah ibu. Hasrat untuk bertanya lanjut mengenai Mak Hawa terus terpendam jauh di sudut hati. Kami berdua senyum melihat gelagat adik yang mencuit hati.

p/s: baru mencuba menulis.Sudi-sudi la komen 

Ahad, 25 Mei 2014

EXO ID CARD PART1 BY ZURA

Assalamualaikum

Bismillahirahmanirrahim...


Contoh gambar yg korang boleh ambil(jgn besar sangat ye.)

Syarat:
1 Buat entri bertajuk 'EXO ID CARD PART 1 BY ZURA' 
letakkan gambar bias EXO anda di dlm post

2 Tekan iklan(jujur ye ^^)
1 2 3 4 5 6 

3 letakkan url penyertaan anda di bahagian komen
 
Tamat: 30/5/2014

p/s :hadiah akan dikumpul ke hujung tahun. Zu akan beritahu jika ada sebarang perubahan

HELLO MAY GIVEAWAY BY DIRAH

Assalamualaikum


Saya pemilik page facebook 'Suka Blog' .Oleh kerana fb sudah ditutup saya minta dirah agar meletakkan detail pemenang Zura's Note di bahagian komen ^^
Maaf jika tidak dapat menghubungi Suka Blog akhir-akhir ini.

P\s- Cadbury ada DNA babi, jangan amik lagi tau

Ahad, 4 Mei 2014

Nyahaktif Akaun Facebook 3.25 petang 4/5/2014


Assalamualaikum


(facebook yang masyuk)

Mulai hari ini saya dah nyahaktif facebook.. sebabnya,
Terlalu lama menghabiskan masa dengan facebook>  Takut pelajaran terabai pula. Alhamdulillah, lepas ni senang hati tak payah fikir nak buat GA la, Segmen bagai.. hadiah tak payah nak hantar dah. Saya dah penat.

Takpe lepas je exam settle saya buka balik. Insyallah di lain hari kita berjumpa lagi. Ada sorang adik ni kata, fb banyak gossip. Memang pun, saya tengok sampai leka dengan solat dan kerja sekolah.

Lepas ni, nak belajar betul-betul. Tak nak main-main dah.SPM makin hampir. Masa yang berlalu tak boleh nak pusing balik dah ^^

                                                                         XXXXXXX
(budak ni dah tak nak online-online)

Setelah ini, tiada Facebook di dalam kamar hati&mindaku Maksiat juga boleh kita cegah~ Bye2  jumpa di Whatapps je la…

                                                                        XXXXXXXX
(semangat nak bersukan Go Gen-2..go!) 

Bahas, kawad, dan kuiz dah lepas. Tinggal rumah sukan je. Seterusnya boleh belajar elok-elok.
Sekarang ni tengah bertungkus-lumus mencari bahan untuk projek kerja matematik tambahan 2014(perak) dan kerja kursus prinsip perakaunan . Fuh.. memang mencabar. Sesiapa yang tau tentang benda-benda ni boleh la komen ^^


Tekan  >>sini<< untuk cara nyahaktif akaun facebook anda 

30/4 Hari Anugerah Kami ^^


Assalamualaikum


(Comel? Terima kasih… orang yang tangkap gambar ni memang cun.)

Gambar di atas ni semasa para pelajar membuat persembahan pada>> rujuk gambar
  Okey la. Lagu mula2 macam ni..

Adik-adik dibangku pelajareee…
Menuntut ilmu jange mudeh jemuuu…..

Lagu dikir barat ni berentak perlahan. Tapi, ok le sebab sesuai dengan usia mereka yang kebanyakannya pelajar tingkatan satu.kikiki.. comel!

Sejak hari anugerah, ramai pelajar tingkatan satu add kita. Macam bintang popular la pula.. Sewaktu kawad kaki pula, ramai ahli kadet upload gambar di facebook. Status lepas kawad, hanya berkaitan keputusan pertandingan dan gambar diorang yang berbelang-belang. Budak hot pun ikut sama.

Beberapa hari lepas ada Mak Cik ni cakap dengan kita,  sekarang ni mesti  takde jejaka yang nak pinang korang. Hihihi yup. Memang muka kita tak lawa lepas kawad. Kita ni biasa je.

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...