Rabu, 29 Julai 2015

Tips belajar

Assalamualaikum

Dalam mencari ilmu tentu ada strategi dan langkah yg berkesan untuk mencapai keputusan yg cemerlang.Di sini nur akan kongsikan sedikit sebanyak tentang beberapa tips belajar yang nur amalkan dan sedang diamalkan :D

Hasil carian imej untuk berdoa

1) JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH
Yang ni teknik yang paling penting. Allah akan sayang kat kita bila kita sayang kat Allah. Contohnya, sedang kita asyik buat kerja sekolah, lepas tu azan berkumandang tinggal la kerja tu kejap. Lepas dah selesai solat, doa la kat Allah supaya dipermudahkan segala urusan. Insyallah bila kita sambung semula urusan kerja sekolah tadi, semuanya akan menjadi lebih mudah.


Hasil carian imej untuk berdoa



2) HINDARI MAKANAN DIPROSES
Elakkan makanan segera dan ringan kerana, kita tak tahu macam mana ianya diproses dan bahan apakah yg diletakkan di dlm makanan tersebut. KITA JUGA TAK TAHU MAKANAN TU HALAL @ HARAM

Hasil carian imej untuk MAKANAN RINGAN





3) SEDIAKAN BUKU NOTA

Hasil carian imej untuk BUKU NOTA

Tujuannya adalah untuk mencatat nota2 yg cikgu bagi secara lisan @ on the spot. Sebabnya tak semua nota penting dan tips cikgu suruh salin satu-satu. Jadi, cara yang paling efektif, gunakan buku nota tersebut untuk mencatat terutamanya ketika guru sedang memberi nasihat atau arahan. Dalam waktu yg sama, takde la kita lupa nak buat kerja sekolah sebab semua tugasan yg cikgu kita bagi kita dah salin semuanya dalam note book.


4) FOKUS DI DALAM KELAS
Cara naak fokus dlm kelas? > pandang muka cikgu time dia tengah terangkan sesuatu atau dia sedang bercerita. Pokoknya bila cikgu tengah cakap kita maniskan muka dan ikhlaskan hati. Dalam hati sentiasa berselawat agar Allah mudahkan segalanya. Jangan lupa catat apa yang cikgu cakap. Elakkan membuat sebarang aktiviti ketika belajar. Contohnya, memicit pen dengan sengaja 


Hasil carian imej untuk senyum


5) BUAT JADUAL BELAJAR
Kalau tak konsisten pun takpe. Buat ikut kesesuaian pembelajaran anda.



6) MINUM BANYAK AIR
Air membekalkan oksigen dlm darah jadi, bila tengah buat soalan yang susah, misalnya addmath. Minumla banyak air sebab air kan penyejuk badan  ^^

Hasil carian imej untuk senyum



7) ISTIQOMAH DALAM BERIBADAT
Bila melakukan ibadat sunat seelok-eloknya kita buatlah secara istiqamah. Misalnya ketika menunaikan solat tahajud, solat sunat taubat dll. Surah al-mulk dibaca sebelum tidur setiap hari.

8) ELAK BELAJAR DI ATAS KATIL
Terutamanya dalam posisi baring. Tambah-tambah bila study SEJARAH. Letak je buku. Belum sempat buka buku kita dah tidur.  Oleh itu, elakkan la.

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...