Khamis, 21 April 2022

Kuih Raya 2022 - Cornflakes Madu Simple

 Assalamualaikum semua

Salam 19 Ramadhan 1443




Cornflakes Madu 




Kuih raya paling senang nak dibuat. 


Bahan²:
1. Buttercup 1/2 cawan.
2. Gula perang 1/2 cawan
3. Madu 1/2 cawan
4. Paper Cup
5. Coklat rice
6. Cornflakes 325gm



Cara-cara :
Butter + gula perang + madu
cairkan atas pan non stick



lepas berbuih macam ni,
angkat pan/kuali etc yang korang guna 
kat dapur yang takde api



 

Masukkan cornflakes, gaul rata
Tambah ceri & kismis atau apa-apa yang korang suka
Gaul sebati








Letak dalam cup dan bakar 160c 10 min










Adunan ni dapat lah 3 bekas ni
109 pcs












Selamat mencuba. ☺ 
CC: Faizal Yamin




Isnin, 18 April 2022

Kuih Raya 2022 - Biskut Coklat Mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Selamat berpuasa

Hari ni saya nak share satu biskut paling mudah dan sangat sedap




Biskut coklat


Bahan-bahan :

1 ketul butter

1 biji kuning telur

1 cwn gula halus

1/2 cwn serbuk koko

1/2 cwn tepung jagung

3 cwn tepung gandum (kalau lembik sgt tmbh lagi)

1 sk esen vanila

Coklat rice/coklat chips utk hiasan


Cara-cara :

Kacau butter & kuning telur, saya guna senduk je

Lepas tu msukkan gula halus & esen vanila.. Kacau lagi

Kemudian msukkan serbuk koko, tepung jagung & tepung gandum skit2..tmbh kalau adunan lembik tp jgn smpai keras sgt..sedang2 xlekat kt tgn sgt..uli sebati

Tekap adunan..sapu telur putih & tabur coklat rice /lain2 utk hiasan

Kemudian bakar suhu 160 dlm 30 minit ( @ ikut oven masing2)


Gambar bahan -bahan 






Sebelum bakar






Selepas bakar









Sesudah bakar





Boleh la buat kudap-kudap anak buah balik raya nanti hehe ^^
Rasa lemak coklat yummy


Adunan ni dapat

🤎1st 43pcs
🤎2nd 48pcs
🟤3rd 41pcs

132 pcs biskut coklat

17042022   Jam 9-12.15tgh hari



Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...