Sabtu, 25 Mac 2017

Lagi dua hari









Ya ya lagi dua hari.

Assalamualaikum 


Hrmm. Rasa macam tak larat. Tapi, aku perlu kuat... 

Sebab nak kumpul duit.




Biasanya, aku simpan macam ni. Sebab senang nanti nak kira balik.Duit pun confirm tak berusik.





Teknik ni dulu aku guna untuk simpan duit masa sekolah dulu. Terinspirasi nak simpan duit sebab seorang cikgu kesayangan tu. 






Baru-baru ni hari lahir ayah ku. 10 Mac 2016

Semoga kekal tabah ya bah.



Bila sebut pasl hari lahir ni.. rasa nak tergelak...

Sebab kat kantin ni, kalau siapa yang birthday girl or boy, boleh redeem sesuatu yang bernilai RM3.
Haha


Pastu ada yang nyanyi lagu selamat hari jadi.






Sorang mamat tingkatan 5 tu, budak sekolah tu juga...

"Bukan hari jadi lah"

"Haah. Tak tau bila hari jadinya"

Pastu yang Cik Im, tauke kantin (Bukan nama sebenar)... buat lawak pulak. Pastu tersengih-sengih. 


>,<




Air ni bos bagi masa kerja hari ahad minggu pertama teman bekerja.


BIAR LAH NAMA KANTIN ITU DI RAHSIA KAN


p/s- Doakan daku berjaya di dunia dan di akhirat.


Selasa, 14 Mac 2017

Teringin

Assalamualaikum.



                  ^^


Dalam diri ni memang membuak-buak nafsu nak bertelefon baru. Murah-murah pun takpe. Janji dapat guna.



Dan zu berkenan yang ni. Murah and elegant.











Walaupun duit gaji 2 minggu bekerja cukup untuk beli handset ni, zu tak sanggup nak guna.... Nak guna duit masa study nanti. 


Doakan zu dapat beli handset dengan harga yang berpatutan dan telefon yang berkualiti.

Lazada Birthday Blogger Contest

Assalamualaikum




Lama dah tak join contest di blog. Maaf sangat kat blogger yang ada ajak zu. Sekarang ni zu busy kerja. Semalam ada rakan blogger WhatApps zu, katanya Lazada ada buat contest untuk blogger. Selama ni taktau macam mana nak join contest Lazada. Dia ajar zu join jadi... terhasillah entri ini. ^^





klik pada gambar untuk join






 a.       What do you love about Lazada Malaysia?
Soalan ini agak rumit jawapannya sebab saya belum pernah beli kat Lazada. Tapi kalau ada peluang…. Saya nak!!! Haha. Saya sangat suka akan cara pengiklanan Lazada. Menarik! Ada tawaran pemulangan percuma dan COD.





b.   Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite prouducts)
Sebenarnya, semua barang saya suka kat Lazada. Yang paling saya minat adalah



Telefon bimbit – Huawei p9

Sebabnya… telefon saya dah macam tak boleh guna…T-T
Lagipun, telefon ini 2 in 1 phone dan camera. Jimat sikit. Nak iphone. Tapi takpe lah. Jenama ni pun okeyy.








 








Laptop – macbook

Sebab saya nak gunakannya masa future study nanti. Saya mana ada laptop sendiri.   =,=















Printer – jenama Epson

Dapat memudahkan saya untuk mencetak dokumen dan gambar penting nanti. Lagipun, printer jenama ini dipercayai ramaiii dan dulu, zu print kerja kursus guna printer cikgu jenama epson juga. Lajuu je keluar...












c.    How do you think Lazada Malaysia can improve?

Lazada perlulah mengambil pekerja yang positif, berilmu dan mampu menyumbang idea dalam langkah untuk memperluaskan pasaran empayar membeli belah dalam talian LAZADA. Ewah… jawapan macam buat kerja kursus ekonomi pula.





d.     What is your birthday wish to Lazada Malaysia?

Semoga Lazad terus maju, dapat beri job kat blogger macam kami hihi  dan…..  sentiasa diredhai Allah SWT hendaknya.










Kepada blogger yang lain, jom join berjamaah.
Good luck sayangku semua. Semoga ada rezeki kita.





#supportlazada
Terima kasih bff blogger sebab ajak join. Zu pun tak tau senanya.





Due date – 23 Mac 2017




p/s- hari ini zu nak pergi ujian komputer memandu motorsikal. Doakan zu berjaya!

Ahad, 5 Mac 2017

Erti syukur

Assalamualaikum





Selasa lepas. 28 feb... Result STPM 2016 dah keluar. Seriously, zu x dpt poplat. Tapi bersyukur sesangat sebab tolak beberapa tawaran dulu.







Betul lah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah...

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."







Result kali ni, rasa   macam nak menangis. Sedih. Tapi takpe. Teruskan perjuangan.




28 FEBRUARI 2017
Zu mula bekerja di kantin sekolah. Sepatutnya zu kerja dengan kawan form 6 perempuan. Tapi zu tak call dia. Terpaksa lah ku bawa diri sensorang di kantin sekolah yang tak ku kenali...huhu


Sekolahnya dirahsiakan. Mula-mula kerja, sakit badan-badan. Tapi okey je lepas dah 5 hari ini. Tapi ada kawan form 6 lelaki, sekelas juga kerja situ. Tapi nak berhenti. Okey je la. Dia memang tak suka kerja berat macam tu. Even bergelak ketawa dengan orang. Ada ke patut dia tanya,



"Kaki kau sakit tak?"


"Tak nak berhenti ke?"


"Ni baru sikit zura..."


Yang cakap ni ajet ajet dah kerja berpuluh tahun  =,='






Sabau je lah. Mama zu cakap...


"Sabar je la... nanti ok lah. mula-mula memang penat."

Pastu mama cerita pengalamannya hidup susah dulu-dulu.




Ada seorang kakak tu. Kak Az (bukan nama sebenar). Dia kerja kat kantin tu 8 tahun. Tabahnya.

Tapi kisah hidupnya memang tragis. Mama zu cerita.








Kerja kat kantin ni... Saja nak cerita lah.

Kena selesaikan semua benda dari A -Z






Mula-mula lap meja, mengemop, letak bekas makanan, letak ais paket besar kat depan,susun cawan, isi air, buang sampah, angkat pinggan, basuh pinggan, tirap pinggan, lap pinggan, susun pingan, bancuh air, layan budak nak beli, isi keropok dalam plastik dan kelim, isi air kotak dan mineral kat peti ais. 

.....

dan banyak lagi sebenarnya.




Dah nak balik, kena lap meja, sapu sampah dan mop. 




Sebenarnya...
Kita kena buat semua kerja yang belum selesai. Ada kerja belum selesai buat cepat-cepat.
Lepas dah agar lama kerja di sini, zu konklusikan yang kerja ni kerja dapur. Sesuai untuk perempuan... tak rugi kerja kat sini walaupun asyik kena sergah dan dimarahi.




 Sebelum balik dapat upah. 


Tapi...

JANGAN LUPA PUNCH CARD pulak.



Teringat kata-kata sahabat form 6 yang kerja kat situ jugak


"Hari ni kau tak dapat gaji tau zura."

erkkk... apakah


kerana... gaji hari ini dapat esok. 







Hari sabtu, (semalam) kantin ada buat katering untuk 2 tempat. Zu ikut hantar dan ambil bekas makanan. Pergi kat sana 3 kali.



Hantar makan pagi, tengah hari, dan ambil bekas makanan.
Tapi tak penat sangat sebab tak perlu basuh pinggan.





Tapi, zu tau bersyukur tu amat penting dalam segala hal sebab rezeki Allah yang bagi.

Doakan zu tabah menghadapi ujian ini dan dapat simpan duit untuk ke universiti nanti.

Maaf atas segalanya.


Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...