Khamis, 22 Jun 2017

Hotel Dengan Harga Yang Berpatutan Di Bukit Tinggi Pahang

Assalamualaikum dan hai hai hai…


Hasil carian imej untuk bukit tinggi bentong


Pernah tak korang merancang nak bercuti di Bukit Tinggi di Bentong Pahang?? Percutian ala-ala Perancis gittu korang…pernah tak?? Mesti pernah kan…setiap orang mesti ada angan-angan..tak kan la tak ada..hehehe…Tapi kan kita nak bercuti ke tempat yang tinggi ni mesti perbelanjaan  or bajet untuk percutian pon lari sikit laaa betul tak??


Tapi korang tak payah risau lahh..dengan adanya Traveloka, korang boleh dapatkan hotel idaman korang pada harga yang sangat berpatutan!!..So! entry kali ni zu nak ceritakan kat korang semua hotel yang menawarkan harga berpatutan yang terdapat di Bukit tinggi Bentong Pahang nih! dimana ia menawarkan harga yang korang sendiri tak akan percaya punya lah! zu pon tak percaya okay..ahhaha!! so teruskan membaca okay!



Apa yang aku tahu la kan, di Bukit Tinggi mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang boleh kita lawati seperti perkampungan yang bertemakan Perancis, Perkampungan Jepun, Animal Park, Horse Trails, Botanical Garden dan banyak lagi la u ollsss..bukan tu saja taw..korang pon boleh menikmati angin yang sejuk dari bukit di Bukit tinggi ni serta keindahan alam semula jadi yang memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata..hahahah!


Hasil carian imej untuk perkampungan jepun bukit tinggi bentong



Hasil carian imej untuk bukit tinggi bentong



Hasil carian imej untuk animal park bukit tinggi bentong



Hasil carian imej untuk botanical garden bukit tinggi bentong


Okay now zu nak share nama hotel yang korang boleh menginap if korang bercuti ke Bukit tinggi ni iaitu The Waterway Villa. For those yang suka hotel yang berkonsepkan mewah Klassik, korang boleh la menginap di sini okay...nama pon dah grand kan..apatah lagi dalam hotel tuh! Pergh! Cantik sangat korang…and yang penting hotel ni berpatutan okay…Untuk pengetahuan korang, The Watery Villa ni terletak di tengah-tengah hutan tropika yang damai dan tenang di Bukit Tinggi Pahang. For your information la kann, hotel ni berfungsi sebagai salah satu tempat percutian yang hebat di mana kita dapat lari dari kesibukan di Bandar dengan menikmati keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Villa ni..


Hasil carian imej untuk waterway villa bukit tinggi bentong



The Waterway Villa


Kalau u olls stay kat sini, zu sure korang akan dapat pengalaman yang paling berharga sebab kat sini korang boleh membuat pelbagai aktiviti rekreasi dan dapat bersiar-siar menghirup udara yang segar di samping menikmati pemandangan yang indah..wahhh!! bestnya u ollss..confirm segala masalah akan hilang macam tuh je!



Hasil carian imej untuk waterway villa bukit tinggi bentong




Terdapat lima pilihan Villa yang boleh korang pilih antaranya ialah Bali Villa yang berkonsepkan ala-ala Bali, Hill Villa yang terletak di pucak bukit yang mempunyai keindahan yang sangat fantastic, Stone Villa yang direka dengan menggunakan bahan alam semula jadi serta villa ini di kelilingi oleh taman dan sungai yang berkonsepkan klasik, Glass Villa yang terletak di tepi bukit serta menawarkan pemandangan yang indah, dan yang akhir sekali ialah Bamboo Villa yang diperbuat daripada buluh dan kayu yang berkualiti dan direka mengikut konsep tradisonal Bali. Setiap villa yang terdapat di sini mempunyai kelebihan dan keunikan yang tersendiri. So korang tak perlu takut, harga yang di tawarkan di sini sangatlah berpatutan dengan apa yang ada di sini..Sure korang akan berpuas hati kalau korang stay di The Watery Villa ni..



Hasil carian imej untuk waterway villa bukit tinggi bentong





Hasil carian imej untuk waterway villa bukit tinggi bentong






Okay sekarang zu nak cerita antara aktiviti yang boleh korang lakukan di sini.. Antaranya ialah berbasikal, memancing, jungle tracking, hill climbing dan melawat ke kebun buah buahan yang terdapat di sekitar villa ni..So for those yang suka aktiviti lasak sini lah tempat yang sesuai untuk korang menginapan sebab banyak aktiviti yang boleh korang buat kat sini..



Korang juga boleh relax di kolam air panas di mana di sini korang akan menikmati air panas semula jadi..wahhh nyaman korangg!! U olls must try taw..jangan tak cubaaa…



Hasil carian imej untuk waterway villa bukit tinggi bentong



Imej yang berkaitan




So inilah serba sedikit yang aku boleh share dengan korang tentang The Watery Villa Bukit Tinggi ni..kalau korang nak tahu lebih lanjut apa yang ada di villa ni korang boleh la survey di website traveloka ye.. So, Kenapa korang still nak buang masa?? Jom la book hotel idaman korang di https://www.traveloka.com/en-my sekarang!



Tudung Raya dibeli dari Shoppe dengan harga yang tak dijangka

Assalamualaikum










Sehelai hanya RM5.50. Kami beli 6 healai. Kakak zu yang belikan..



Rabu, 21 Jun 2017

Resepi Popia Bercoklat Badam Lazat Berkrim

Assalamualaiku.

Hari raya tak sah kalau kita tak hidang kuih raya, Jadi, zu ada cadang nak buat kuih dalam 1-3 jenis sahaja. Semalam dapat buat sejenis. Alhamdulillah.

Bahan - bahan yang diperlukan :



25 keping kulit popia
250 gm coklat masakan
badam cincang
serbuk roti / biskut kering yang dihancurkan

Cara-caranya:

1. Ambil plastik yang bersih, masukkan biskut kering. Anggaran zu, 1/2paket biskut kering. Kita kasi dia hancur. Tumbuk-tumbukkan dia...Guna lesung pun boleh.





Pastu akan jadi macam ni




Letak dalam mangkuk.





Sebelum tu, kita sangai badam cincang atas kuali... dengan api perlahan. Masa tu lah hancurkan biskut ni. Jimat masa dan tenaga gituuu...



Ketepikan sekejap.









----





Lepastu, kome ambil kulit popia tadi. Bahagikan kepada 3 bahagian yang memanjang, Pastu kerat dua. Dapatlah dalam 6 helai kulit popia yang tebal. (25 x 6 = 150 keping)



Kalau nak senang buat, carikkan satu-satu sampai habis dulu. Macam yang zu buat ni.




Dah siap tu, ambil satu kulit popia, kita gulung kat pensil tu manja-manja je sebab nanti kalau ketat susah pulak nak keluar. Pastu, gamkan hujung kulit popia tu guna air. Zu tak guna telur sebab berbau dan melekit.





Dah siap semua, jadi lah macam ni...









Pastu kita goreng kan ia dengan minyak (memang lah dengan minyak takkan dengan air pulak) Hehe. Guna api slow ya kengkawan.





Ini lah hasilnya





Kesemua kulit popia yang telah siap digoreng krup krup. (Eh, sound effect pulak)






Coklat masakan kita cairkan guna kekdah double boiler.







Campurkan badam tadi dengan serbuk roti, gaul sebati...







Celup kulit popia dalam coklat.






Salut dengan campuran badam dan serbuk roti tadi.






Kerana penat, ku gaul semua kulit popia dengan coklat masakan sekaligus. Jimat masa.







Yang tak abis ni boleh simpan, buat topping untuk cornflake bercoklat ke hewhew...









Ini lah hasilnya.






Masuk sekejap dalam freezer dan letak dalam bekas kedap udara. Dapatlah dalam  bekas ni...






Resepi credit to : Seminit Resepi

Baki kulit popia apa yang patut zu buat ya?

Kerja Kanteen : Hari Terakhir Kerja di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum

Semalam hari terakhir kami berempat bekerja di kanteen di bulan ramadhan.








Dan lepas raya ni, mesti lagi penat sebab tak cukup pekerja...

And i hope so, mak long berhenti. 

Selasa, 13 Jun 2017

Untuk nampak cantik di Lebaran ini, berbelanja la di....

Assalamualaikum






 a. What's your color theme for this Raya? 
Purple! ^^


 b. Share your outfit details for this Raya

Baju ni tempah dengan kawan sekampung mak. Namanya cik ende. Baju Kurung Kedah + Kain Selisih



 c. What outfit/clothes would you like to buy on Lazada’s platform for this Raya? 

Kalau aku, memang semua aku nak beli, tapi aku berkenan yang ni







sebab apa? Sebab ianya eksklusif, elegant dan menarik! Boleh Matching dengan mana-mana tudung dah sentiasa evergreen kata orang kampung.






p/s- Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya yang berlangsung pada Mei 19 sehingga 30 Jun (diskaun sehingga 90%!). Mana nak dapat kome... jom ke Lazada...

Isnin, 12 Jun 2017

My Ramadhan Home - Rumahku Syurgaku

Assalamualaikum






Kiranya, ni contest ke dua untuk bulan Ramadhan ni. Maka, jom le mengkome jawab... Udah selesai jawab, moh kita membeli belah pula. Untuk bulan ni, zu dah beli satu barang kat LAZADA dgn kemku.





a. How are you decorating your house to be Raya ready? 
Actually, not yet. Cuma kemas-kemas kasi cun adalah sikit-sikit.





b. Share your house decorating tips for this Raya 

Sebenarnya, aku kurang tau bab menghias rumah ni. Tapi, bagi aku.. biar nampak ringkas dan kemas. Bersih sudah semestinya. 




c. What kind of products (e.g., furniture) can you get on Lazada’s platform to help you decorate your house for this Raya? 

Memandangkan rumah teman ni ku kabo banyak novel yang agak tidak tersusun, jadi teman memerlukan ni dia...





 Jangan tak tau, LAZADA pun ada buat sale sempena Ramadhan Karem tau : My Ramadhan Home(link) : Discount up to 80%




p/s- Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya yang berlangsung pada Mei 19 sehingga 30 Jun (diskaun sehingga 90%!). Mana nak dapat kome... jom ke Lazada...



Rabu, 7 Jun 2017

Pengalaman interview IPG di IPGKBM Lembah Pantai, KL

Assalamualaikum



Yeay! Syukur alhamdulilah… akhirnya, zu dapat panggilan iv IPG. Ini bermaksud, zu berjaya lepas UKCG. Sebenarnya memang tak jangka. Sebab aku orang pertama yang keluar dari medan larian. Aku ghase tak sampai level 3 kot. Ke sampai? Entah. Aku tak kira.


Pengalaman UKCG 2017



Mulanya, aku eksited la nak iv IPG. Aku ada minta cuti kat bos apa semua, then aku dapat la pergi iv. Huhu. Kejadian dia camni, aku nak share dari hari reveal keputusan dapat iv IPG dak.





20 mei // sabtu –
Aku balik dari kantin jam 11.30 malam lebih kurang

21 mei // ahad –
cuti, petang tu aku bertolak ngan my brother, sil and my mum. Kami tumpang tidur kat rumah Pak Cik di Mutiara Subang Bestari,  jarak antara rumahnya dengan kampus IPGKBM memang tak jauh. Around 30-35 minutes.

22 mei // isnin –
pergi iv. Kami group terakhir yang keluar dari IPG

23 mei // selasa –
cuti

24 mei dan hari-hari berikutnya –
kerja seperti biasa







Kronologi di IPG





Dalam pukul 7 pagi, kami sampai. Cari parking.



Menara TNB



Masuk dalam IPG tu, serius cantik. Tengok student IPG tu, rasa macam best je. Pakai baju cantik, bawa buku apa semua. Naik tingkat atas. Pakai tangga hihi.




Duduk di tempat yang di sediakan untuk penjaga (lobi). Pastu tengok sekeliling. Macam ramai naik atas, aku pun ajak lah adik belakang aku naik atas. Kami naik ke tingkat tiga


And,.... aku tinjau la bilik temuduganya..



Bilik ada 4, sesi pun ada 4.

Zu dapat bilik 4 dan sesi 4.



Kemudian, cikgu cikgi IPG pun minta kami berbaris ikut Sesi dan duduk. Mereka beri panduan tentang penyusunan sijil dan dokumen.




Lepastu, kami diminta tunggu di lobi sementara menanti waktu temuduga berlangsung.



Lobi IPG,


Dari belakang...



Around














Dari atas



Kat sini, aku jumpa kawan STPM (student 4 flat) yang ku kenali melalui group whatApps. Laki. Bukan laki orang. >,<


Masa nak makan kat kafe tu, Aku jalan lah ke lif. Pastu tinggal beg pula..
Aku pun jalan la ambil beg tu. Pastu pastu..


Tetiba je ada orang tegur.


"Oi Zura."

Aku pun ok je la.

"Oh, Fahmie ya?"


Haha. Beberapa saat pastu aku pun beredar. Sekejapkan jumpa. Hahaha.


Cafeteria.

Masa aku sampai, ramai student ipg tengah berbaris, aku pun join la. Tapi ok juga harga makanan kat sini. 


Lepas makan, aku pun tunggu la kat lobi ngan mak aku. Pastu kami (zu dan kawan-kawan) naik atas.


Sementara menunggu...



Semoga zura lulus temuduga IPG ini...



Terima kasih kerana mendoakan ^^


Result IPG boleh disemak mulai 23 Jun 2017









Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...