Rabu, 27 Julai 2016

Kandil di kaki gunung – Roza Roslan

Assalamualaikum

Baru-baru ini, mood membaca memang memuncak. Dalam bulan ini bulan birthday nur dah khatamkan 3 buah buku. Buku motivasi Jom tengok my first buku yg telah dibaca awal bulan ini


 Kandil di kaki gunung – Roza Roslan



                                     



My first impression,
Aduhai... tebalnya buku.... berkulit keras.... jenuh nak membacanya.... Aduhai....!

Bila baca first-first tu. Awesome!
Tak boleh ucap dengan kata-kata. Jalan cerita yang tak boleh ditelah, penceritaan yang cukup baik. Ada koheran dan kohensinya.


Ceritanya ada pada setiap diri kita.
Buku ini mengisahkan tentang kisah hidup penulis itu sendiri. Dari beliau kecil sehingga dewasa, kemudian berumah tangga dan bekerjaya.



Buku ini adalah kompikasi buku









Cerita yang sangat tak boleh lupa

Botok-botok

Basikal Tua
Bila acik Roza n sepupu2 pergi main basikal Atok Abah (tok sebelah bapa acik Roza)
Lps Atok Abah dpt tahu...huhuhu dpt le habuannya.

Petai lalang
Acik Roza dan kawan-kawannya nak pergi daftar tingkatan 1 di sekolah menengah. Sebelum pergi sekolah menengah tu, deme pun makan petai lalang. Petai lalang, sememangnya ada ditepi-tepi jalan.
 Bila pelajar lelaki dari sekolah menengah tanya nak pergi mana? diorang jawab la : nak daftar tingkatan 1. 
“Mak aii... bau petai.”

Ibu tiri
Berlakon drama. Tukar jalan cerita, Ibu tiri kena buli dengan anak tiri

Lepat
Bila merajuk, Acik Roza akan ke rumah Mak Wa, bukan untuk mengadu. Tetapi, membawa hati yang luka. Bila merajuk beliau akan diam manakala mak wa yang mengetahui sikap cucunya mula memberikan kata-kata bermotivasi berupa kiasan. Pada suatu hari apabila beliau merajuk, mak wa ajarkan Acik Roza untuk membuat lepat. Buka satu jenis lepat diajarkannya. Tetapi tiga. Lepat pisang, ubi kayi, dan labu.

Kutu
Acik Roza merajuk time tu. Sebab dapat ‘hadiah’ daripada abahnya. Sebab ada kutu, acik Roza tak merajuk dah kerana ibunya tolong buangkan kutu dri rambutnya dengan penuh kasih sayang... nak menangis rasanya bila baca

Asam Boi........  limau kasturi n asam boi disatukn lps tu mkn...uiii kecur air liur

Bermain Hendak-Hendak

Burger sebutnya ber...ger bukan  burr... gurr.

Paling tak tahan Abang Biasiswa, Abang Lu’E dan abang yang semendang sengih je.
So sweet.



Dan banyak lagi cerita yang nur suka dalam buku ni. Banyak kisah  dan pengajaran disebaliknya.
Diringkaskan cerita pemilik nama Roza Roslan amat independent...berdikari not makes people around feel sad or menyusahkan.

Zaman kanak2, beliau teringin ke luar Negara. Tapi, hasrat tersebut semakin pudar kerana apabila 

cikgu bertanya
apa cita-citanya?
Nak ke luar Negara.
Nak keluar Negara kamu mesti pandai belajar.
Jadi, diniatkan agar dapat dijodohkan dengan suami yang pendai agar dapat ke luar negara

Menginjak umur remaja, beliau sekolah menengah biasa-biasa

Bila dah dewasa, kerja di warung Ucu Enon, ibu saudaranya (sebelah ibu) .... kemudian masuk        ITM Dungun

Kemudian...err  tak best la kalau nur cerita kat sini. Korang kena baca baca sendiri. Baru feel.
Hanya ada 735 muka surat.

  
p/s- buku ni lebih best daripada novel. Ini kisah sebenar bukan rekaan.


Selamat membaca kawan-kawan



Rabu, 20 Julai 2016

Result penggal 2 STPM keluar 3 Ogos II Rabu


Assalamualaikum


Lagi beberapa minggu lagi kami akan menduduki peperiksaan MUET.
Bukan setakat itu sahaja, Keputusan P2 juga akan menyusul beberapa hari lepas MUET selesai.
Mohon doa rakan-rakan blogger

Semoga kalian berjaya juga !  ^^




Isnin, 11 Julai 2016

Ekonomi Sara Diri 1

Huraikan Sistem Ekonomi Yang Diamalkan Di Tanah Melayu Sebelum Campur Tangan British Pada Tahun 1874.
Pengenalan :
  • Sebelum campur tangan British, sistem ekonomi Tanah Melayu bersifat sara diri.
  • Ekonomi sara diri bermaksud melakukan pelbagai kegiatan ekonomi secara kecil- kecilan untuk menyara diri dan keluarga sahaja. Sekiranya ada lebihan, barulah dijual atau aktiviti pertukaran mendapatkan barang-barang keperluan lain yang tidak dihasilkan sendiri boleh dijalankan.
  • Kegiatan terpenting ialah pertanian.Di samping itu, terdapat juga kegiatan perikanan, berburu, penternakan, mengutip hasil hutan dan pertukangan.
  • Di samping itu, penduduk Tanah Melayu juga menjalankan kegiatan ekonomi komersial seperti pertanian dagangan, perlombongan dan perdagangan.
Isi-isi :
Ekonomi Sara Diri
Pertanian :
  • Dari aspek pertanian, padi merupakan tanaman utama. Terdapat dua jenis padi utama. Padi sawah ditanam di kawasan lembah sungai atau t anah rendah dan rata. Ia memerlukan air yang banyak. Padi huma atau padi bukit ditan am dikawasan tanah tinggi atau lereng bukit dan tidak memerlukan air yang banyak.
  • Kawasan penanaman padi yang utama ialah di Kedah Perlis,Seberang Prai, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan.
  • Sistem pengairan dapat memajukan sistem penanaman padi pada awal abad ke-19.
  • Terdapat 3 jenis pengairan yang digunakan iaitu kincir air, terusan dan empangan.
  • Pada tahun 1885, terusan Wan Mat Saman sepanjang 32km telah dibina di Kedah untuk mengairi sawah padi. Padi dari negeri Kedah dan Perlis mendapat pasaran yang baik di Pulau Pinang. Selain itu, Kedah turut menjalankansistem pajak (ampun kurnia) yang dianugerahkan oleh raja kepada tauke-tauke dari Pulau Pinang untuk mengusahakan kegiatan ekonomi tertentu
  • Selain itu, terdapat juga tanaman lain seperti kopi, tembakau, sagu, pisang, jagung,tebu, ubi kayu, lada hitam dan gambir. Pokok buah-buahan juga ditanam untuk kegunaan sendiri seperti kelapa, durian, manggis, langsat danlain-lain. Terdapat juga pokok pinang, kabung, nibung dan nipah yang mempunyai nilai-nilai perniagaan. Jika berlebihan, ia akan dijual untuk membeli bar
  • angan yang tidak mereka hasilkan seperti pakaian.
Perikanan :
  • Merupakan aktiviti utama penduduk yang menetap di tepi laut,sungai dan tasik dengan menggunakan peralatan tradisional seperti bubu,lukah,serkap,jala dan kelong.
  • Di Pantai Timur kegiatan perikanan antara bulan Mac dan Oktober. Musim Tengkujuh pula tangkapan tertumpu di sawah padi dan tasik.
  • Jika ada lebihan tangkapan dihasilkan pula makanan seperti belacan, cencaluk, budu,
  • keropok dan ikan kering.
Berburu :
  • Kegiatan memburu binatang untuk mendapatkan sumber makanan juga dijalankan seperti pelanduk, kancil dan ayam hutan.
  • Kegiatan menjerat gajah dilakukan untuk dijadikan binatang pengangkutan terutamanya di Pahang.
Ternakan :
  • Ternakan secara kecil-kecilan seperti lembu, kerbau dan ayam itik dilakukan disamping kegiatan pertanian.
  • Binatang ternakan juga digunakan untuk membajak sawah dan menarik kayu.
Memungut Hasil Hutan :
  • Kegiatan sampingan lain dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional ialah mengutip hasil hutan seperti damar, rotan, getah perca, pelutung, kayu dan buluh. Dalam masyarakat Melayu tradisional, kegiatan ini dipanggil “meramu”.
  • Hasil-hasil ini dijual sebagai pertukaran bagi mendapatkan beras, garam dan kain. Perkembangan pusat perdagangan di Kedah dan Melaka membolehkan hasil-hasil hutan dijual kepada pedagang-pedagang asing.
Pertukangan :
  • Antara kerja-kerja pertukangan ialah bertukang, bertenun, menganyam kain dan menghasilkan kraftangan. Kegiatan pertukangan melibatkan pe rtukangan kayu seperti membuat rumah dan sampan serta pertukangan logam seperti membuat alat-alat senjata.
  • Di samping itu,terdapat juga aktiviti meembuat periuk belanga dari pada tanah. Penduduk di Pantai Timur juga menjalankan aktiviti menenun kain, songket dan membuat alat penangkapan ikan terutamanya pada musim tengkujuh.
Ekonomi Komersial
Pertanian Dagangan :
  • Sebelum campur tangan British, penduduk Tanah Melayu juga menjalankan sistem ekonomi komersial berlandaskan pertanian dagangan.
  • Awal abad ke-19, ladang-ladang gambir yang luas milik kongsi Cina t elah dimajukan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Di Johor, lada hitam dan gambir diusahakan di antara tahun-tahun 1840-1850-an. Kedua-dua tanaman ini ditanam di bawah sistem Kangchu. Tanaman ini mendapat pasaran yang menguntungkan diSingapura dan Eropah
  • Di Seberang Prai, buah pala,cengkih dan tebu telah diusahakan oleh saudagar-saudagar Eropah pada awal abad ke-19.
  • Ubi kayu ditanam di Melaka pada pertengahan abad ke-19. Dianggarkan pada tahun1860, terdapat kira-kira 400 hektar ladang ubi kayu di Melaka.
Perlombongan :
  • Pada peringkat awal aktiviti perlombongan dijalankan secara kecil-kecilan. Pembesar-pembesar Melayu berperanan sebagai pengeluar modal seperti Long Jaafar dan NgahIbrahim di Perak.
  • Bijih timah,bijih besi dan emas merupakan hasil perlombongan yang terdapat di Tanah
  • Melayu. Perlombongan bijih timah tertumpu di kawasan pantai barat Semenanjung Tanah Melayu. Di Perak, bijih timah di kawasan hilir Perak dan Kinta diusahakan pada abad ke- 19 oleh pelombong cina dari Pulau Pinang, contohnya Kapitan Chong Ah Kwee. Kawasan Larut menjadi kawasan utama selepas 1840-an
  • Di Selangor, kawasan perlombongan Lukut dibuka oleh Raja Busu yang berasal dari Kesultanan Selangor. Ramai saudagar negeri-negeri Selat melabur di Lukut. Lebih daripada 20000 orang Cina menjalankan aktiviti perlombongan di Lukut. Kawasan Kelang ialah kurniaan Sultan Muhamad kepada Raja Abdullah. Ia dieksport ke luar pada tahun 1859
  • Di Negeri Sembilan pula, pelombong-pelombong cina telah melombong di Sungai Ujong sejak 1828. Kawasan ini berkembang pesat pada pertengahan a
  • abad ke- 19 dibawah Dato’ Bandar Kulup Tunggal dan Dato’ Kelana. Eksport bijihnya meningkat daripada 7000 pikul pada tahun 1830-an hingga 20000 pikul pada tahun 1855. Kebanyakan bijih dari sini dieksport ke negeri-negeri Selat terutamanya Melaka
  • Lombong-lombong bijih timah dibuka di Melaka seperti kawasan Durian Tunggal,Air Panas dan Kesang telah dibuka sekitar tahun 1840-an
  • Di Pahang,kegiatan perlombongan bijih timah diusahakan di Kuantan oleh saudagar-saudagar negeri-negeri Selat Perdagangan.
  • Kegiatan ini dilakukan oleh rakyat,pembesar dan golonganbangsawan. Orang Melayu mula terlibat dengan perdagangan antarabangsa dengan adanya pelabuhan seperti Melaka,Pulau Pinang,Kedah dan Johor lama. Contohnya di Terengganu kegiatan perdagangan dengan China menjelang tahun 1830. Masyarakat Cina Terengganu sudah pun mempunyai seorang kapitan Cina. Sultan Omar menggalakkan perdagangan luar yang mengeksport emas,bijih timah,kopi,pinang,rotan dan damar.
  • Barangan lain yang dibeli ialah tembikar,candu dan kain dari pedagang Cina,Arab dan India.
  • Pahang mengeksport bijih timah dan kapur barus serta mengimport sutera dan kain dari Jawa.
  • Johor mengeksport gading gajah,tanduk badak ,bijih timah dan pinang kering.
  • Kaum wanita di Kelantan berniaga di pasar-pasar pada abad ke-19 hingga sekarang.
  • Penggunaan mata wang melancarkan jual beli dan perdagangan.
Perhutanan :
  • Kegiatan perhutanan yang dijalankan oleh masyarakat Tanah Melayu ialah mencari rotan, getah perca dan pembalakan.
Kesimpulan :
  • Kesimpulannya, sistem ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan Barat merupakan sistem ekonomi sara diri dengan tumpuannya ke atas pertanian dan sistem ekonomi komersial yang berat kepada pertanian dagangan, perlombongan dan perdagangan
  • Tanah Melayu begitu kaya dengan hasil alam sehingga perdagangan dapat dijalankan dengan negara-negara Eropah dan negeri-negeri Selat sejak awal abad ke- 19 lagi.
  • Kekayaan hasil bumi ini juga menarik ramai saudagar Cina dan Eropah menanammodal dalam perusahaan pertanian dagangan dan perlombongan.
sumber

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...