Ahad, 23 Februari 2014

My lovely cockel



Assalamualaikum


Hari ni zu nak ajar masak… masak apa?



Masak kerang rebus. Sebabnya ini je resepi yang paling senang dan ada juga sebilangan manusia yang tidak tahu merebus kerang. Oleh kerana mama nak makan kerang jadi, masak je la…

Dari situlah zu tahu tentang masak kerang… opss merebus kerang

Bahan-bahan:
+kerang
+Daun kunyit
+Garam(sikit je)
+Air biasa

Cara-caranya =
11. Cuci kerang sehingga bersih.Toskan.
(Letak dalam besen besar dan kocak berulang kali, kemudian buang airnya dan kocak lagi. Buat sehingga warna yang hitam-hitam tu hilang. Pastikan kerang betul-betul bersih..)

22.  Letak kerang bersama daun kunyit dan garam ke dalam periuk. Daun kunyit ditarik halus.

33. Tambah air. Ikut paras kerang yang berada di dalam periuk.

44. Letakkan di atas api dan tunggu sehingga mendidih dan berbuih.Periksa kerang sekiranya cengkerangnya sudah terbuka.Jika semua sudah terbuka dan isi sudah terkeluar, tutup api dan tos kerang yang sudah masak.


Nak tunggu apa lagi.. kerang rebus dah siap dah boleh dimakan.. selamat mencuba….


Blog berwajah baru

Assalamualaikum

Hari ni zu on9. Kerja sekolah letak tepi kejap...
 hehehe Sebenarnya dah lama tak update blog yang sudah berhabuk ni.

Hari ni zu ambil ilmu yang kak eika bagi. Zu cuba cari di Internet....

Zu tukar wajah blog ....
sebenarnya design ni ada orang bagi percuma... :)

Thanks a lots kak!
Tak sangka blog zu bertambah cantik, dulu xde pun macam ni.
Zura rasa seronok sangat.

jom tengok blog yang tak seberapa ni. 
Terima kasih kerana sudi singgah. 

Jumaat, 7 Februari 2014

Pemilihan Pekerjaan

 Assalamualaikum


 

Zura hari ni nak cerita masa cikgu nasihat kami sekelas... katanya..

"Kamu semua dah tahu nak ke mana?"

"Tahu cikgu.." Semua menjawab dengan penuh bersemangat.."

"Lepas SPM kamu nak pergi mana?"

"Entah.." Ada yang menjawab entah dan lain-lain lagi.

Sebenarnya saya pun tak tahu nak ke mana lepas exam ..

Tingkatan 6 atau matriks atau universiti

Kalau boleh saya nak minta bantuan rakan blogger sekalian untuk menasihati saya. Ada peribahasa menyebut, 'kami budak baru belajar, kalau salah tolong tujukkan'

Jadi saya minta tolong sangat-sangat kepada semua untuk memberi pandangan. Kalau mahu memberi saya kaunseling pun apa salahnya.. saya terima dengan hati yang terbuka.. 

pm or inbox me >here

Saya mengambil Ekonomi Asas, Prinsip Perakaunan dan Matematik tambahan. 
Yang lain teras.

Subjek yang paling saya tak boleh nak expert ialah akaun dan matematik tambahan
kena ada banyak KBKK

Masa cikgu buat kelas petang tadi, saya rasa kecil je.. sebab tak reti nak jawab soalan addmath.

Doakan kejayaan saya kawan-kawan ^_^

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...