Memaparkan catatan dengan label zu era. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zu era. Papar semua catatan

Rabu, 4 Mac 2015

Keputusan SPM

Assalamualaikum


tolong klik nuffnang atas tu ^^


Alhamdulillah lega dah tahu result
Walaumacam mana pun result korang tahniah. Sebab korang dah usaha yang terbaik.

Cikgu cakap lepas sekolah, rintangan datang. KIta kena teruskan perjuangan dengan ketabahan.
Result SPM kita ni la yang menentukan masa depan kita..


dup ..dap...dup..dap...

2 jam sebelum dapat check result(zu semak keputusan guna internet.. hehehe)
tak lalu nak buat apa.. makan pun dah tak larat.. "_"

Bila dapat tahu keputusan.. senak perut pulak. Sebab zu dan kemku ke sekolah jam 12 tengah hari.. tunggu abang balik kebun baru kitaorang pergi ambil slip SPM

mesti korang tertunggu-tunggu.

'Na zumyhuna ni nak buat karangan SPM ke apa?'   (>~<)

okey dipendekkan cerita.. zu dapat                                         ... RAHSIA...


^^

Alhamdulillah.. terima kasih kepada  semua yang mendoakan saya. Terutamanya kepada kedua orang tua saya. Kitaorang sayang semua ^^

'Doakan zu dapat sambung belajar dan dapat kerja yang baik untuk tanggung perbelanjaan ibu bapa saya' - Na Zumyhuna


p/s-hadiah GALE zu dah post semalam

Sabtu, 5 Julai 2014

10 Adab berpuasa

Assalamualaikum

Info ini saya copy daripada edaran yg AJK agama Islam di sekolah beri.

10 Adab berpuasa 

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat, dan mencampuri urusan org lain yg takde kena mengena dengannya.

2. Memelihara mata dan telinga drpd perkara yg dilarang oleh syarak dan perkara yg sia-sia


3. Mengawal perutnya drpd merasai makanan dan minuman yg haram atau mengandungi unsur syubahat, terutama ketika berpuasa dan berusaha sedaya upaya mungkin utk menghasilkan makanan yg halal lagi bersih

4. Berusaha menjaga semua pancaindera dan anggota tubuh badab drpd mendekati atau melakukan maksiat dan perkara sia-sia. Degan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna.


5. Jangan membanyakkan tidur di siang harinya dan makan malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami keperitan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya kan terkawal, keinginan nafsunya akan berkurangan, hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yg perlu dicapai

6. Jauhkan diri drpd mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dgn beraneka jenis makanan yg lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan lain.


7. Tidak menyibukkan diri dgn urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini, bahkan mengambil kesempatan yg ada utk beribadat kpd Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru itu, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kpd mereka yg berada di bawah tanggungganya.

8. Mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar(kurma) dan jika tiada memadailah dgn segelas air serta melambatkan makan sahur


9. Menyediakan makanan berbuka kpd org yg berpuasa sekalipun dgn beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w : Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi org org yg berpuasa, tanpa mengurangi  sedikitpun pahalanya (org yg berpuasa). (Riwayat Baihaqi dan ibnu Khuzaimah).

10. Memenuhi malamnya dgn amalan sunat seperti solat Tarawikh, witir dan sebagainya. Anda dinasihatkan kpd para imam agar tidak mempercepatkan solat tarawikhnya seperti mana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau.

 Semoga mendapat manfaat darinya ^^

RAMADHAN,
KEHADIRANMU DINANTI,
PEMERGIANMU DITANGISI.

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...