Jumaat, 2 Disember 2016

Tiramisu Cheesekut

Assalamualaikum


Hari ini, jumaat yang mulia. Zu ingin kongsikan resepi tiramisucheesekut kat korang. Mudah saja. Rasanya pun sememangnya sedap. Tambah-tambah bila berkumpul dengan keluarga dan sanak saudara. Bila buat dan makan ramai-ramai memang best.



AMARAN

1. Tak perlukan oven untuk memasak.

2. Kek ini akan jadi tak sedap bila korang tambah benda lain selain daripada resepi ini. Contohnya korang letak biskut masin or susu. Zu pernah cuba dan memang tak selazat resepi ini. Huhuhu.



Let's cook gaiss. 


Bahan-bahan yang diperlukan:

- 500gm cream cheese tatura- 1/2 tin susu pekat- satu paket biskut marie perisa kopi (jenama munchys ye. jenama lain dah try buat tak sedap. Huhu)- air bancuhan nescafe/kopi (ni pakai serbuk kopi indocafe & air masak)- coklat rice









Bahan-bahan yang disarankan oleh pemilik resepi. Memang best rasa kek ini.



Cara - cara membuatnya : 

1. Campurkan cream cheese tatura & susu pekat


2. Whisk sampai sebati. Kalau ada mixture, gunakan mixture sebab lebih mudah dan cepat. Guna blender? Boleh je. Tapikan teksture adunan ini memang pekat dan likat. I suggest guna mixture.



Zupunyagambar


3. Lepas tu, kita buat kita buat air bancuhan kopi. Letak sedikit serbuk kopi dalam bekas (cawan) pastu tambah sedikit air kosong. Tak sejuk dan panas. Ketepikan duu. :)



4. Kita buat lapisan pertama. Ambil cheese tadi. Letak dalam bekas. Letak pekat ke nipis bergantung pada korang. Letak bawah sekali. 



5. Lapisan kedua pula, amik biskut n celup dulu sesaat dua kat air bancuhan kopi tadi.. Pastu buat lapisan kedua.. Susun molek.... Yg skrg madi susun je penuh biskut tu memenuhi ruang bekas..






6. Then ulang step nombor 4 & 5 tadi yer.. Letakkan aduanan menggunakan sudu sebab ianya likat dan pekat. Susun biskut elok-elok.












 




10. Last sekali taburkan chocolate rice di atas adunan yang atas sekali. Lepastu letak dalam peti ais. Nak cepat keras letak bahagian atas. Kalau nak makan esok hari letak saja di bahagian bawah. Dah sejuk boleh le hidang buat tetamu. 




Hasil tiramisu cheesekut pertama by ZH




Yang ini versi tuan punya resepi




Jom kita ngap





Contact Madiha Manis untuk menempah





p/s - Kak Madiha Manis, terima kasih share resepi ini. Memang sedap dan puas bila makan. 

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...