Jumaat, 11 September 2015

Ciri -ciri teman yang baik

Assalamualaikum.

Jom kita amalkan 4 perkara di bawah untuk menjadi seorang teman yang baik.


1. Bersangka baik terhadap teman

Hasil carian imej untuk positif

2. Memuji teman di belakang
3. Tidak iri hati kelebihan teman
4. Rasa bertanggungjawab menjaga kemuliaan teman.

#doakannurberjaya^^

Isnin, 17 Ogos 2015

Aktiviti untuk kami

Assalamualaikum







Lama nur menyepi di blog. Sebenarnya nur mula sibuk dgn STPM.

Mula –mula masuk memang takut juga.Sekolah baru, kawan baru dan suasana yang baru. Persekitaran memang tak sama dgn sekolah lama.. huhuhu.. rindu gan sekolah lama!!

 

Bila dapat kawan-kawan yang superb!! Nur ok je.

 

Ada aktiviti utk semua budak tingkatan 6 rendah.

 

Sebenarnya, nur nak ceritakan pengalaman aktiviti kami .. di setiap sekolah berlainan kerana mpp pun lain kan?? Hehe

 

Mula-mula kami perlu bahagikan kumpulan sendiri. 7 org satu kumpulan. Pastu, tetiba fasi suruh 2 org drpd setiap group utk bangun. Mula-mula Daa yang bangun. Dah sakit perut, zu pula yg bangun... dia duduk balik.

Baca review Daa tentang form 6 di sini

Nur satu geng ngan

Arafah, Awin, Farah syazwani, Renges, Akmal, Afiq, Zafry

Masuk nur, 8 org

 

Kami harus buat aktiviti bersama. Jadi, kami haruslah bekerja sama.  Malu pula nak pandang kawan baru ><

 

 Mula- mula, kena nyanyi. Lagu Negaraku, Negeri Perak, dan Lagu sekolah..

Fasi pilih beberapa org utk nyanyi. Nur terpilih utk naik ke pentas utk nyanyi lagu Negeri Perak bersama beberapa org pelajar dari group lain. Takut kot..

 

Pastu mkn roti + kaya. Tak dapat kaya kena denda...

Hafal nama, tarikh lahir, tempat tinggal of our group member. Tarikh lahir dekat2 je. Alhamdulillah senang nak hafal. Semua ahli group nur dapat hafal. So, kami tak didenda. 2 kumpulan didenda sebab ada ahli yang tak hafal. Diorang kena menari di atas pentas. Lagu Hindustan .. sporting betul kedua-dua group ni...pecah ketawa kami semua.

 

Seterusnya, kami kena jawab kuiz bersama ahli kumpulan. Kami salah 2 alhamdulillah tak kena denda  >,<

Lagi sekali group yang sama didenda, memang group ni berjodoh kot.. hahahaa

 

Pastu aktiviti menurunkan batang helium guna jari.. hehehe yg ni malu betul la..

Kami kena bertentangan lelaki perempuan. Tapi, kami chill sebab kita semua kan kawan.. percubaan ke2 menjadi  :3

Ada yang kena denda berlari disekeliling dewan sebab tak sefahaman. Kesian diorang.

 

Kali ni,kami kena cipta nama kumpulan, ciri-ciri ahli dan sorak. Kami diberi 20 minit utk berlatih

Nama kumpulan kami =  ANAK IBU

Sifat:

Awin n Farah > kami comel!

Nur n Renges > kami tak kisah!

Arafah n Afiq > kami  (zipmulut..)

Sorak- bersatu kita gempak, bercerai kita kokak.. tapi!!!

Kami, ANAK IBU!

Then, semua buat sorak. Semuanya awesome.. malu pulak teman... Kami buat persembahan yg pertama, jadi takde la nervous sangat ^^

 

Lepas tu, kami  rehat – makan di kantin - surau

Selesai tukar baju, kami datang balik ke dewan utk sesi ke2. Still kumpulaan yang sama.

Kali ni Afiq dan farah tak join sebab  Afiq jumpa doktor dan farah sakit.. sedihnya..

Teresur hunt pulak.

Ada 6 lokasi. Kami kena buat tugasan yang diarahkan oleh penjaga tempat tu. Kalau gagal, kami akan denda.

 

Kami di denda;

Kawad tengah panas

Calit muka dengan kunyit

Makan bubur pedas

 

Alhamdulillah kami semua redha dengan ketentuan Allah.

Last sekali, Fasi umumkan

fasi terbaik bagi lelaki dan perempuan, abg wan n kak bedah

lower 5 yg sporting n baik, lelaki- Zam dari kumpulan Daa dan perempuan- anis yang baik lagi comel

Kami dapat tempat dalam kumpulan ke2 terbaik >< Syukran ya allah sebab kami tak rasa kami mampu menang sebab banyak kali kami didenda kan..

Lastly ,main lempar selipar dan tarik kerusi. Yang ni tak berkumpulan.  Suka hati.

Then, fasi suruh kawad ke luar dewan~

Masa tu memang dah lewat dekat 6 ptg dah. Kami sepatutnya balik jam 5.30 ptg.

Fasi tanya kitaorang semua, korang ada buat salah tak?

Yang ain comel tu jawab kat ketua MPP

“Ada, saya rasa saya dah salah cakap dengan mak saya. Saya cakap ngan mak saya balik jam 5 setengah sekarang dah nak dekat pukul 6.. Tak tahu la nanti mak saya kata apa..” >...<

Bomm ... ambik kau bang Haziq

Kan dah kena..

Huhuhu

Lepas tu diorang baling belon berisi air kat kitorang, semua main lari2. Then, balik kalau nak balik... diorg ajak selfi.. tapi takpe la.. my dad dah tunggu kat depan.

Berakhirlah aktiviti mengenakan lower six..

 

Inilah pengalaman yang terindah di form 6

 

Pengajarannya, jangan pernah menyesal dgnapa yg Allah berikan kpd kita kerana sesungguhnya Allah mengetahui apa yg terbaik utk kita..

 

The winner never quit,

The quitter never win.

 ~HIZ

 

p/s- kepada kawan blogger semua, thanks for supporting me.

        Doakan kami 4 flat for STPM

        Kepada yg masuk form6,  u or matrik tahniah, buat yg terbaik ya. Semoga berjaya nur ucapkan.

        For my silent reader, thanks for reading ^^

         I love all of u  

Rabu, 29 Julai 2015

Tips belajar

Assalamualaikum

Dalam mencari ilmu tentu ada strategi dan langkah yg berkesan untuk mencapai keputusan yg cemerlang.Di sini nur akan kongsikan sedikit sebanyak tentang beberapa tips belajar yang nur amalkan dan sedang diamalkan :D

Hasil carian imej untuk berdoa

1) JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH
Yang ni teknik yang paling penting. Allah akan sayang kat kita bila kita sayang kat Allah. Contohnya, sedang kita asyik buat kerja sekolah, lepas tu azan berkumandang tinggal la kerja tu kejap. Lepas dah selesai solat, doa la kat Allah supaya dipermudahkan segala urusan. Insyallah bila kita sambung semula urusan kerja sekolah tadi, semuanya akan menjadi lebih mudah.


Hasil carian imej untuk berdoa



2) HINDARI MAKANAN DIPROSES
Elakkan makanan segera dan ringan kerana, kita tak tahu macam mana ianya diproses dan bahan apakah yg diletakkan di dlm makanan tersebut. KITA JUGA TAK TAHU MAKANAN TU HALAL @ HARAM

Hasil carian imej untuk MAKANAN RINGAN





3) SEDIAKAN BUKU NOTA

Hasil carian imej untuk BUKU NOTA

Tujuannya adalah untuk mencatat nota2 yg cikgu bagi secara lisan @ on the spot. Sebabnya tak semua nota penting dan tips cikgu suruh salin satu-satu. Jadi, cara yang paling efektif, gunakan buku nota tersebut untuk mencatat terutamanya ketika guru sedang memberi nasihat atau arahan. Dalam waktu yg sama, takde la kita lupa nak buat kerja sekolah sebab semua tugasan yg cikgu kita bagi kita dah salin semuanya dalam note book.


4) FOKUS DI DALAM KELAS
Cara naak fokus dlm kelas? > pandang muka cikgu time dia tengah terangkan sesuatu atau dia sedang bercerita. Pokoknya bila cikgu tengah cakap kita maniskan muka dan ikhlaskan hati. Dalam hati sentiasa berselawat agar Allah mudahkan segalanya. Jangan lupa catat apa yang cikgu cakap. Elakkan membuat sebarang aktiviti ketika belajar. Contohnya, memicit pen dengan sengaja 


Hasil carian imej untuk senyum


5) BUAT JADUAL BELAJAR
Kalau tak konsisten pun takpe. Buat ikut kesesuaian pembelajaran anda.



6) MINUM BANYAK AIR
Air membekalkan oksigen dlm darah jadi, bila tengah buat soalan yang susah, misalnya addmath. Minumla banyak air sebab air kan penyejuk badan  ^^

Hasil carian imej untuk senyum



7) ISTIQOMAH DALAM BERIBADAT
Bila melakukan ibadat sunat seelok-eloknya kita buatlah secara istiqamah. Misalnya ketika menunaikan solat tahajud, solat sunat taubat dll. Surah al-mulk dibaca sebelum tidur setiap hari.

8) ELAK BELAJAR DI ATAS KATIL
Terutamanya dalam posisi baring. Tambah-tambah bila study SEJARAH. Letak je buku. Belum sempat buka buku kita dah tidur.  Oleh itu, elakkan la.

Isnin, 6 April 2015

Beting Beras Basah, Bagan Datoh, Perak.

Assalamualaikum

Hi.. my name is Nur.. and the girl back me is my twin, Huda


Mulai hari ni, zu nak call my name as nur, boleh kan?
Rasa macam zu tu tak bermaksud  >....<
Hari ni nur nak guide jalan ke Beting Beras Basah.

Ni le rutin yang tak pernah-pernah nur buat selepas dah berhenti kerja



Beting Beras Basah terletak di kawasan pendalaman bagan Datoh Perak.
Nur teringat akan rakan TESCO yang sembang dengan kembar nur, huda. Dia kata,

"Ko ni manusia ceruk mana hah??"   

Hrmm.. memang tak dinafikan nur memang duduk di cerokk Bagan Datoh >,<

Mula-mula jalan terus..  ada kampung sg. Balai, terus jalan.. nampak benda tu.. dekat tepi lori tu, masuk ikut situ..


Jalan masuk


Just follow the flow



Jalan tar tapi tepi-tepi tu ada jalan merah


Subhanallah.. cantiknya jalan kampung 


Selepas tu, jalan punya jalan, jumpa la tempat ni.. Tempat proses buah sawit. Lalu je.. sementara pagar terbuka..



Dah sampai..


 Pemandangan di sekitar Beting Beras Basah:


















Cer kawan-kawan zoom.. apa benda yang hitam kecik tu?  ^^



Hari ni Nur belanja gambar

Selfie sikit :p

Sebenarnya nur ikut abg ngah n kak ngah ke BBB ni sebab mula2 settle kan hal kat sekolah.. pastu ke BBB .. Dah penat ambil gambar, kitaorang balik rumah opah.. Masa tu Pak Long ada balik dengan Mak Long, Abg Udin dan Aina (cucu Pak Long)

Atas meja kat luar ada makanan,
mee goreng, cucur udang.. dan teh o ais

Pak Long ajak kitaorang makan lepas dah habis sesi salam- bersalaman dengan saudara-mara
Pastu Pak Long kata, 

"makan la jemput ni... ada udang... Susah tau nak dapat udang ni.. Udang ni PALING SEDAP DI MALAYSIA

Ayat PALING SEDAP DI MALAYSIA memang tak boleh tahan

kakaakah:)

Seriously lawak.. tak tipu.. kak ngah n Huda pun gelak


 p/s- maaf bazirkan masa korang baca entri ni :)


Khamis, 2 April 2015

Sayur Bayam Goreng

Assalamualaikum

Hari ni zu berkenan nak share resepi....

Sayur Bayam Goreng

Bahan2~
Bayam
Cili yang digiling/tumbuk/blender
Sedikit ikan bilis
Fish Ball@ Fish cake (xde pun xpe)
Sesudu air asam jawa
Sedikit minyak
Sedikit garam
Sedikit Air

sebenarnya boleh je buat yang lagi simple. Letak bawang, bayam, air dan garam siap..
Tapi, zu nak cuba juga buat yang ada letak rencah dan sedap sikit


Cara memasak:

1. Panaskan minyak.
2. masukkan cili, ikan bilis. tunggu cili garing.
3. tambah fish cake@ fish ball, pastu masukkan sayur bayam.. yum yum
4. masukkan sedikit air asam jawa. Kacau bagi rata. Masukkan sedikit air bagi sayur bayam kita lembut.
5. Kita pastikan sayur kita tu lembut. Lepas tu, sebelum tutup api, masukkan garam ikut kesesuaian dan  siap!

Senang kan.. apa lagi, yang belum masuk dapur tu, jom try resepi ni.. yang dah makan tu boleh la cuba nanti.


zu belanja gambar sayur bayam goreng yummy...



Bye..bye... Assalamualaikum

Semak Panggilan Sesi Penilaian dan Temuduga Peneraju Tunas Potensi

Assalamaulaikum



Semak temuduga YAYASAN PENERAJU TUNAS POTENSI dengan mengklik gambar di atas :)

p/s- doakan kita dapat biasiswa ni

Jumaat, 27 Mac 2015

Aurat wanita

Assalamaulaikum

Biarlah gambar menceritakan segelanya
Itu sahaja dari zu. Illaliqa


Salam sayang, Na Zumyhuna

Ahad, 22 Mac 2015

#Pelanggan Tetap 5

Assalamualaikum


Zu nak ceritakan tentang seorang lelaki ni. Umur macam sebaya tapi zu tak tanya umur dia berapa.

Dia selalu datang kedai time orang tak datang kedai. ??
Means- bila lepas solat jumaat dan solat isyak. Time orang tak berapa nak ada.

Dia biasanya beli Iqra.

Hasil carian imej untuk darul kitab sdn bhd


Mula-mula datang...

‘Ada jual Iqra tak?’

‘Ada.. situ’ Zu tunjuk rak yang menempatkan Iqra.
Dia belek-belek iqra tu. Iqra ada banyak jenis. Dia nak beli 2 iqra yang berwana pink. Actually harganya RM12 sebuah tapi, bila dia minta murah zu bagi je la. Banyak songeh kang tak balik pulak dianya.

Bila dia nak beli iqra tu zu tertanya-tanya jugak.

‘Dia ni baru nak belajar Iqra ke.’ Zu pun gatal mulut tanya la dia. Dia kata...

‘Saya ajar orang..saya budak TAHFIZ’
Zu-   :0  :0 :0  (erkhmmm dalam hati.. baguih2)




                        Lepas tu dia datang lagi nak beli kopiah putih yang atasnya berwarna merah.  Cari-cari saiz, semua besar. Dia cari la dekat kiosk yang budak iskandar kerja tu. Masa tu zu pergi dekat kiosk mak cik. Dia pandang tak puas hati je dekat zu. Mungkin sebab zu macam tak nak jawab bila dia tanya...
‘kat sini mana lagi yang jual kopiah macam ni?’ dengan terpaksa zu jawab je la.



                         Datang lagi.. kali ni dia beli apa zu tak nak masuk campur sebab semasa dia datang tu kak Rabiahtul yang layan. Aku nak rest kat kedai kak GY. Sebab zu tak larat masa tu sebab zu demam. Zu Nampak dia. Dia tak Nampak zu. Bagus. ~_~


                         
                          Pastu dia datang time sepupuku ada. Kak Nani. Dia nak beli Iqra Pink tu malangnya takde. Kehabisan stok. Jadi dia pun tanya la soalan yang dia rasa zu boleh jawab.

‘Rotan jual kat mana?’ gulp... rasa tersekat air liur kat kerongkong ni.

‘Erkh.. rotan?’ Nk rotan aku ke hape

'Ha'ah.. rotan.. cuti macam ni kedai banyak tutup kat sini mana ya jual rotan.’Dia datang semasa cuti hari raya cina. Dan lebih tepat lagi, selepas waktu isyak.

Then zu kata le ‘jap..’ Zu pergi kat Kak Nani dan tanya dia,

‘Kat sini mana jual rotan?’

‘Rotan?’  Berkerut muka kak nani pandang aku. Then, dia pun ke luar kedai dan 
pergi dekat dengan kitaorang.

Kak Nani semedang tanya kat dia ...

‘Nak buat apa dengan rotan.’

‘Nak ajar budak..’

‘Budak TAHFIZ?’

‘Haah.. nak ajar diorang menhafaz..’

‘TAHFIZ mana?’

'Darul ...’ Darul apa tah.. zu tak ingat yang penting depannya ada Darul.

Dia tengok kak nani dan aku yang dah kehabisan idea untuk jawab soalan dia, dia pun pergi dengan hampanya.

Sebenarnya zu rasa yang dia ni malas nak jawab soalan kak Nani..
Itu lah kali terakhir zu Nampak dia... lepas tu dia dah tak muncul-muncul lagi       ~~~


# Pelanggan Tetap 5 ialah budak TAHFIZ DARUL ....


Salam sayang, Na Zumyhuna

# Pelangan Tetap 4



Assalamualaikum..

sehari menyepi tanpa blog. Okey.. i coming bebey!

Hasil carian imej untuk lego


Kali ni zu nak ceritakan tentang pelanggan tetap yang kerap kali zu ketemu pada hari minggu. Dia ni selalu datang dengan anak lelaki dia yang berusia kira-kira 4 tahun. Dia biasanya meletakkan anaknya di dalam troli dan dia sering membelikan anaknya lego.

' Ambil satu je.' mak dia bagi arahan. Zu rasa best je sebab mak dia ni tegas dan insyallah bila didik dengan displin anaknya akan menjadi seorang yang beradab.

Si anak dia ni memilih lego kemain lama. Orang minat lego biasa la...sekejap..

'lego ni dah ada.. yang ni pulak ada dah...'... huhuhu sabar je la.


Suatu hari tu dia datang lagi, mak dia kali ni zu rasa cantik daripada hari tu sebab di pakai shawl encurve berwarna jingga. cun lah..

Zu tertanya-tanya juga selama ni.

'mana laki dia.' Dalam hati ni positif je la .... kerja kot..

Then zu tanya la dia. Takut fikir yang  buruk-buruk zu tanya jugak.

'Ayah dia mana kak?'

'Takde..'

'ouh..' dah cerai kot..

#Pelanggan Tetap4

 inilah kisah pelanggan tetap ke-4 iaitu single mummy. Jom kita dokan dia supaya dapat cari ayah baru untuk anak dia.. ^^


Salam sayang, Na Zumyhuna

Jumaat, 20 Mac 2015

#Pelanggan Tetap 3

Assalamualaikum


Kali ni, zu nak kongsi cerita mengenai pelanggan yang selalu datang ke TESCO. Dia bukan pelanggan tetap kedai tempat zu bekerja, tetapi, zu selalu tegur dia apabila dia datang ke TESCO...


Mula-mula datang, zu tanya dia.

‘Akak ni orang Indon ke?’ sebab cara dia berkomunikasi dengan kawan dia macam orang Indon

‘Aku orang Indon’ dia tanya kawan dia disebelah.

‘Tak la, kami orang Sabah. Gaya aku macam Indon?’

Zu  geleng  kepala  dan senyum.

Masa tu dia tengok-tengok lengging. Dia kata harga kat sini murah berbanding di sana.




Kemudian semalam, dia datang. Sebenarnya dalam seminggu insyallah zu nampak muka dia di TESCO. Rumah dia dekat jadi, dia datang sini jalan kaki je. Dia datang sini sebab bawa anak dia bersiar-siar dan main dekat taman di tingkat atas.


Semalam jumpa zu ada  tegur dia...

‘Akak memang kurus ya?’

‘Ya. Masa bujang dulu macam ni la.’

‘Masa mengandung dulu?’

‘Dulu badan saya besar time mengandung. Lepas tu kurus balik macam ni...’dia usap perut dia

‘Ouh ..macam anak dara..’ dia gelak :p

‘sekarang saya mengandung 4 bulan.’

‘Ouh..’terkejut zu. Dah la badan di kemain kecik. Anak dah ada seorang. Huhuhu bagus le tu.. Anak dia yang sulung dah besar. Memang patut  tambah zuriat ^^



p/s- doakan zu berjaya utk ke IPG 
 

Salam sayang, Na Zumyhuna

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...