Aktiviti untuk kami

Assalamualaikum







Lama nur menyepi di blog. Sebenarnya nur mula sibuk dgn STPM.

Mula –mula masuk memang takut juga.Sekolah baru, kawan baru dan suasana yang baru. Persekitaran memang tak sama dgn sekolah lama.. huhuhu.. rindu gan sekolah lama!!

 

Bila dapat kawan-kawan yang superb!! Nur ok je.

 

Ada aktiviti utk semua budak tingkatan 6 rendah.

 

Sebenarnya, nur nak ceritakan pengalaman aktiviti kami .. di setiap sekolah berlainan kerana mpp pun lain kan?? Hehe

 

Mula-mula kami perlu bahagikan kumpulan sendiri. 7 org satu kumpulan. Pastu, tetiba fasi suruh 2 org drpd setiap group utk bangun. Mula-mula Daa yang bangun. Dah sakit perut, zu pula yg bangun... dia duduk balik.

Baca review Daa tentang form 6 di sini

Nur satu geng ngan

Arafah, Awin, Farah syazwani, Renges, Akmal, Afiq, Zafry

Masuk nur, 8 org

 

Kami harus buat aktiviti bersama. Jadi, kami haruslah bekerja sama.  Malu pula nak pandang kawan baru ><

 

 Mula- mula, kena nyanyi. Lagu Negaraku, Negeri Perak, dan Lagu sekolah..

Fasi pilih beberapa org utk nyanyi. Nur terpilih utk naik ke pentas utk nyanyi lagu Negeri Perak bersama beberapa org pelajar dari group lain. Takut kot..

 

Pastu mkn roti + kaya. Tak dapat kaya kena denda...

Hafal nama, tarikh lahir, tempat tinggal of our group member. Tarikh lahir dekat2 je. Alhamdulillah senang nak hafal. Semua ahli group nur dapat hafal. So, kami tak didenda. 2 kumpulan didenda sebab ada ahli yang tak hafal. Diorang kena menari di atas pentas. Lagu Hindustan .. sporting betul kedua-dua group ni...pecah ketawa kami semua.

 

Seterusnya, kami kena jawab kuiz bersama ahli kumpulan. Kami salah 2 alhamdulillah tak kena denda  >,<

Lagi sekali group yang sama didenda, memang group ni berjodoh kot.. hahahaa

 

Pastu aktiviti menurunkan batang helium guna jari.. hehehe yg ni malu betul la..

Kami kena bertentangan lelaki perempuan. Tapi, kami chill sebab kita semua kan kawan.. percubaan ke2 menjadi  :3

Ada yang kena denda berlari disekeliling dewan sebab tak sefahaman. Kesian diorang.

 

Kali ni,kami kena cipta nama kumpulan, ciri-ciri ahli dan sorak. Kami diberi 20 minit utk berlatih

Nama kumpulan kami =  ANAK IBU

Sifat:

Awin n Farah > kami comel!

Nur n Renges > kami tak kisah!

Arafah n Afiq > kami  (zipmulut..)

Sorak- bersatu kita gempak, bercerai kita kokak.. tapi!!!

Kami, ANAK IBU!

Then, semua buat sorak. Semuanya awesome.. malu pulak teman... Kami buat persembahan yg pertama, jadi takde la nervous sangat ^^

 

Lepas tu, kami  rehat – makan di kantin - surau

Selesai tukar baju, kami datang balik ke dewan utk sesi ke2. Still kumpulaan yang sama.

Kali ni Afiq dan farah tak join sebab  Afiq jumpa doktor dan farah sakit.. sedihnya..

Teresur hunt pulak.

Ada 6 lokasi. Kami kena buat tugasan yang diarahkan oleh penjaga tempat tu. Kalau gagal, kami akan denda.

 

Kami di denda;

Kawad tengah panas

Calit muka dengan kunyit

Makan bubur pedas

 

Alhamdulillah kami semua redha dengan ketentuan Allah.

Last sekali, Fasi umumkan

fasi terbaik bagi lelaki dan perempuan, abg wan n kak bedah

lower 5 yg sporting n baik, lelaki- Zam dari kumpulan Daa dan perempuan- anis yang baik lagi comel

Kami dapat tempat dalam kumpulan ke2 terbaik >< Syukran ya allah sebab kami tak rasa kami mampu menang sebab banyak kali kami didenda kan..

Lastly ,main lempar selipar dan tarik kerusi. Yang ni tak berkumpulan.  Suka hati.

Then, fasi suruh kawad ke luar dewan~

Masa tu memang dah lewat dekat 6 ptg dah. Kami sepatutnya balik jam 5.30 ptg.

Fasi tanya kitaorang semua, korang ada buat salah tak?

Yang ain comel tu jawab kat ketua MPP

“Ada, saya rasa saya dah salah cakap dengan mak saya. Saya cakap ngan mak saya balik jam 5 setengah sekarang dah nak dekat pukul 6.. Tak tahu la nanti mak saya kata apa..” >...<

Bomm ... ambik kau bang Haziq

Kan dah kena..

Huhuhu

Lepas tu diorang baling belon berisi air kat kitorang, semua main lari2. Then, balik kalau nak balik... diorg ajak selfi.. tapi takpe la.. my dad dah tunggu kat depan.

Berakhirlah aktiviti mengenakan lower six..

 

Inilah pengalaman yang terindah di form 6

 

Pengajarannya, jangan pernah menyesal dgnapa yg Allah berikan kpd kita kerana sesungguhnya Allah mengetahui apa yg terbaik utk kita..

 

The winner never quit,

The quitter never win.

 ~HIZ

 

p/s- kepada kawan blogger semua, thanks for supporting me.

        Doakan kami 4 flat for STPM

        Kepada yg masuk form6,  u or matrik tahniah, buat yg terbaik ya. Semoga berjaya nur ucapkan.

        For my silent reader, thanks for reading ^^

         I love all of u  

1 ulasan:

Syah berkata...

Assalamualaikum,,,hai2

saya menjual iphone,samsung,oppo,phone case,powerbank dan etc.
Jemput singgah blog saya
http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

dan ig @nurnasuha96_
whatsapp : +60196117811

Contact Me/ review

eatmakeread@yahoo.com