UKCG 2017

Hadir UKCG (ujian kecergasan calon guru)
Bertempat di IPG Kampus Ipoh.



Hasil carian imej untuk ipg ipoh




Ssesi zu bermula pada jam 11 pagi. Tapi kami bertolak selepas subuh. Dalam 9.30 pagi  dah jejak masjid depan pagar IPG tu.

Sebenarnya, dulu my twin ada pergi UKCG. Time tu zu tak dapat. Kali ni, zu isi dan alhamdulillah dapat.

Rehat dulu kat masjid beberapa minit. Then, kami masuk dalam, cari parking apa semua, zu ditegur oleh seseorang. Lupa pula namanya. Tapi umur dia 18 tahun, perempuan.

Dia ajak zu pergi sekali sebab dia kene tinggal ngan mak ayah dia sesorang kat sini.

Kami pun dakilah ke blok IPG tu. 



Rupa-rupanya ramai sesi 11 pagi yang dah hadir. Tak lama lepas tu, kami diminta untuk berbaris dan daftar (tandatangan kehadiran masing-masing). 



Zu pun tanda tangan lah.
Pastu kami diminta untuk naik ke tingkat yang paling atas blok tepi ruang pendaftaran.


Masuk-masuk bilik tu (dewan periksa ujian bertulis) zu berhenti jap.

Ada nombor ke tadi???



Jadi, zu turun balik ke tingkat bawah. Tengok nombor meja zu kat kertas pendaftaran tadi.





Balik naik atas, zu ambil barang2 alat tulis, dan duduk di tempat zu. Kebanyakan diorang lepasan SPM. muda mudi. Huhuhu. Tapi ada juga student diploma yang apply sbb dak Aireen yang bagitau.


Lepas menunggu agak lama sebelum ujian bertulis bermula, Zu, Mimi, dan Aireen pergi ke tandas di tingkat bawah. Masuk balik dewan exam, cikgu dah bagi keterangan. Beberapa minit lepas tu, kami pun jawap lah soalannya.


Soalannya mudah sahaja. 


Perlu di jawap

Ya

Tidak

Setuju

Kurang setuju

Sangat setuju


dan lain-lain.




Soalan ni bertujuan nak tengok sikap kita sahaja. 

Habis ujian, kertas dikutip dan kami dibahagikan kepada 3 kumpulan. 

Zu masuk group 1 sebab ikut nombor meja.


Hasil carian imej untuk dewan exam



Zu mula UKCG pada jam 1.45am. Sebelum tu, zu makan nasi dengan ayam percik di kafe IPG Ipoh. 



Masa dah sampai untuk UKCG, kami tunggu di bawah khemah berdekatan gimnasium IPG. Seterusnya, kami diminta masuk ke bilik kaler kelabu/hitam, untuk mendengar penerangan dari cikgu-cikgu tersebut. 

Mereka terangkan tentang cara UKCG nanti


Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) mengandungi 4 bahagian iaitu 

1. Tekan Tubi Tanpa Henti (menggantikan Lompat Quadrant)
Alhamdulillah, yang ni zu dapat buat.


2. Bangkit Tubi Variasi
Ada 4 variasi. Zu lepas 2 sahaja.


3. Jangkauan Melunjur (menggantikan Kilas Sisi), dan
Yang ni macam biasa letak kaki, tolak benda tu.


4.‘Bleep Test’
Ada dalam 8 level. 1 level, ulang alik 7 kali. Zu orang pertama keluar dari kawasan lari. Semput,


5. BMI



Dalam tu, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan pula,
Group kami semua perempuan. Ada ketua yang pegang kertas markah ahli kumpulan.

Memula kami pergi ke tempat bangkit tubi, pastu bmi, jangkauan melunjur, dan tekan tubi tanpa henti,


Last sekai, semua berkumpul untuk bleep test pula. 

Sebenarnya lelaki dalam ni ada 5 orang je kot. Sorang cina. Kami berlari bersama diorng. Ada lelaki yang sampai level 7.5   

Alhamdulillah.



Cikgu dalam tu kata, untuk 

lelaki - level 7 (49 larian)
perempuan - level 3 (21 larian)

kalau bawah dari level tu, markah untuk bleep test kosong. Huhuhu je lah.




Kat IPG ni, zu jumpa student SABDA. Dia kirim salam kat cik Intan. 



Keputusan temuduga akan keluar pada 15 Mei 2017.




Doakan zu berjaya ya.

Tiada ulasan:

Hotel Dengan Harga Yang Berpatutan Di Bukit Tinggi Pahang

Assalamualaikum dan hai hai hai… Pernah tak korang merancang nak bercuti di Bukit Tinggi di Bentong Pahang?? Percutian ala-ala...

Contact Me/ review

eatmakeread@yahoo.com

Cari Blog Ini