Khamis, 23 Mei 2019

Berbuka Puasa di UUM 2019

Assalamualaikum and hi!


Selamat berpuasa~
Salam Ramadhan ke-18 (1440 AH) 
Hari ni selesai semua kelas untuk tahun ke-dua di UUM. T^T




Hi! Ini lah cara Zu berbuka puasa di UUM.


Ni gambar 1st Ramadhan. Di surau laluan C. Dekat je dengan bilik. 




Zu berbuka sini memang tak ajak kawan pon sebenarnya. 
Just WhatApps Yana, then dia pon nak buka sama... 
so, berbuka sini lah kita. 
Makan nasi lauk ayam, sayur kobis dan air sirap.  




Yang ni makanan COD dibuat oleh student hospitality as assignment diorang.
Berpatutan lah dengan harga dan rasa dia. umphhh.
Satu set makanan ni RM9 sahaja! termasuk kos COD.
Murah kan?




Portion dia besar juga siap ada dessert sekali.




Yang ni time berbuka di Masjid Sultan Badlishah, UUM bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.




Yana dan Saba. Saba punya inasis tak jauh dari Masjid jadi Saba jalan kaki je. 
Time ni Yana tak pergi masjid sekali dengan Zu. 
Sebab dia tunggu kawan dia untuk pergi sekali. 
Tapi at last Yana pergi sorang je sebab kawan dia nak balik kampung petang tu. 




Ni makanan kat masjid. 
Banyak giler kuih. 
Rugi lah siapa yang tak pergi tu. 
Makan free beb :p 
Hehehe
Tapi setiap inasis ada kuota dia.




Masjid Sultan Badlishah, UUM.




Sultan Kedah makan bersantap di sini.




Yang ni pulak Zu makan dengan Anis kat bilik.
Anis kata Zu seorang yang minimalist.-_-
Sebenarnya malas nak keluar beli makanan plus nak habiskan makanan kat bilik.
Ada cekodok putih, sayur kankung kafe YAB, Air teh Anis buat, Tealive, dan murtabak megi Zu buat.


Sekarang baru tau macam mana nak buat murtabak megi dengan langkah yang betul.
Cantik tau bentuk murtabak megi tu.

CARA MASAK MURTABAK MEGI
(walaupun agak lame hahaha)


Berbekalkan rice cooker, minyak, sepeket megi perisa kari(jenama maggie) yang telah di celur dan ditos airnya, garam dan juga dua bijik telur. 


Nak masak dia campurkan semua bahan2 tu kecuali rice cooker.


Pastu panaskan minyak dalam rice cooker.
Rice cooker tu ikut lah nak guna jenama apa.


Zu guna jenama Panasonic, pesen dia lain sikit...
Zu kena sendal tempat cook tu,
Pastu baru boleh guna.
Biasa Zu sedal guna pemadam atau bekas ubat stapler yang petak tu.


 Minyak tu letak banyak sikit. 
Dalam 4 sudu besar.


Then bila rice cooker dah betul-betul panas,
letakkan adunan megi tadi... jangan letak semua.
Letak sikit dalam suku adunan.
Pastu kau sudu-sudu kan megi tadi bagi rata dan tutup rice cooker tadi.


Agak-agak dah garing belah bawah, terbalikkan guna sudu ke spatula ke.
Zu guna sudu je.
Sebab takde semua tu >,<


Then dah garing dua-dua belah, angkat dan sedia untuk dihidang. 
Zu dan Anis makan dengan mayonis jew.
Sebab takmau nak beli sos.
Kalau beli sebotol siapa nak habiskan... sebab dah nak habis sem dah.
Huhu.








Student Hospitality juga yang buat ni.
Tak sure kumpulan mana tapi ni sangat mengenyangkan.
3 suap dah buat perut sis kenyang giler.




Ni lah isinya. Dalam plastik tu air asam untuk daging.




Yang ni pula rumet punya pelam.
Rumet kata ni Harum Manis. 
Zu jarang makan Harum Manis, betul eh ni Harum Manis?
Takut salah bagi info pula.




Tadi set makanan tu sekali dengan Manggo Cheesecake. 
Zu makan dengan Harum Manis. 
Manis then sedap sangaaat macam nak meninggal.
Tinggi kolesterol ni. Haha.




Yang ni gambar hari selasa lepas 21/5/2019.
Alang-alang dah ke libary, terus ke masjid je lah kan.
Zu berbuka dengan Saba.
Tapi Saba berbuka minum air, makan kuih dan terus solat Maghrib.
 Then dia balik. Gitu.


Thanks sebab sudi baca cerita Ramadhan seorang Zura. 
Ramadhan korang macam mana pulak?
Mesti best kan~




Tiada ulasan: