Rabu, 10 Februari 2021

Drama True Beauty

 Assalamualaikum dan hi


Dah lama tak update blog



Semalam 4 Februari 2021 baru sahaja tamat tayangan drama True beauty 16 episode.

Ya Alhamdulillah aku tonton sampai habis.

Sebab best sangat T^T




Moon Ga Young as Jukyung Lim

Cha Eun Woo as Suho Lee

Hwang In Yeop as Seojun Han

 



Drama ni ada 16 episodes. 

Jalan cerita agak berbeza dari Webtoon.

Tapi jalan cerita drama lagi ok dari Webtoon.


Storyline Webtoon agak sendu ya


Klik sini kalau nak baca webtoon

 

Kisah mengenai Jukyung yang mempunyai masalah kulit wajah. 

Seperti yang kita tahu beauty standard korea sangat tinggi. 

Kureng je sikit bedah plastic. Lebih-lebih lagi artist.

Jadi Jukyung selalu kena buli kat sekolah sebab muka dia tak secantik classmate dia.



Sampai maruah dia tercalar dek perbuatan pembuli di sekolah dia...



Pastu tiba-tiba dia kena pindah ke tempat lain (sebabnya kena tonton drama hehe) dan bersekolah lah dia di tempat baru. Kat situ Jukyung bertemu semula dengan Suho Lee. Seorang lelaki pendiam yang handsome.

 Diorang bertemu di kedai komik, Prince Comic.

Beberapa hari lepas tu balik sekolah Jukyung terserempak dengan seorang lagi lelaki handsome, Seojun Han.

 Bermula lah kisah onak duri penuh ranjau yang dilalui oleh Jukyung… dan akhirnya dia bahagia dengan kerjaya dan pilihan hatinya… Nak tahu siapa? Pergi tonton sekarang :p

 

 


 

Perbezaan webtoon (W) dan drama (D) True Beauty

Jukyung

W- Pindah sekolah sebab kehendak sendiri

D- Pindah sebab masalah keluarga

Sujin

W- miskin tetapi cantik dan hot di sekolah

D- orang kaya, garang dan tegas

Jukyung

W- kerja part time di kedai runcit

D- kerja part time di kafe atas rekomendasi Seojun Han

Gawoon

W- kerja part time dengan jukyung di kedai runcit

D- kerja part time di Prince comic, dan Jukyung part time di kafe

Suho

W- tidak pernah declare couple dengan Jukyung

D- Declare couple

Jukyung

W- Rahsia muka sebenar tertutup rapat sehingga habis sekolah

D- Rahsia muka Jukyung sebenar tersebar sebelum Jukyung tamat sekolah



Ada banyak lagi sebenarnya perbezaan.

Tapi kita raikan je perbezaan ni sebab kalau nak sama 100% dengan webtoon, mungkin drama ni tak se trending sekarang :)







Dalam drama ni aku suka part:

1. Jukyung komited dengan cita-cita dia

2. Kakak Jukyung dengan cikgu Jukyung

3. Adik Jukyung dengan Gawoon (Adik Seojun Han)

4. Bila Seojun Han nyanyi tu... boleh menitik air mata T^T

-kem musim panas

-suho minta nyanyi

-rakam lagu Starlight by Leo

-debut

5. Suho dan Seojun di rumah Jukyung 

6. Jukyung lawan dengan pembuli sekolah lama dia

7. Majlis kahwin kakak Jukyung

8. Dayoung suka kat Seojun Han 

9. Sua dan Tae Hoon get back

10.Sujin berubah 



Macam mana pendapat korang tentang drama True Beauty ni?

Part mana yang paling korang suka....

ke belum tonton lagi? Hahaha


1 ulasan:

Isma Ismail berkata...

Banyak jugak ek perbezaan...baru perasan.....isma sukaa watak sujin waktu awal2..girl crush sangat

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...