Jumaat, 16 April 2021

Review Japanese Drama Oh! My Boss! Koi wa Bessatsu de

Assalamualaikum dan hi


Hari ni aku nak share satu drama jepun yang aku tonton lama dah tapi baru nak review.

Drama ni aku tonton on-going sebab sangat best dan menarik.



Klik gambar untuk tonton drama :)


Cerita ini mengisahkan tentang Suzuki Nami (Mone Kamishiraishi) yang mempunyai seorang adik dan ke dua ibu bapa.


Mone Kamishiraishi


Ibu bapa Nami meminta Nami supaya hidup seperti orang biasa.

Kerja biasa-biasa

Kahwin dengan lelaki biasa-biasa

Dan hidup biasa-biasa sampai lah tua.

 

Then, lepas graduates… Nami ke Tokyo untuk mencari kerja.

Sewaktu temuduga kerja tu dia secara kebetulan berjumpa dengan seorang lelaki yang memegang kamera, Horai Junnosuke @ Jun (Yuta Tamamori).


Yuta Tamamori


Jun yang dianggap  sebagai lelaki gatal sebenarya ingin menyelamatkan Nami dari terduduk di atas bangku yang baru di cat. :)

 

Bila Nami dah tolak Junnosuke so dia duduk atas bangku tu dan skirt dia kotor dengan cat.

Jun yang rasa bersalah bawa Nami pegi kedai pakaian yang terdekat.

Jun memilih baju untuk Nami dan menawarkan diri untuk bayar baju tu tapi Nami tolak sebab rasa berhutang budi pulak nanti sebab bila lagi dia nak jumpa laki tu kannn.

 

Nami gagal temuduga department yang dia pergi tapi dia dapat kerja di bawah department majalah. 

Iaitu majalah MIYAVI.

MIYAVI di ketuai oleh Horai Reiko (Nanao), graduates dari Frances.

..,dan dia adalah kakak Jun.







Di department majalah, Nami jadi runner yang ambil barang Reiko dan tempah teksi untuk Reiko dan client Reiko





So Nami tu selalu terserempak dengan Jun.

 

Oleh kerana Jun tak nak pergi blind date, dia minta Nami jadi girlfriend olok-olok.

So berlakon lah Nami sampai memudaratkan diri dia.

 

  





Setelah mereka berjaya menerbitkan 1st edisi majalah MIYAVI, timbul perasaan ingin tahu Nami untuk belajar menjadi editor majalah.

Bermula lah Nami memajukan dirinya dengan berpakaian seperti pekerja yang lain.

Stylish dan elegent.

 



 

Tapi awal-awal tu pakaian dia tak berapa ok.

Lepas tu semua nampak kemas dan elegent.

 




Lepas hubungan olok-olok Jun dan Nami membawa banyak masalah kepada Nami, Nami minta Jun untuk tinggalkan dia.

Antara sebabnya juga adalah Jun kata... hanya Nami dia boleh berharap dan dia takde perasaan kat Nami. 

Tapi sebenarnya mereka suka sama suka.




Tak lama lepas tu Jun mendekat dengan Nami dan dalam waktu yang sama Ryota Nakazawa, Ketua Editor Kebudayaan MIYAVI dah ada perasaan kat Nami tapi hanya pandang dari jauh.






Sedih time Nami dan Nakazawa stay up kat office, Nakazawa belikan makanan sekali untuk Nami tapi dia balik nampak Nami dah dapat makanan dari Jun. L

 






Lastly, Nami berpindah office baru yang diketuai oleh Reiko dan Jun masih bersamanya.

Really recommended bagi yang baru nak mula layan drama Jepun!

Simple dan menghiburkan.

 


Drama ni ada spin-off mengenai Haruka dan Nakazawa




Tiada ulasan:

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...