Erti syukur

Assalamualaikum





Selasa lepas. 28 feb... Result STPM 2016 dah keluar. Seriously, zu x dpt poplat. Tapi bersyukur sesangat sebab tolak beberapa tawaran dulu.







Betul lah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah...

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."







Result kali ni, rasa   macam nak menangis. Sedih. Tapi takpe. Teruskan perjuangan.




28 FEBRUARI 2017
Zu mula bekerja di kantin sekolah. Sepatutnya zu kerja dengan kawan form 6 perempuan. Tapi zu tak call dia. Terpaksa lah ku bawa diri sensorang di kantin sekolah yang tak ku kenali...huhu


Sekolahnya dirahsiakan. Mula-mula kerja, sakit badan-badan. Tapi okey je lepas dah 5 hari ini. Tapi ada kawan form 6 lelaki, sekelas juga kerja situ. Tapi nak berhenti. Okey je la. Dia memang tak suka kerja berat macam tu. Even bergelak ketawa dengan orang. Ada ke patut dia tanya,



"Kaki kau sakit tak?"


"Tak nak berhenti ke?"


"Ni baru sikit zura..."


Yang cakap ni ajet ajet dah kerja berpuluh tahun  =,='






Sabau je lah. Mama zu cakap...


"Sabar je la... nanti ok lah. mula-mula memang penat."

Pastu mama cerita pengalamannya hidup susah dulu-dulu.




Ada seorang kakak tu. Kak Az (bukan nama sebenar). Dia kerja kat kantin tu 8 tahun. Tabahnya.

Tapi kisah hidupnya memang tragis. Mama zu cerita.








Kerja kat kantin ni... Saja nak cerita lah.

Kena selesaikan semua benda dari A -Z






Mula-mula lap meja, mengemop, letak bekas makanan, letak ais paket besar kat depan,susun cawan, isi air, buang sampah, angkat pinggan, basuh pinggan, tirap pinggan, lap pinggan, susun pingan, bancuh air, layan budak nak beli, isi keropok dalam plastik dan kelim, isi air kotak dan mineral kat peti ais. 

.....

dan banyak lagi sebenarnya.




Dah nak balik, kena lap meja, sapu sampah dan mop. 




Sebenarnya...
Kita kena buat semua kerja yang belum selesai. Ada kerja belum selesai buat cepat-cepat.
Lepas dah agar lama kerja di sini, zu konklusikan yang kerja ni kerja dapur. Sesuai untuk perempuan... tak rugi kerja kat sini walaupun asyik kena sergah dan dimarahi.




 Sebelum balik dapat upah. 


Tapi...

JANGAN LUPA PUNCH CARD pulak.



Teringat kata-kata sahabat form 6 yang kerja kat situ jugak


"Hari ni kau tak dapat gaji tau zura."

erkkk... apakah


kerana... gaji hari ini dapat esok. 







Hari sabtu, (semalam) kantin ada buat katering untuk 2 tempat. Zu ikut hantar dan ambil bekas makanan. Pergi kat sana 3 kali.



Hantar makan pagi, tengah hari, dan ambil bekas makanan.
Tapi tak penat sangat sebab tak perlu basuh pinggan.





Tapi, zu tau bersyukur tu amat penting dalam segala hal sebab rezeki Allah yang bagi.

Doakan zu tabah menghadapi ujian ini dan dapat simpan duit untuk ke universiti nanti.

Maaf atas segalanya.


2 ulasan:

Ana Fatihah berkata...

Alhamdulillah, banyak pengalaman dna skills boleh dikutip tu. Terbaik Zu. :)

EAT,MAKE,READ berkata...

terima kasih ana :)

Hotel Dengan Harga Yang Berpatutan Di Bukit Tinggi Pahang

Assalamualaikum dan hai hai hai… Pernah tak korang merancang nak bercuti di Bukit Tinggi di Bentong Pahang?? Percutian ala-ala...

Contact Me/ review

eatmakeread@yahoo.com

Cari Blog Ini