Sabtu, 13 September 2014

Kuih Bingka Tepung yang paling ekonomi

Assalamaulaikum

Pepagi bukak blog
Kali ni zu mahu kongsi resepi yang benar-benar mudah untuk dibuat dan sedap untuk dimakan

Petang semalam, seusai habis tuisyen Matematik, zu jenguk dapur. Zu perasan ada bekas tu atas dapur . Apalagi, lama tak masak kuih. Zu tengok le dalamnya kaler oren. Ingatkan kek. Rupanya bingka. Mula-mula tengok macam tak sedap. Bila dah potong, rasa dan telan. Fuh! sedap betul walaupun bahan yang diggunakan untuk membuatnya terlalu ekonomi !

Kuih Bingka Tepung

Sumber:  mama

Bahan -bahan yang diperlukan
3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
4 cawan santan
pewarna

cara-cara 
1) campurkan tepung dan gula. Kacau sebati.
2) tambahkan santan sedikit-sedikit. Kacau sehingga gula larut sebati dengan adunan tersebut. Jika suka, letakkan pewarna. Tak letak pun cantik juga bingka tu.
3) masukkan ke dalam bekas atau acu kek chiffon (seperti dalam gambar diatas) dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Suhu korang ejas sendiri sebab mama bakar atas dapur je. Kalau guna oven butterfly mungkin sama dengan cara mama zu buat tapi gunakan loyang yang tebal untuk mendapatkan kuih bingka yang sedap.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...