Khamis, 14 Mei 2020

Love Lasts Forever 恋はつづくよどこまでも

Assalamualaikum








Done tengok satu episode drama Jepun oleh Takeru Satoh pada 5 April 2020.

Tonton pada 5 hingga 6 April sebab ada 10 episodes sahaja.


#jdrama #takerusatoh














Tajuk drama ni adalah Love lasts forever @ An Incurable Case of Love 

Adaptasi manga nukilan Maki Enjoji . Kiranya ni drama live action. 





Mone Kamishraishi  dan Takeru Satoh




Ni kira my 1st time tengok drama Jepun setelah kira-kira 10 tahun tak layan drama jepun.
Dulu layan 3 kamen rider Den-0, kamen rider Decade and kamen rider 000.



Aku mula-mula tengok drama ni layan je la kan nak tengok best ke tak.
Pastu dah lama tu best lah pulak.
Simple tapi menarik.
Hero macam kenal je.
Aku pun google lah tajuk ni kat AsianWiki.



Hero dia Takeru Satoh a.k.a Kamen Rider Den-O.
Kamen Rider Den-0 ni bukan calang-calang kenderaan, dia naik kereta api Den Liner merentasi masa dan dalam tu Takeru main 5 watak berbeza sebab dia kena rasuk dengan imagine.



Kalau korang baru berjinak-jinak tengok drama jepun, layan lah drama kamen rider tu. Hihi.
Seram sikit tapi tak bosan.

Mone Kamishraishi ni pula adalah voice actor Ki Mi No Nawa, Mitsuha.
Kimi No Nawa adalah movie anime paling laris di dunia.



Takeru kata, 
Suara awak unik dan bila awak marah suara awak macam tak marah.  ^^
Hahaha. 



Takeru - 31 tahun
Mone   - 22 tahun




Tapi tak pelik sebab memang dia selalu digandingkan dengan heroin yang lebih muda dan drama ni umur hero dan heroin memang jauh beza.





Cerita ni mengisahkan tentang Sakura Nanase (Mone Kamishraishi ) yang berjumpa dengan Kairi Tendo (Takeru Satoh) pada waktu yang tak di sangka-sangka.





Masa tu Sakura berjalan pulang dari sekolah dan terlihat seorang nenek jatuh dari basikal lalu pengsan. Sakura tolong nenek tu sebab hanya dia je yang ada kat situ.


Dia tak tahu nak buat apa. Jadi, dia jerit minta tolong.


Tiba-tiba muncul seorang lelaki bersweater biru datang menghampiri sakura dan nenek yang pengsan.


Laki tu pun tolong sebab dia doktor dan minta Sakura telefon ambulans.




Beberapa minit lepas tu, ambulans datang dan berpisahlah mereka. 





Semenjak dari peristiwa tu, Sakura dah ada cita-cita iaitu dia nak jadi seorang jururawat.
   












Setelah lima tahun,
Sakura ditempatkan di hospital yang terdapat, Kairi Tendo.








Maka bertemulah mereka buat kali ke-2. 










First day kerja, Sakura dah pergi jumpa Kairi Tendo dan
bagitahu yang dia suka sangat kat Kairi Tendo/Sensei.






Dia ditolak mentah-mentah oleh Kairi Tendo.
Tendo sensei pura-pura tak mengenali Sakura Nanase.




Lepas tu rakan sekerja Kairi Tendo,
Dr Kisugi yang peramah dan baik hati
memberi cadangan bernas supaya menjalankan Cream Puff Strategy 
bersamanya bagi memikat Kairi Tendo.









Kairi Tendo seorang yang garang dan terlalu 'berkata jujur'.














Tapi tu semua tak memudarkan sedikit pun rasa cinta dia kat Tendo Sensei.
HAHAHA.
Walaubagaimanapun Sakura ada rasa sedikit penyesalan
sebab menyukai Kairi Tendo dan menjadi jururawat kerananya.
Bila dia fikir semula dia dah ada kat situ, teruskan sahaja matlamat utama 
dan berusaha untuk menjadi seorang jururawat yang berdedikasi.

Ganbatte!






Korang rasa Sakura Nanase dan Kairi Tendo berjodoh tak?
Hahaha. Tak nak cerita lebih. Kalau suka drama Jepun yang santai boleh tonton yang ini.
Tetapi sedikit cheesy bila scene diorang berdua muncul.






Sedikit review dari drama ini.




Tendo sensei dan Sakura pulang bersama.







Kairi Tendo yang mengemari roti kastard
Nak sikit tak? Eh lupa awak puasa. >.<







Mengimbau memori lama.










OST drama yang sweet!
















p/s- sebelum korang pelik kenapa gambar ada yang agak kabur
         sebab aku screenshot je. Haha.



Salam ramadhan yang ke 21 korang!
Selamat berbuka~ 

7 ulasan:

Atikah Tahir berkata...

Saya pernah tengok trailer cite ni... macam best...tapi bila nak cari cerita ni dah tak jumpa sebab nya lepas je tengok trailer ni kat insta, letak fon dulu buat keje lain dulu tapi bila timing sesuai nak tengok, tak jumpa pulak.. hahaha thanks yee.. tahu dah nak buat apa esok. haha.

EAT,MAKE,READ berkata...

@atikah jom tengok

Ardilla Noorezan berkata...

Lama dah tak tengok cerita japan. Nampak cam best!

EAT,MAKE,READ berkata...

@Ardilla Ye awak best lagi2 kalau ada takeru satoh, wajib tonton!

Rahsia Hati Huda berkata...

Saya dah tengok 2 kali cerita ni.. best snagat2. Ceritanya light & romance komedi gitu

Eyna Puzi berkata...

Lamanya tak layan drama jepun sebab selalu layan movie jepun je hehe :)

EAT,MAKE,READ berkata...

@huda ye le tu awak

@eynapuzi ohh wajib tonton yang ni sebab Takeru Satoh berlakon ^^

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...