Isnin, 30 Disember 2013

PERCUMA CALENDAR 2014 BERGAMBAR SENDIRI!



Assalamualaikum


http://syazwani30.blogspot.com/2013/11/percuma-calendar-2014-bergambar-sendiri.html




Zura sertai segmen ni! Kalau nak dapatkan kalender yang cun melecun ni boleh la klik gambar di atas.
Sekali pandang memang la cantik. Tapi, bila dua kali pandang,,, Eh, bertambah cantik la.
Kak Syazwani nak letak ayat kita dan gambar la... Uitt, mesti comel...

Yang ni sedih!


Tarikh tamat: 31 Disember 2013. Selasa, jam 12.00 malam.

Isnin, 23 Disember 2013

Novel BB&BK





Azura  sering  membantu  ibu  tirinya  dalam  pengurusan  rumah. Dari  mengemas  rumah, membasuh  kain sehingga lah memasak.Semua di uruskannya atas arahan ibu tirinya.  Lain pula dengan sedara tiri  kembarnya, Amida.  Adik   tirinya  itu,  sering  kali  mengeluarkan kenyataan sibuk apabila ibu kandungnya  meminta untuk turut sama membantu. Apa yang penting baginya ialah bermain facebook. Facebook menjadi  pilihan  santapan  mata  setiap  masa.


“Mida, jom makan sekali.” Sewaktu  papa  menyuruhku  memanggil  adik  tiriku  untuk  makan malam  bersama.


“Kau  pergi  la  dulu.  Kalau  aku  ada  masa  aku  turun.” Tanpa  memandang  muka  Azura  dia menjawab  laju-laju.


Sampai saja di meja makan, papa bertanya


“Hah,  mana  dia  adik  kamu  tu?” Papa  menyedari  kembalinya aku dimeja makan  tiada      Amida  ikut bersama.


“Abang, jangan risau. Kalau dia lapar pandai la dia turun nanti.”Wajah ibu tiri, ku pandang. Persis anaknya yang suka menjawab pertanyaan orang laju-laju. Tiada adab dan sopan ketika berbicara.


Papa hanya menutup mulut dan memulakan sesi menyuap makanan. Azura yang takut dengan Mom una a.k.a ibu tirinya menapak meninggalkan meja makan.



“Zura, nak ke mana tu?”Papa  memangil  ketika  dia  hampir  mendekati  pintu  dapur.



“Nak  ambil  pinggan  papa.”  Azura  menelan  liur  memandang  jelingan  maut  ibu  tirinya.  Mujurlah  dia  sempat  memberikan  jawapan  selamat.



Habis sahaja menjamah sedikit lauk pauk, Azura  mengemas pinggan dan mangkuk  yang  telah digunakan. Papa sudah menghampiri  peti televisyen. Hanya tinggal  dia dan Mom Una di  dapur.  Mom Una yang sedang memotong buah, memandang Azura yang memakai apron.




“Cepat sikit kemas tu. Siap kalau kau pecahkan pinggan mangkuk.”Tanpa di sangka-sangka, jari jemariku tidak dapat menampung berat pinggan yang ku bawa.




“Prangg…” Suasana hening seketika. Azura panggung muka ibu tirinya, masam mencuka.




“Kalau tak susahkan aku budak ni, bukan dia.”Keras sungguh suara Mom Una ketika melafazkan ucapan berbisa itu. Terasa pedi mencucuk-cucuk di sanubarinya.




“Kenapa tu?” Papa melaung dari bilik hiburan.




“Takde apa-apa la sayang. Anak pecahkan pinggan.” Suara Mom Una lembut menjawab pertanyaan papa.




 “Kemaskan pinggan yang pecah ni. Kalau aku balik masih bersepah…… siap kau aku kerjakan.” Habis sahaja memberi amaran, Mom Una  melangkah menghampiri bilik hiburan bersama buah epal yang dipotongnya seketika tadi.




“Budak-budak, biasa la tu.” Suara papa kedengaran.




Azura  terduduk mengenang nasibnya.  Ketika  ibunya, Azwani masih ada, dia gembira kerana mempunyai seorang ibu yang penyayang. Semua kerja rumah  diuruskan  oleh  ibunya,  dia hanya dibenarkan menolong  jika  ibunya  kesempitan  waktu  untuk  menguruskannya.




Malas memikirkan nasibnya  yang tidak begitu baik,  dia mula mengambil penyapu  lidi  dan penyodok  sampah  untuk  mengemaskan  pinggan yang  pecah  seketika  tadi. Asyik  dengan  kerjanya  dia  tidak  menyedari  akan  kehadiran  Amida  yang  menayang  muka  masam  apabila  melihat  tiada  sepinggan  lauk  di  atas  meja  makan.




“Takde makanan lagi ke?” Dia  bertanya  tanpa  melihat  Azura  nyang kepenatan mengemaskan  meja  makan.



Azura toleh muka selamba Amida. Tiada perikemanusiaan. Duduknya serupa big boss yang marahkan majikannya. Selesai mengemas, makanan dipanaskan lalu, dihidangkan dihadapan Amida. Tanpa ucapan terima kasih, Amida menyuap nasi ke dalam mulut dengan keadaan yang gelojoh. Azura hanya berdiri di sebelah bangku di hadapan Amida.




“Kau tolong ambilkan aku dessert…” Dia mengarah saudara tirinya.



“Dessert?”Amboi, aku pun tak makan dessert dia pula yang lebih-lebih.



“Ya lah, ais krim yang mak aku beli semalam. Kau keluarkan. Letak dalam cawan yang berstail. Letak sos coklat lebih.” Azura menghampiri peti sejuk. Peti sejuk berwarna kelabu dipandang. Terbias wajahnya menerusi peti ais itu. Laungan Amida memeranjatkannya.




“Hoi… mana ais krim aku?”




“ Siap!” Bekas ais krim diambil lalu mengambil cawan yang berstail lalu meletakkan beberapa senduk ais krim coklat di dalam. Usai itu, sebotol sos coklat di gapai lalu, dipicit sos hitam pekat. Wafer bulat diambil.





“Hmmm…. Cantik. Pandai kau ya.” Bodek membodek memang kemahiran Amida. Tetapi sikapnya itu harus segera diubah. Ada pepatah menyebut, Jangan biar nasi jadi bubur. Kalau dah jadi bubur susah mahu dibentuk. Macam perubahan fizik. Tidak boleh di ubah seperti keadaan asalnya.




Azura hanya tersenyum mendengar pujian itu. Bukan mudah mahu mendengar Amida membodek dirinya. Biasanya Amida hanya memuji ibunya. Itu pun jika ingin mendapatkan sesuatu. Kalau tidak, jarang mahu melihat sandiwara Amida.

<3 <3 <3
Triple love from me …..
Thanks for reading this such quite story


bERSAMBUNG .......

Ahad, 22 Disember 2013

Yeah! Saya dah siap!

Assalamualaikum...


Syukur alhamdulillah. Kerja yang saya rasa paling susah dah saya lengkapkan. Terima kasih buat keluarga yang banyak membantu. Nak tengok kerjanya...? 
Nah ni dia ....
Sebenarnya itu gambar depan rumah... yang ni kerja yang buat Zura tak senang duduk. Sekarang, duduk, makan tidur, semua okey setelah siapkan benda ni.


Terima kasih.. Ini je cerita terbaru Zura. Selamat bercuti.

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...