Jumaat, 28 Ogos 2020

YES bagi simkad free?

Assalamualaikum dan hai bertemu kembali kita

 

Lama dah tak buat post~

Sampai setting blog pun dah bertukar wajah 

 

Ok tak PKP hari tu?

Jangan lupa jaga kesihatan tau.

Kes COVID-19 di negara kita kembali tumbuh seperti cendawan selepas hujan T^T

 

Hari ni zu nak share cara untuk mendapatkan simkad free dari YES.

Lebih-lebih lagi untuk yang masih student J


Yes | Always 4G LTE

 

Langkah-langkah;

1.      Klik link ini;

       -Pelajar sekolah 

       -Pelajar universiti 


2.       Isi maklumat korang


3.        Lepas habis isi, korang akan dapat e-mail dari YES

(SAVE SAVE SAVE E-MAIL NI. Jangan terbuang e-mail tu macam aku. Nasib customer service YES laju balas e-mail aku.)


4.       Simkad akan dihantar 3 hari dalam tempoh waktu bekerja


5.       Simkad korang akan sampai. Tadaaa simkad aku sampai camni. Hehe.









6.        So, sebelum tu korang check sama ada phone korang boleh support tak simkad tu dengan klik kat sini

7.       Jika ok, boleh lah korang aktifkan simkad tu kat sini.

Jangan masukkan simkad dalam phone lagi tauuu






Nombor order dan nombor telefon Yes ada kat email yang YES mula-mula bagi haritu.

(rujuk nombor 3)


8.      Selepas tu korang dah boleh masuk simkad dalam telefon yang support line YES.


9.     Bila dah on phone, boleh lah buka data macam biasa dan try buka youtube ok tak line.

10.   Jangan lupa, install apps 4LTG YES kat phone untuk semak baki data korang

 Get free 1GB data when you download the MyYes4G App | SoyaCincau.com


 MyYes4G for Android - APK Download

cc: Google Image




Ya YES beri 40GB internet selama sebulan untuk student guna.

Benda free siapa kan nak bagi.

Jadi apa lagi jom apply sekarang!

Ke korang dah apply siap dah? Hahahaha

Tapi berdasarkan simkad aku, dia tulis camni, expired sehingga 31 Disember 2020.







Apa-apa pun cuba je apply, mungkin expired date semakin dilanjutkannn. Kan.

Semoga bermanfaat!


Jumaat, 7 Ogos 2020

Day Trip Hatyai-Songkhla 2019




Assalamualaikum dan hi!


Pada 27 September 2019 yang lalu, aku dan juga rakan-rakan UUM join trip ke Hatyai. Lebih kurang 38 orang yang join trip ni.

Tapi aku pergi dengan seorang rakan Chinese, Teng.







Sebelum nak join trip ni, kami perlu ada passport group/boarder pass. Tapi kalau yang takde jangan risau sebab boleh buat passport group!






|Pada 17 September 2019|



02.00 pm
BUAT PASSPORT GROUP
Kami pergi ke Pejabat Imegrisen Bukit Kayu Hitam yang terletak kira-kira 30 minit dari UUM.
Masa ni pergi ke sana bersama Aisah(bekas roommate), Ain(roommate baru Aisah), dan Fyza ( course mate Aisah) dengan menaiki kereta sapu (gelaran taxi yang dibuat oleh student UUM) Aruza.







|Pada 27 September 2019|




06.30 am
NAIK KERETA SAPU
Kami menaiki kereta sapu yang di booking oleh pemandu pelancong kami, Apex.











07.00 am
COP PASSPORT
Sampai di sempadan. Sempadan Malaysia-Thailand terletak di sebelah Pejabat Imegrisen Bukit Kayu hitam je sebenarnya. Hahaha.
Selepas itu, kami berjalan dari sempdan masuk ke Thailand dan cop passport group kami di sana. 










08.16 am +-
TUNGGU TENG SAMPAI
Siap cop passport. Kami masuk ke dalam van. Satu van 12 orang. Kami duduk dalam van sambal tunggu Teng sampai sebab dia terlewat sikit. Mujur Teng memiliki kereta sendiri. Kalau tak mesti kami tunggu lagi lama.





08.30 am +-
GERAK
Semua sudah ada di dalam van dan kami bergerak ke dalam Thailand. Nampak dah keserabutan tali elektrik di Thailand. >.<











08.45 am
TUKAR DUIT
Sampai di tempat untuk tukar duit di Songkhla.
Tukar duit masa ni trade dalam …








 Selesai tukar duit, kami teruskan perjalanan ke Hatyai.
10.00 am

MAKAN PAGI/ SARAPAN
Kami sampai di sebuah Kedai Makan Thailand. Tapi makanan ada yang biasa nampak macam di Malaysia seperti bubur pulut hitam.
Aku makan ni je.








                                             



10.55 am
NORA PLAZA
Kami sampai di kedai bernama Nora Plaza. Kedai jual souvenir Thailand.
Macam-macam ada dijual di sini – keychain, baju, dompet kecil, beg, gelang, rantai, cincin dan banyak lagi.

11.36 am
BIGBEE GARDEN








Kami dibawa ke tempat penternakan lebah.
Memang ramai orang Malaysia yang datang melawat.
Kami di minta untuk masuk ke dalam bilik dan kami dihidangkan dengan air madu yang sejuk.
Lega rasa dapat bila minum. J











Pekerja yang menerangkan tentang madu fasih berbahasa melayu. Semasa memberi penerangan, kami diberi peluang untuk merasai sendiri madu tua ( berwarna koko/hitam), madu muda ( berwarna oren kuningan) dan juga Bee Pollen.





Hasil carian imej untuk bee pollen big bee garden









12.53 pm
CHANG PUAK CAMP
Kami sampai di tempat haiwan yang sinonim dengan Thailand, Gajah. 
Chang Puak Camp terdapat Gajah untuk dinaiki dan juga gajah yang dipamerkan.
Kat sini ada jugak haiwan lain - Singa Putih, Orang Utan dan juga Buruh.
Nak tangkap gambar di dalam tempat tersebut (di dalam kandang) perlu bayar.
Lepas penat bergambar di luar kawasan kandang haiwan tersebut, Kami Shana, Tirah dan Teng duduk di kafe yang berdekatan.








14.19 pm
KEDAI MAKANAN RINGAN THAI
Nama kedai tak pasti.
Tapi di sini ada jual pelbagai jenis makanan ringan thai – dried fruits, kerepek pisang, ubi, Maggie siam (Serda), asam dalam botol kecil, keropok beras ( nasi dikeringkan dan digoreng), pes tomyam dan juga dodol durian.













14.52 pm
FERRY
Menaiki Ferry untuk pergi ke pantai.

15.00 pm+-
SAMILA DRAGON BEACH




Imej yang berkaitan




15.24 pm+-
SAMILA BEACH
Kat sini ada gerai dan juga kedai jual baju. Harga agak murah jika nak dibandingkan dengan Nora Plaza. Lebih-lebih lagi harga baju t-shirt dia.





Hasil carian imej untuk samila beach




Hasil carian imej untuk samila beach


16.48 pm
THE CENTRAL MOSQUE OF SONGKHLA
Kami singgah untuk solat jamak Takhir.












18.11 pm
FLOATING MARKET
Tempat orang jual makanan atas sampan. Tapi tak adalah panjang sangat Floating Market ni.
Ramai orang Malaysia berkunjung ke sini. Orang Thai pun ramai yang boleh cakap Melayu.
Ada 3 bahagian – 1. Gerai di ruang atas - ala Pasar Malam
                             2. Gerai di bahagian bawah - Floating Market (kena turun tangga)
                             3. Gerai di hadapan jambatan


















Makanan di Floating Market agak murah dan berpatutan.









Aku makan Nasi Briyani + Ayam Goreng kot nama dia dan juga Ais Krim kelapa – 4 Topping.
Walaupun ais krim kelapa boleh dapat kat UUM, tapi aku beli jugak kat sini haha. Sebab nampak menarik gitu!

Teng pula makan Maggie Tomyam Udang. Rasa tomyam dia memang paduuu. Padu tapi tak masuk dengan tekak kami. Teng hadiahkan aku seekor udang. Hikhik. Thanks Teng!





Sebab fokus sangat makan, aku tak jalan pun di sepanjang Floating Market ni.







Selepas itu, kami berjalan di atas jambatan dan lihat gerai jualan di seberang jambatan. Ada jual makanan, baju, cermin mata hitam, beg dan banyak lagi
Atas jambatan tersebut ada kanak-kanak membuat persembahan tarian.

Habis berjalan sekitar jambatan, kami pergi ke tandas. Selepas itu, aku ke surau yang terletak di hujung pasar tersebut. Manakala Teng berjalan di sekitar.

Kemudian, aku membeli ole-ole di sebuah kedai akibat terpengaruh dengan Teng.

20.19 pm
ASEAN PLAZA | ASEAN NIGHT BAZAAR
Destinasi terakhir kami – Berdasarkan list destinasi.











Kat sini,
bahagian atas jual makanan.
bahagian bawah jual baju, beg, kasut dan macam-macam lagi. Serupa pasar malam kat Malaysia.
Harga boleh tahan (Mahal).

Selesai membeli baju, aku dan Teng ke 7Eleven berdekatan.
Di sana kami beli makanan.
Aku beli – Susu Meiji Coklat, Air Vitamin C Blackcurrant, Gula-gula, Air Mineral, Ubat Gigi dan Latte Ice.
Susu meiji yang dijual di VMALL UUM agak mahal. Sebotol dalam RM3.
Tapi kat sini dalam RM1.50 sahaja.
Tapi bagi aku rasa dia biasa je.

Kat 7E aku tak beli burger pun huhu. Biasalah sebab berpinar mata tengok banyak barang makan jual di 7E Thailand, tak seperti 7E di Malaysia.


22.57 pm
7ELEVENT THAILAND
sebelum balik, kami singgah di 7E.
Peluang terakhir untuk berbelanja di 7E Thailand.
















23.32 pm
IMEGRESEN MALAYSIA-THAI
Cop passport di imegresen untuk pulang ke Malaysia yang tercinta. T^T

23.46 pm
PULANG KE MALAYSIA
Kami naik kereta sapu, pemandu yang pagi tadi.
Abang sapu Tanya, ada belikan apa-apa tak?
Takde.
Hehe sian dia.

00.11am
SELAMAT SAMPAI DI INASIS YAB, UUM.
Naik sapu pergi dan balik bersama Sahila, Shana, Atirah.

Refleksi dari trip ni :
-          Jangan tukar duit banyak sangat
-          Jangan mudah terpengaruh dengan kawan
-          Enjoy every moment
-          Buat list beli barang
-          Pergi bersama rakan yang mahir mengambil gambar







Selasa, 23 Jun 2020

Cara Letak Tulisan Arab dalam Words


Assalamualaikum dan hai korang


Hari ni aku nak share cara letak huruf arab dalam microsoft word.
Share benda ni sebab mudah untuk rujuk di kemudian hari...





Pada semester ni aku ambil bahasa Arab sebagai subjek free elektif.
Niat di hati nak ambil subjek lain tapi tetiba berminat nak ambil bahasa Arab
Awalnya nampak mudah tapi... tak T^T
Tak semudah yang disangka





Walaupun aku takde basic, korang doakan aku lulus cemerlang ya untuk subjek ni!

#thestruggleisreal





1. Buka dokumen/websites yang ada tulisan Arab yang korang nak.



2. Kemudian copy (Ctrl+C) tulisan tersebut.  



3. Kemudian paste(Ctrl+V) dalam Wordpad.



4. Tada dah jadi! Tapi kekadang bila paste tak seperti yang asal. 
Jadi, yang ni korang kena guna  key Delete dan Backspace.




5. Lepas korang dah berpuas hati dengan tulisan dalam Wordpad tu,
Korang copy masuk dari Wordpad ke Microsoft Word.
Tak boleh terus copy tulisan Arab ke Words sebab nanti tulisan tu lari teruk.  










ATAU


Korang taip secara manual~



BOLEH RUJUK KAT SINI

Kredit kepada mualim saya, Ustaz Hadi. ^^





Ahad, 21 Jun 2020

Menang contest di Youtube ASA Production

Assalamualaikum


Saya menang merchandise ASA Production pada tahun 2019 setelah follow mereka dari tahun 2018.
Tak ingat segment apa tapi contest di youtube. :)







Isnin, 8 Jun 2020

Online learning vs Remote learning


Assalmualaikum dan hai!



Online Learning (OL) 
Any forms of learning via the internet. Often online learning is combined with the traditional classroom face-to-face interactions and referred to as blended learning. 
Remote Learning (RL)
Any forms of learning using the internet and technology (such as printed book, radio, television, and thumb drive) but without the traditional classroom face-to-face interactions. Remote learning can be done synchronously and/or asynchronously. 












Awal-awal isu COVID-19, lecturer awal-awal lagi dah minta kami semua untuk buat account Webex dan Zoom. Jadi kami buatlah. Seronok jugak kan sebab tak pernah lagi buat online kelas ni. Excitednya!!!! Tapi awal-awal je tu.




Sekarang ni lemau je rasa sebab tak senang duduk bila kelas online.

Tak berapa faham sangat
Nak discuss dengan kawan agak susah sebab semua ada komitment masing-masing kat rumah




Walau apa pun akan ku tempuhi sem ni dengan penuh sabar dan komited.
Doakan ye korang!


Insyallah
Dalam pertengahan bulan julai, semester ini akan habis~


Masih banyak kerja meunggu untuk di siapkan sebab kebanyakan final ditukar kepada assessment.
Beban tu bertambah banyak bukan sikit. Huhu.


Okey korang bawah ni aku nak share Apps yang kami guna untuk OL dan RL class
Tulis kat sini sebagai satu kenangan yang paling bersejarah dalam hidup ku. :)







1. LC 

    







2. PR








3. RM

          







4. OSHA

  







5. IR

     Hasil carian imej untuk MEET




     




6. Arabic 1


    YouTube for Nintendo Switch - Nintendo Game Details Hasil carian imej untuk google form












Dua apps ni pernah aku gunakan untuk meeting dengan kawan2 ^^



            Hasil carian imej untuk HANGOUT





Macam mana pengalaman kelas online korang pulak?
Mesti seronok kan? (^,^)



Catatan Yang Ditampilkan

Ayase - Ghost City Tokyo Lyric

 Hi dan assalamualaikum Hi hari ni aku nak share satu my favourite song by Ayase. Selalu Ayase ni buat lagu je tapi hari tu ternampak dia co...

Popular Posts