Jumaat, 24 Mei 2019

Review Chinese Drama Put Your Head on My Shoulder

 Assalmaualaikum dan salam sejahtera gaissss!




Hari ni Aku nak cerita tentang satu drama Chinese ni. 
Aku rasa drama ni memang boleh kalahkan drama Korea.
Sebabnya, aku dah terlebih tengok drama korea kot.
Huhu.




Gu Wei Yi dan Si Tu Mo


Dan seperti yang korang tahu, 
Aku baru je habis belajar Mandarin level 1,2,3 sem lepas.


Jadinya, nak memantapkan lagi bahasa luar ni, kena lah ambil inisiatif lain.
Kalau tak mesti lupa. 
Kalau lupa buat penat lah belajar dengan LAOSHI (guru Mandarin) sepanjang 3 sem lepas. Huhu.




Ok banyak dah membebel.
Cerita ni Kemku bagitahu lama dah. Dalam 13 Mei 2019 lepas. 
Tapi time tu busy sebab minggu tu lah hantar asssignment, buat kuiz bagai. 


Barisan pelakon
______________
Hero : Gu Wei Yi, berumur 20 tahun sekarang.


Imej yang berkaitan
Heroin : Si Tu Mo/ Momo berumur 24 tahun sekarang.










Cerita ni mula ditayangkan pada 10 April dan berakhir pada 16 Mei 2019.
Mengisahkan tentang pelajar akauntan tahun akhir, Si Tu Mo dan rakan rakannya. Di permulaan drama ini, Si Tu Mo ingin pergi interview intern/praktikal di syarikat Advertising. 


Kisahnnya Si Tu Mo ni minat Advertising sebenarnya. 
Tapi mak ayah di yang daftarkan kos akaun kat dia. 
Dia pon redha je dan sewaktu dia study, 
dia ada belajar advertising tu dengan usaha dia sendiri.


Ok, back to the story,
Si Tu Mo pergi tempat interview intern dengan kawan lelaki dia, Fu Pei.
 (kawan yang dia anggap boyfriend, tapi Fu Pei selalu nafikan status hubungan diorang. Sadissss) ;( 
Fu Pei bawak di naik basikal. 


Entah macam mana, tiba-tiba....
Berlaku eksident, 


Jatuhlah Si Tu Mo, Fu Pei dan Gu Wei Yi.


Tu lah pertemuan pertama Momo dengan Gu Wei Yi.
Tapi sebenarnya Gu Wei Yi ni dah perasaan dah Momo masa awal-awal sem. 
Time tu Momo jalan kaki, dia berbasikal.


Oh ya, Si Gu Wei Yi ni seorang pelajar sains. 
Kira macam saintis la.


Sebab eksident tu, Momo pergi iv dengan blouse yang terkoyak. 
Sedih. 

dan... lagi menyedihkan beg diorang tertukar.
Gu Wei Yi siap ambil harta karun Momo lagi.


dan entah macam mana, diorang boleh duduk serumah.
Pelbagai konflik melanda dan akhirnya....


korang tengok lah sendiri kat youtube.
Memang superb cerita dia.
Jalan cerita ringan, ada pengajaran tersendiri.






kat sini aku sertakan beberapa gambar babak di dalam drama ini.







Time ni dalam lab (tempat kajian Gu Wei Yi) 






First time diorang dating setelah confess perasaan masing-masing.






Graduate!







Pengajaran cerita ni :

- Kita mestilah jangan berputus asa dan sentiasa confident dalam apa jua keadaan
WalaupunMomo tertukar beg dengan Gu Wei Yi, dia dengan confidentnya hulur file Gu Wei Yi kepada panel temu duga, dan
Saat Momo kena ragut, dia call pihat syarikat untuk tangguh iv.


- Nak dapat insan tersayang, kita mestilah bersungguh-sungguh
Gu Wei Yi amat sukar untuk meluah perasaan dia kat Momo.
Dia usaha sungguh-sungguh buat apa yang Momo suka secara senyap-senyap - main skates board, ping pong.


 - Berkorban untuk orang yang tersayang
Gu Wei Yi sanggup pura-pura arlegik udang mantis sebab nak bagi Momo makan masa diorang berkhemah di tepi pantai sedangkan seafood ni makanan kegemaran Gu Wei Yi.



Cerita ni ada mengangkat makanan Chinese seperti River Snail Rice Noodles
dan teknologi Cashless diorang.








dan banyak lagi sebenarnya.
Nanti tak suspend pula cerita kat sini semua....






Tonton drama ini di sini :

Episod 1










Imej yang berkaitan
Gu Wei Yi, Momo, Shang Shang, Fu Pei.







Kalau korang perasan, hero dan heroin ni ada ala-ala cerita A Love So Beautiful kan?
Sebenarnya ni adalah hasil karya penulis yang sama.
Kedua-dua cerita ini adalah adaptasi novel karya Author Zhao QianQian.


Sumber : LINK 



   































Gu Wei Yi, Momo, Xiao Xi, Jiang Chen




Untuk cerita ini, aku boleh bagi 5/5 bintang  :)

Sebab tak bosan,
pelakon bagus,
Ost sedap dengar dan.... yang paling penting
Cara diorang snap video sangat menarik!




Tahniah team produksi sebab mampu mnerbitkan suatu karya Chinese yang amat bagus setelah drama yang aku tonton time sekolah dulu.





Khamis, 23 Mei 2019

Berbuka Puasa di UUM 2019

Assalamualaikum and hi!


Selamat berpuasa~
Salam Ramadhan ke-18 (1440 AH) 
Hari ni selesai semua kelas untuk tahun ke-dua di UUM. T^T




Hi! Ini lah cara Zu berbuka puasa di UUM.


Ni gambar 1st Ramadhan. Di surau laluan C. Dekat je dengan bilik. 




Zu berbuka sini memang tak ajak kawan pon sebenarnya. 
Just WhatApps Yana, then dia pon nak buka sama... 
so, berbuka sini lah kita. 
Makan nasi lauk ayam, sayur kobis dan air sirap.  




Yang ni makanan COD dibuat oleh student hospitality as assignment diorang.
Berpatutan lah dengan harga dan rasa dia. umphhh.
Satu set makanan ni RM9 sahaja! termasuk kos COD.
Murah kan?




Portion dia besar juga siap ada dessert sekali.




Yang ni time berbuka di Masjid Sultan Badlishah, UUM bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.




Yana dan Saba. Saba punya inasis tak jauh dari Masjid jadi Saba jalan kaki je. 
Time ni Yana tak pergi masjid sekali dengan Zu. 
Sebab dia tunggu kawan dia untuk pergi sekali. 
Tapi at last Yana pergi sorang je sebab kawan dia nak balik kampung petang tu. 




Ni makanan kat masjid. 
Banyak giler kuih. 
Rugi lah siapa yang tak pergi tu. 
Makan free beb :p 
Hehehe
Tapi setiap inasis ada kuota dia.




Masjid Sultan Badlishah, UUM.




Sultan Kedah makan bersantap di sini.




Yang ni pulak Zu makan dengan Anis kat bilik.
Anis kata Zu seorang yang minimalist.-_-
Sebenarnya malas nak keluar beli makanan plus nak habiskan makanan kat bilik.
Ada cekodok putih, sayur kankung kafe YAB, Air teh Anis buat, Tealive, dan murtabak megi Zu buat.


Sekarang baru tau macam mana nak buat murtabak megi dengan langkah yang betul.
Cantik tau bentuk murtabak megi tu.

CARA MASAK MURTABAK MEGI
(walaupun agak lame hahaha)


Berbekalkan rice cooker, minyak, sepeket megi perisa kari(jenama maggie) yang telah di celur dan ditos airnya, garam dan juga dua bijik telur. 


Nak masak dia campurkan semua bahan2 tu kecuali rice cooker.


Pastu panaskan minyak dalam rice cooker.
Rice cooker tu ikut lah nak guna jenama apa.


Zu guna jenama Panasonic, pesen dia lain sikit...
Zu kena sendal tempat cook tu,
Pastu baru boleh guna.
Biasa Zu sedal guna pemadam atau bekas ubat stapler yang petak tu.


 Minyak tu letak banyak sikit. 
Dalam 4 sudu besar.


Then bila rice cooker dah betul-betul panas,
letakkan adunan megi tadi... jangan letak semua.
Letak sikit dalam suku adunan.
Pastu kau sudu-sudu kan megi tadi bagi rata dan tutup rice cooker tadi.


Agak-agak dah garing belah bawah, terbalikkan guna sudu ke spatula ke.
Zu guna sudu je.
Sebab takde semua tu >,<


Then dah garing dua-dua belah, angkat dan sedia untuk dihidang. 
Zu dan Anis makan dengan mayonis jew.
Sebab takmau nak beli sos.
Kalau beli sebotol siapa nak habiskan... sebab dah nak habis sem dah.
Huhu.








Student Hospitality juga yang buat ni.
Tak sure kumpulan mana tapi ni sangat mengenyangkan.
3 suap dah buat perut sis kenyang giler.




Ni lah isinya. Dalam plastik tu air asam untuk daging.




Yang ni pula rumet punya pelam.
Rumet kata ni Harum Manis. 
Zu jarang makan Harum Manis, betul eh ni Harum Manis?
Takut salah bagi info pula.




Tadi set makanan tu sekali dengan Manggo Cheesecake. 
Zu makan dengan Harum Manis. 
Manis then sedap sangaaat macam nak meninggal.
Tinggi kolesterol ni. Haha.




Yang ni gambar hari selasa lepas 21/5/2019.
Alang-alang dah ke libary, terus ke masjid je lah kan.
Zu berbuka dengan Saba.
Tapi Saba berbuka minum air, makan kuih dan terus solat Maghrib.
 Then dia balik. Gitu.


Thanks sebab sudi baca cerita Ramadhan seorang Zura. 
Ramadhan korang macam mana pulak?
Mesti best kan~




Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...