Memaparkan catatan dengan label watch2021. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label watch2021. Papar semua catatan

Jumaat, 16 April 2021

Review Japanese Drama Oh! My Boss! Koi wa Bessatsu de

Assalamualaikum dan hi


Hari ni aku nak share satu drama jepun yang aku tonton lama dah tapi baru nak review.

Drama ni aku tonton on-going sebab sangat best dan menarik.



Klik gambar untuk tonton drama :)


Cerita ini mengisahkan tentang Suzuki Nami (Mone Kamishiraishi) yang mempunyai seorang adik dan ke dua ibu bapa.


Mone Kamishiraishi


Ibu bapa Nami meminta Nami supaya hidup seperti orang biasa.

Kerja biasa-biasa

Kahwin dengan lelaki biasa-biasa

Dan hidup biasa-biasa sampai lah tua.

 

Then, lepas graduates… Nami ke Tokyo untuk mencari kerja.

Sewaktu temuduga kerja tu dia secara kebetulan berjumpa dengan seorang lelaki yang memegang kamera, Horai Junnosuke @ Jun (Yuta Tamamori).


Yuta Tamamori


Jun yang dianggap  sebagai lelaki gatal sebenarya ingin menyelamatkan Nami dari terduduk di atas bangku yang baru di cat. :)

 

Bila Nami dah tolak Junnosuke so dia duduk atas bangku tu dan skirt dia kotor dengan cat.

Jun yang rasa bersalah bawa Nami pegi kedai pakaian yang terdekat.

Jun memilih baju untuk Nami dan menawarkan diri untuk bayar baju tu tapi Nami tolak sebab rasa berhutang budi pulak nanti sebab bila lagi dia nak jumpa laki tu kannn.

 

Nami gagal temuduga department yang dia pergi tapi dia dapat kerja di bawah department majalah. 

Iaitu majalah MIYAVI.

MIYAVI di ketuai oleh Horai Reiko (Nanao), graduates dari Frances.

..,dan dia adalah kakak Jun.







Di department majalah, Nami jadi runner yang ambil barang Reiko dan tempah teksi untuk Reiko dan client Reiko





So Nami tu selalu terserempak dengan Jun.

 

Oleh kerana Jun tak nak pergi blind date, dia minta Nami jadi girlfriend olok-olok.

So berlakon lah Nami sampai memudaratkan diri dia.

 

  





Setelah mereka berjaya menerbitkan 1st edisi majalah MIYAVI, timbul perasaan ingin tahu Nami untuk belajar menjadi editor majalah.

Bermula lah Nami memajukan dirinya dengan berpakaian seperti pekerja yang lain.

Stylish dan elegent.

 



 

Tapi awal-awal tu pakaian dia tak berapa ok.

Lepas tu semua nampak kemas dan elegent.

 




Lepas hubungan olok-olok Jun dan Nami membawa banyak masalah kepada Nami, Nami minta Jun untuk tinggalkan dia.

Antara sebabnya juga adalah Jun kata... hanya Nami dia boleh berharap dan dia takde perasaan kat Nami. 

Tapi sebenarnya mereka suka sama suka.




Tak lama lepas tu Jun mendekat dengan Nami dan dalam waktu yang sama Ryota Nakazawa, Ketua Editor Kebudayaan MIYAVI dah ada perasaan kat Nami tapi hanya pandang dari jauh.






Sedih time Nami dan Nakazawa stay up kat office, Nakazawa belikan makanan sekali untuk Nami tapi dia balik nampak Nami dah dapat makanan dari Jun. L

 






Lastly, Nami berpindah office baru yang diketuai oleh Reiko dan Jun masih bersamanya.

Really recommended bagi yang baru nak mula layan drama Jepun!

Simple dan menghiburkan.

 


Drama ni ada spin-off mengenai Haruka dan Nakazawa




Sabtu, 27 Mac 2021

Review Anime Jujutsu Kaisen

   

MAPPA Studio


Assalamualaikum dan hi

 

Hari ni aku nak meng-review satu anime yang baru je tamat tayangannya semalam.

Aku suka anime bergenre sebegini.

Aksi, komedi, fantasi.

 



Itadori Yuiji

 

Cerita ini mengisahkan tentang Itadori Yuiji yang mepunyai kekuatan luar biasa. Itadori boleh berlari lebih laju daripada kenderaan.


Dia dijaga oleh atuknya sahaja.

Sebelum atuknya meninggal dunia, atuknya meminta dia untuk menggunaakan kekuatannya untuk membantu menyelamatkan orang.

 

Sewaktu disekolah Itadori memasuki kelab pembasmi roh jahat.

Di dalam kelab itu hanya ada 3 orang ahli sahaja.

Dua lelaki dan seorang perempuan.

 

 

-----



Megumi Fushiguro



Pada suatu malam, Megumi Fushiguro, menelefon Itadori bertanyakan tentang sebuah bekas misteri. Fushiguro meminta Itadori untuk memberi dia kotak tersebut kerana suatu bencana akan berlaku jika kotak tersebut dibuka.

 






Itadori masa tu kat hospital atuknya baru je meninggal dunia. T^T

Secara terpaksa dia meninggalkan atuknya dan bergegas ke sekolah untuk berjumpa dengan rakan kelab dia sebab diorang berdua yang pegang kotak tu.

Dua orang kawan Itadori duduk dalam gelap yang hanya ditemani lilin di atas meja membuka kotak tu dan ada satu bungkusan putih.

Jadi diorang buka sampai habis dan akhirnya keluarlah isi dalam dia.

Jari Ryomen Sukuna.





 

Lepas tu aku ringkaskan yang Itadori makan jari tu dan dia jadi Sukuna vassel.




















Kemudian dia pindah sekolah ke Tokyo, Jujutsu Scorer Tokyo.


   





 





Intake sama dengan Itadori – Megumi Fushiguro dan Kugisaki Nobara.

Cikgu yang mengajar mereka adalah Gojou Satoru, Mei dan …..

 

Tugas Jujutsu Scorer ni nak membasmi roh jahat macam hantu (ni aku pun tak berapa faham sangat sebab kurang jelas dari segi storyline dia. Kalau korang faham sebab dah baca manga dia boleh komen kat bawah tau!)

 

Pastu bermula lah episode diorang membanteras hantu yang menganggu manusia

Dan diorang ada perlawanan dengan Jujutsu Scorer Kyoto untuk menguji kekuatan masing-masing sambil diperhatikan oleh cikgu cikgi diorang.





 






 

My Point Of View


OST dia agak padu

Storyline agak caca marba aku taktahu lah sama ada anime ni sama dengan manga ke tak. Tapi memang takde kesinambungan di antara setiap episode. Tup tup jadi macam tu. Macam tanpa sebab pun ada.

Kekuatan cerita ni adalah Character development dia yang membuatkan penonton jatuh cinta! Lagi lagi watak Gojou Satoru dan Ryomen Sukuna. Hahaha. Ryomen Sukuna tu muncul tak sampai pun 30 minit tau dalam 24 episode tu tapiii pengaruh dia besar sampai menang anugerah watak antogonis terbaik Crunchy roll.  

 

 











Penuh FYP aku dengan Jujutsu Kaisen je.






 Banyak merchandise yang orang buat:

-Baju

-Sweater

-Embroidery art

-Kasut

-Phone case

-Keychain

-Figurine

-Fanart

-Biskut jari Sukuna

-Mask

-Mug

 



Okey gais jumpa lagi di lain entri :)








Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...