Ahad, 25 Mac 2018

Job Application Letter

#7485

Assalamualaikum warga UPM!!

Hasil carian imej untuk job application letter



Aku dah 5 tahun berkhidmat sebagai HR di sebuah company. Ramai jugak lah yg aku interview dan buat bermacam-macam penilaian terhadap calon-calon yang memohon kerja kat company yg aku berkhidmat sekarang ni. Ni aku listkan lah berdasarkan pengalaman aku apa yg pernah terjadi sepanjang aku dalam proses rekrut budak baru terutamanya fresh-grad.


1. COVER LETTER. Aku tak tau lah, kebelakangan ni ramai betul fresh grad main hantar resume je. Aku tau benda ni remeh, tapi bagi HR macam kitorang ni, cover letter tu penting. Ni menunjukkan yg kau bersungguh2 nak mintak kerja walaupun kau sekadar nak cuba2.


2. RESUME. Tolonglah buat resume korang dengan ringkas dan jelas. Tak perlulah nak tayang pendidikan kau dari tadika. Tunjuk apa yang penting je. Lebihkan bahagian2 skill tu sikit. Kalau kau ada skill komputer atau software apa2, terangkan secara detail lagi. Kalau kau tau byk bahasa, terangkan secara detail gak. Pencapaian kau kalau takat peringkat kolej atau sekolah je, tak payah lah nak sumbat kat dalam resume tu. Kalau gempak2 barulah sumbat. Pastikan resume kau sedap dipandang. Tak terlalu wordy, pakai bullet point. Kalau boleh resume tu 2 page je dah cukup.
P/s-sekarang ni skill microsoft office maha maha maha penting. Please lah master microsoft office tu ye adik2.


3. RESUME lagi. Wahai adik2 sekalian. Kalau bolehlah, hantar resume adik2 tu dalam bentuk PDF ye. Abang memang suka tengok resume dalam format PDF. Kenapa? Sebab PDF takkan dan takkan sekali berubah apa2 dokumen tu. Bayangkanlah dik, kau bagi aku word file 2003 tah apa2 tu. Abang bukak pakai word 2013, lepas tu format kau lari, takkan lah abang yg sebagai penilai kau ni nak fixkan resume kau? Lagi satu, word file ni senang sgt nak corrupt, lagi2 yg resume fancy2 tu. Moral of the story, hantar apa2 yg penting terutamanya resume dgn cover letter dalam format PDF. Baru professional sikit dik! Abang pun senyum je tgk resume adik2 nanti.


4. WARNA RESUME. Wahai adik2, rata2 HR yang abang kenal, kami hadkan warna resume sampai 3 warna je ye adik2. Tak payahlah nak jadi macam budak tadika ye adik2, nak letak segala warna yg ada pada resume. Sakit mata kepala abang dik. Nanti abang print pun warnanya jadi hitam putih gak dik oyy.



5. Pastikan jawatan dinyatakan dengan betul, tepat dan jitu. Abang tau, resume dgn cover letter yg korang buat satu je. Lepas tu adik2 akan ubah2 atau alter2 la sikit resume dgn cover letter tu kan? Pastikan adik2 semak balik semua yg adik2 ubah tu betul atau tidak. Ramai lah jugak yang abang tengok dekat resume tulis jawatan lain, kat cover letter tulis jawatan lain. Ada yg paling kelakar tu, ada jugak tulis jawatan yang tak pernah wujud pun kat company aku. Memang aku reject terus lah weyyyyy.


6. Tulis demand gaji kau! Bagi aku, sesiapa yg letak expected salary dia kat dalam resume, orang tu yakin dgn diri sendiri. Make sure, kalau kau letak rm4000 kat resume kau, siap2 kan lah jawapan kau ye kenapa kau letak rm4000. Kalau masa interview tergagap2 nak jawab, goodbye!!!


7. Kalau kau ada pergi seminar2 yg boleh added value yg berkaitan dgn kerja kau nak mintak ni, please lah nyatakan kat dalam resume kau. Boleh lah aku tambah kredit sikit. Kalau kau ada pergi seminar belajar microsoft office, bagitau dalam resume. Budak2 akaun yang hadir seminar 2 macam gst atau belajar software2 akaun, bagitau dalam resume. Budak2 engineering yang ada pergi seminar nak guna software tah apa2 tu, bagitau kat dalam resume. Jangan masa interview kau cakap kau ada datang seminar tu seminar ni, tapi kat resume apa pun tak ada kau mentioned. Sijil jangan lupa bawak masa interview nanti. Kalau kau tak bawak, aku anggap kau sembang je lebih.


8. Tell me about yourself. Yang ni lawak sikit lah, ramai orang yang aku interview pergi cerita balik semua apa yang dia tulis dalam resume. Adik2 ku sekalian, kalau soalan ni ditanya, ofcourse kau kena perkenalkan nama kau, dah perkenalkan nama penuh kau, bagitau lah pulak nama panggilan kau apa. Ni, aku je yang tanya nak panggil apa? Lepas tu, tak payah lah cerita kau berasal dari mana, belajar apa, segala bagai tu. Semua tu dah ada dalam resume. Apa aku nak tau, apa kelebihan dengan kelemahan kau je. Itu je. Aku pun nak tau dengan kelebihan yg kau ada tu, berbaloi tak company aku hire kau? Apa kelemahan atau kelebihan kau aku tak lah ambik pusing sgt, apa yg aku nak tengok self-confidence kau je. Jujur atau tak jujur tu, belakang cerita la ye. Aku tau, ramai je yang berlakon. Tapi, jangan over sangat lah ye, be natural.


9. Pakaian. So far, bab2 pemakaian tak ada masalah sangat lah. Cuma, ada kes seorang perempuan tu. Aku tak ada masalah kau nak pakai niqab atau nak tutup muka. Tapi, masa interview tu, boleh tak kau bukak kejap. Jangan risau, kau boleh buat request HR perempuan yang interview. Dah lah gambar kat resume pun berniqab. Bukan nak diskriminasi wanita berniqab. Cuma...tak tau lah nak jelaskan. Bukan aku suruh buka tudung pun. Fikir2 lah sendiri. Nanti aku komen lebih2 kena kecam pulak.


10. Bertanya semasa interview. Aku memang suka kalau calon2 interview tanya pasal company atau apa2 yang berkaitan dengan kerja. Aku willingly akan terangkan secara terperinci. Lagi banyak kau tanya, lagi mendalam aku kenal kau. Lagi banyaklah kredit kau dapat. Ni, kebanyakannya interview akan berakhir dengan suasana sendu. Bila part aku tanya ada apa2 soalan tak, senyap je. Tanya je apa2 dik, kqmi orang HR tak makan orang pun. Ada sorang ni, siap beritahu masalah tempat tinggal kalau dapat offer kerja, budak tu siap tanya aku ada rumah or bilik sewa ke kat area2 office. Baru nampak sikit kesungguhan tu.


11. Lepas interview. Step ni memang ramai yg skip. Kalau ada sesiapa yg buat memang aku hire. Follow-up email. Adik2, digalakkan buat satu emel ringkas sebagai tanda terima kasih adik2 sebab dipanggil interview dan nyatakanlah minat adik tu nak bekerja kat office abang ni. Sejuk perut abang bila dapat emel2 macam tu. Hilang lah sikit penat2 abang menginterview korang seharian. Penat tau!
Banyak lagi benda abang nak kongsikan. Tapi, cukuplah setakat ni dulu. Nanti abang confess lagi ye. Kepada yg mencari kerja tu, goodluck!


HR Prihatin.

Credit to: https://blog.skolafund.com/

p/s- sy baru je sem 2 kos HR. Belum grad lagi. Doakan sy jadi akak HR yang beriman ya. :)
       Maaf tajuk tak kena dengan isi.

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...