Sabtu, 28 Disember 2019

Cara Menyembuhkan Bibir yang Kering

Assalamulaikum dan hai semua.




Hari ni zu nak share tentang masalah bibir yang zu alami lama dah.
Semenjak 2017 rasanya.
Sampai sekarang ada lagi.







Ya. Masalah bibir kering T^T








Antara punca masalah bibir kering yang zu sendiri pernah alami. 


1. Kurang minum air

Ni doctor di uni zu gitau, pergi lebih dari 5 kali pun dia suruh pergi minum air banyak. I was. -,-



Hasil carian imej untuk cara minum air yang betulHasil carian imej untuk cara minum air yang betul


2. Jangkitan kuman

Yang ni tak pasti apa sebabnya. Mungkin hari tu zu pernah terpakai lip balm kakak punya.
Lip balm tu pun dah expired kot. T^T



Hasil carian imej untuk kuman

3. Alergik

Masa ni zu kerja catering dan terlebih makan masak lemak daging salai. Sadis.
Habis merah-merah mulut gatal sebab alahan. Zu boleh makan daging, tapi tak boleh makan banyak.



Hasil carian imej untuk alergic word


due to,

Hasil carian imej untuk masak lemak daging salai





Apa yang zu buat untuk menangani dan mengurangkan masalah di atas?






1. Jumpa doctor

Masa ni lepas habis kelas KOK,  Teng bawa zu ke klinik di sekitar Changlun guna kereta saga dia.
Klinik Perempuan Raudah rasanya. Doctor kata bibir zu terkena jangkitan. Doctor bagi 2 ubat sapu.
Satu untuk bibir kering, satu lagi krim untuk hapuskan kuman. Bayar dalam RM50 kat klinik ni.
Hasil: Sakit di bibir mula berkurangan, perlahan-lahan. 




Hasil carian imej untuk doctor word wallpaper




2. Vaseline

Yang ni pembantu perubatan di klinik kesihatan berdekatan rumah bagi.
Hasil: Membantu sedikit. Bibir masih kering bila pakai. 


Hasil carian imej untuk vaseline

3. Nivea: Strawberry Shine 



Haaa product ni paling helok tau. Sebab lipbalm ni melembapkan dan beri warna sedikit di bibir. Sebenarnya zu ada bibir yang sangat sensitive. Zu tak boleh pakai lipstick, lip cream atau lip balm jenis matte. Matte tu yang jenis heavy dan tinggalkan cast.


Hasil carian imej untuk lips matte
Matte lipstick

Lipbalm ni cepat habis sebab selalu pakai.
Sebelum keluar pakai
Selepas makan pakai

Kesimpulannya bibir kering je terus zu pakai.


Jadi, lepas lipbalm ni habis, zu ingat nak beli lagi lah.
Pergi cari kat Watsons Ipoh, takde. Sedih. Zu ambillah yang Watermelon Shine.
Bila pakai rasa pedih. Sebab dia lipbalm jenis matte. Tinggalkan kesan kat bibir.
Bau dia pulak bukan bau isi watermelon, tapi bau kulit watermelon.
Maaf ya Nivea, I is jujur zu tak suka bau tu. Tak best.
Belum habis lagi watermelon shine, zu terus beli Strawberry Shine :)




Kalau korang boleh zoom in, korang akan nampak cast yang ada kat 
lipbalm Nivea: Watermelon Shine tu. Gerun ai. 


Hasil: Sangat membantu sebab bibir terus jadi lembut. Kurang kering dah. 





4. Faralipbutter: Cherry Velvet

Zu beli ni sebab formulasi dia bukan jenis matte. Kalau pakai rasa ringan je.
Harga dalam RM55 tapi boleh pakai setahun lebih macam tu.
Tak perlu letak banyak dah boleh nampak kesan merah dia. 
Hasil: Bibir tak perlu pakai jenis matte untuk nampak warna.


Beli ni dapat freegift beg duit. Tapi tak ingat mana pergi beg duit ni LOL.
:)




5. Salap Gatal Daun Gelenggang 

Yang ni bibik opah bagi lepas alergik makan daging hari tu. 
Ok lah sikit pakai ni.
Sampai sekarang masih pakai sebab rasa terseksanya bila bibir rasa gatal-gatal dan kering.







Setakat ni lah perkongsian kita hari ini :)







 Zaijian!



Khamis, 26 Disember 2019

Nama saya dalam Bahasa Korea dan Jepun.

Assalamualaikum dan hai semua.

Tadi baru je dapat tahu nama zu dalam bahasa Korea dan Jepun.




Comel kan. Aeygo~  >,<






Sugoi. Kawaii. :)



Cara nak generate dalam bahasa 




Credit to Khairina



Ahad, 22 Disember 2019

My 1st Korean Skincare Routine

Assalamulaikum and hye semua.

Hari ni takde lah sibuk sangat sebab kelas untuk semester ni dah habis sejak 18/12/2019 (rabu).
syukur sangat.
Jumaat ni zu start final untuk semester 5.
Takut pun ada.




Mula pakai skincare routine betul-betul ni sejak kulit zu kering masa final sem lepas.
Salah pakai produk muka. 
Terbeli preloved skincare ;(
Kulit terus rasa ketat, gatal dan bila garu je berdarah.
Teruk sangat rasa. Dah lah final time tu, muka pedih. Huhuhu.







Semasa breakout






Selepas breakout
Mampu tayang lubang hidung je. haha.




Masa breakout tu, 
zu search cara hilangkan breakout di internet.
Pastu nasib lah time tu mula aktif balik main twitter. 
Then, jumpa skincare guru kat twitter. 
Korang mesti tau siapa kan kan ...
Kak Iman dan Kak Maisarah Mahmud. :)




Keyword Kak Mai, 
Hydration is the key, jadi Zu pun try lah beli 
Hada Labo Hydrating Lotion kat Watsons.








Thank you Ilyana sebab sudi tolong zu beli ni. heee
Pakai ni alhamdulillah. 
Muka rasa smooth je.
Pedih breakout semakin berkurangan.
Syukur!




Pastu, zu terbuka satu blog ni.
Sorry awak, sy cuba cari tapi tak jumpa ;(



Penulis tu cerita dia guna Cleanser Cosmoderm biru.
Sebab bebas dari perfume.
Jadinya, zu pun belilah secara online di Cosmoderm.
Lepas pakai muka sejuk sikit, kurang rasa pedih kat muka tu.










Dapat seketul freegift!
TQ Cosmoderm. :)






Jadi, bermula lah zu pakai...



After breakout, mula lah zu komited dengan Skincare Routine ala-ala korea.
Konon nak jadi artis korea lah kiki. Tapi zu ada 8 step.
Ada juga skincare routine yang dah ku tinggalkan.




My skincare routine step :

  1. Cleanser - Cosmoderm Milk Cleanser (wajib)
  2. Scrub - St. Ives Coconut 
  3. Toner - Hada Labo Hydrating Lotion (wajib) 
  4. Serum - Bio-Essence Gold
  5. Moisturizer - Aiken Tea Tree Oil
  6. Eye Cream - Cosmoderm
  7. Acne Gel - OXY
  8. Sunscreen - Biore oren (wajib) 

Merah tu sebab baru mula pakai 3-4 bulan yang lepas.
Bagi yang baru nak mula pakai skincare, mulakan dengan 3 produk - cleanser, toner, sunscreen. 
Dah teguh step ni, baru boleh tambah skincare routine yang lain.




Kesan pakai skincare ni bukanlah muka kita akan flawless ala orang korea. 
Tapi kita akan jadikan kulit wajah kita lebih terjaga.
Sebagai contoh, bila pakai sunscreen, kita elak wajah dari terkena sinaran UV yang berbahaya.





Tapi kan sekarang zu tak pakai eye cream dah. 
Bukan sebab mata dah bertambah ok...
Tapi bila pakai benda tu, bawah mata jadi lebih teruk.





Ada sesiapa tau tak cara bagi hilangkan gelap n kedutan bawah mata T^T 
Kalau ada yang tau, share kat bawah tauuu. :)





Khamis, 5 Disember 2019

Resepi sardin roll


 Assalamualaikum

Rindu nak masak sebenarnya, bila dapat peluang ke dapur… memang jadilah makanannya. Okay jom lah kita tengok resepinya

Untuk Inti:
1 tin kecil sardin
2 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 ulas bawang merah (dihiris)
Minyak


Memula, panaskan minyak. Pastu + bawang merah dan bawang putih
Bila dah agak garing + cili kisar. Tumis sehingga minyak terbit dan cili masak.
Tambahkan sardine yang dihancurkan. Masak kejap.
Siap! Ketepikan kejap

Kita boleh pilih tau nak buat gunakan roti atau pastry untuk jadikan sebagai kulit.

Tapikannn… zu guna kedua-duanya sebab roti dah expired tapi masih boleh dimakan.

Kulit:
2 cawan Tepung gandum
2 sudu Margerin
1 sudu teh garam
Air sejuk dari peti ais/ air+ ais cube secukupnya

Mula-mula, ambil mangkuk. Letakkan tepung, garam. Gaul kasi sebati. Tambahkan margerin. Jadikan seperti serbuk roti. Lepastu taruh air sikit-sikit. Gaul sampai tepung tak lekat kat tangan. Siap!

Bulat-bulatkan kepada beberapa bahagian. Perap dalam 10 - 15 minit.


Tengah rehatkan doh, zu ambil roti keping tu dan leperkan guna botol. Dapat dalam 7 keping rasanya.

Kalau nak gunakan roti sebagai sardine roll, ambil sebiji telur, pacahkan dan gunakannya untuk bagi roti tu melekat sempurna nanti. In sya allah.



Dah siap, susun elok-elok dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk. Gorengkan dengan api sederhana.
Kalau nak goreng roti sardine tu, bancuh tepung. Okey untuk bater ni mudah aja.

Tepung gandum + Tepung beras + Tepung jagung + Garam + Air    (Buat jangan cair sangat, biar sederhana teksturnya)

Tips untuk mengoreng,
Gunakan minyak penuh, api biar betul-betul panas, goreng sehingga berwarna kuning keemasan.

Kalau nak goreng yang ni,
Gunakan api perlahan. Terbalikkan selalu supaya pastri masak sekata.



Dah masal, jom lah kita makan.
Kbai.
Assalamualaikum. Semoga bermanfaat



Resepi credit to cik epal 06 ^^

Catatan Yang Ditampilkan

Ayase - Ghost City Tokyo Lyric

 Hi dan assalamualaikum Hi hari ni aku nak share satu my favourite song by Ayase. Selalu Ayase ni buat lagu je tapi hari tu ternampak dia co...

Popular Posts