Memaparkan catatan dengan label favorite zu era. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label favorite zu era. Papar semua catatan

Rabu, 11 Mac 2015

Bye.. Assalamuaalaikum

Assalamualaikum~

Terima kasih baca entri ni

Hasil carian imej untuk umrah



Alhamdulillah.. pagi tadi zu terbangun. Mungkin Allah sayangkan zu. DIA bangunkan zu untuk bersama-sama family sepupu sebelah mak bersiap2 ke umrah. Well... selepas suami sepupu menyampaikan sepatah dua kata, kami bersalam-salaman memohon ampun dan maaf. Lebih2 lagi dekat bos zu(suami sepupu). Akhirnya, mereka pun berangkat menaiki dua kereta kepunyaan adik-beradik sepupuku.

Bye... bye.. Assalamualaikum.. mak uda, pak uda .. kak nani dan abang ngah ...

Sedih, gembira ada sebab sepupu, suami sepupu,  mak saudara dan bapa saudara(suami mak saudara) akan berangkan ke tanah suci Makkah..

 'ya Allah selamatkan lah perjalanan pergi balik diorang dan makbulkan lah doa mereka di sana.'   ^^


p/s- zu tertinggal sesuatu dirumah mak saudara

Rabu, 4 Mac 2015

Keputusan SPM

Assalamualaikum


tolong klik nuffnang atas tu ^^


Alhamdulillah lega dah tahu result
Walaumacam mana pun result korang tahniah. Sebab korang dah usaha yang terbaik.

Cikgu cakap lepas sekolah, rintangan datang. KIta kena teruskan perjuangan dengan ketabahan.
Result SPM kita ni la yang menentukan masa depan kita..


dup ..dap...dup..dap...

2 jam sebelum dapat check result(zu semak keputusan guna internet.. hehehe)
tak lalu nak buat apa.. makan pun dah tak larat.. "_"

Bila dapat tahu keputusan.. senak perut pulak. Sebab zu dan kemku ke sekolah jam 12 tengah hari.. tunggu abang balik kebun baru kitaorang pergi ambil slip SPM

mesti korang tertunggu-tunggu.

'Na zumyhuna ni nak buat karangan SPM ke apa?'   (>~<)

okey dipendekkan cerita.. zu dapat                                         ... RAHSIA...


^^

Alhamdulillah.. terima kasih kepada  semua yang mendoakan saya. Terutamanya kepada kedua orang tua saya. Kitaorang sayang semua ^^

'Doakan zu dapat sambung belajar dan dapat kerja yang baik untuk tanggung perbelanjaan ibu bapa saya' - Na Zumyhuna


p/s-hadiah GALE zu dah post semalam

Rabu, 24 September 2014

Kata-kata Cikgu ku

Assalamualaikum.. SEMESRA

Tolong klik sini sekejap ...

 di entri ini zu akan senaraikan beberapa nasihat dan juga kata-kata yang menarik keluar daripada mulut cikgu ku yang comel ..

Cikgu:

EA-Cikgu Siti Hawa yang memikat
Alang-alang belajar biar dapat ijazah
Ada ilmu guna, jangan ikut cakap orang je
Kena tahu, kena faham, tahu guna. Kalau kaya tak guna kalau tak tahu uruskan duit!

SNS- Cikgu Rogayah yang sweet
orang yang paling bodoh di dunia ialah orang yang tidak tahu apa yang tidak diketahuinya

MT...- Tan Phik Fen
Sibuk-sibuk sekarang takpe, nanti lepas exam free sangat, nak buat apa? memancing? masa?
>>masa ni teacher suruh buat latihan addmath banyaak2 hohoho

PAI.. ustaz
kalau ada tetamu jangan duduk dalam bilik
jamban jangan menghadap kiblat
jangan ajar anak positif bila kita buat benda negatif
masa mengandung jangan lupa perbanyakkan membaca surah Al- Maryam
jangan bagi anak makan makanan dari sumber yang haram

kata-kata cikgu akan zu tambah lagi
dan
entri ini akan menjadi kenangan sewaktu zu dewasa kelak ^^

Jumaat, 19 September 2014

SPM is around the corner

Assalamualaikum


Kalau sebut je SPM, mesti ada yang kecut. Macam tu la juga kisahnya dengan zu. 3/1/2014 pelajar tingkatan 5 akan menghadapi peperiksaan awam yang bakal menentukan masa depan seseorang.


cikgu ada kata.. selesai je SPM, kehidupan yang sebenar bakal bermula.. hohoho.. takut mendengarnya


Blog ni pun dah berhabuk. Mungkin,  selama 3 bulan ni zu tak update kot. Tak sempat. Terlampau busy dengan sekolah. Maklum la cuti hampir sampai ke penghujungnya. Minggu cuti macam ni pun ada tuisyen..



Semalam tuisyen, hari ini pun ada tuisyen.
Markah trial macam mana? Kebanyakan markah belum dapat lagi.. tapi ada dua tiga subjek dah dapat. Ahamdulillah. Markah periksa takde la teruk. Biasaa-biasa je.


EA, SNS.. dah dapat markah ^^ mesti la gembira sebab subjek ni subjek yang paling ku gemo dari form4.. maaf  ya kepada subjek yang lain... bila dapat markah, senyum sampai ke telinga


Zu harap ~ zu dapat keputusan yang baik dalam SPM
Tolong doakan la ya..

May Allah  bless you ^^

Assalamualaikum.. bye2.. zu mau siapkan kerja sekolah :)

Sabtu, 13 September 2014

Kuih Bingka Tepung yang paling ekonomi

Assalamaulaikum

Pepagi bukak blog
Kali ni zu mahu kongsi resepi yang benar-benar mudah untuk dibuat dan sedap untuk dimakan

Petang semalam, seusai habis tuisyen Matematik, zu jenguk dapur. Zu perasan ada bekas tu atas dapur . Apalagi, lama tak masak kuih. Zu tengok le dalamnya kaler oren. Ingatkan kek. Rupanya bingka. Mula-mula tengok macam tak sedap. Bila dah potong, rasa dan telan. Fuh! sedap betul walaupun bahan yang diggunakan untuk membuatnya terlalu ekonomi !

Kuih Bingka Tepung

Sumber:  mama

Bahan -bahan yang diperlukan
3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
4 cawan santan
pewarna

cara-cara 
1) campurkan tepung dan gula. Kacau sebati.
2) tambahkan santan sedikit-sedikit. Kacau sehingga gula larut sebati dengan adunan tersebut. Jika suka, letakkan pewarna. Tak letak pun cantik juga bingka tu.
3) masukkan ke dalam bekas atau acu kek chiffon (seperti dalam gambar diatas) dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Suhu korang ejas sendiri sebab mama bakar atas dapur je. Kalau guna oven butterfly mungkin sama dengan cara mama zu buat tapi gunakan loyang yang tebal untuk mendapatkan kuih bingka yang sedap.

Selamat mencuba.

Jumaat, 12 September 2014

Senarai tempahan untuk Button Bandage

Assalamualaikum


Kelas

18 pcs

Persatuan Bahasa Melayu


Yang 13 org tu sama cuma tambah yang bawah ni.
5 orang.

Jumlahnya ialah 18 pcs ^^

Penolong setiausaha
Mohammad Israfil Bin Zulkifli

Ahli Jawatan Kuasa
Mohd Hafizi Bin Jamli

Ahli
Ahmad Ridhuwan Bin Rosli
Shahrizal Mustaffa Bin Sabaruddin
Zaid Farhan

Kelab Petanque


18 pelajar + 4 guru = 22 0rg

Khairool Izzuan Bin Zulkepli
Ain Amyra Bt. Mohd Adnan
Nor Nadirah Bt. Musaini
Nur Farah Zura Binti Basir
Nur Farah Huda Binti Basir
Nor Ziana Bt. Abu Hassan
Fatin Nur Shahira Bt. Sahar
Aziatul Uzaimah Bt. Hamdzah
Intan Nurul Adha Bt.  Rafitul Anuar
Noor Shazreena Maisarah Bt. Zulkifli
Nur Fatrah Bt. Radzuan
Nur Farliyana Bt. Badaruddin
Nur Izzati Bt. Kharul Zaman
Nur Rafizah Bt. Abdul Majid
Nurul Izzah Bt. Abdul Majid
Nor Fatini Bt. Ismail
M. Alif Amsyar Bin Mohamad Razak
Nur Amylia Bt. Mohd Adnan

Jom tempah dari kak Sara Huda



Ahad, 17 Ogos 2014

Kuih Lopeh

Assalamualaikum

Lama dah tak kongsi resepi dengan kawan2 semua okey le. jom kita masak!

>>klik gambar untuk sedekah<<

Bahan2 yang diperlukan:
Beras pulut
Daun pisang 
Air
Gula melaka
Gula pasir
pewarna hijau
Kelapa parut 

Ejas sendiri tau bahan-bahan ni.

Cara2
1. Basuh beras pulut macam basuh beras biasa. Ukur macam masak nasi. Taruh pewarna kacau sebati dan masak.
2. Pulut dah masak. Biar suam sikit. Bungkus dengan daun pisang. Caranya macam ni.
3. Siap gulung, ikat betul2 dengan tali. tali rupiah ye. ikat macam apa yek.. tanya la mak kome ^^
4. Siap ikat. Rebus sampai masak. Siap ^^

Cara potong

Ambil tali rupiah dan ikat pada suatu tempat.
Buka daun pisang tu dan potong guna tali rupiah tadi ^^


Biasanya kita makan dengan sira cara nak buatnya macam ni

~ke bawah lagi...



Gula kabung dilarutkan +gula pasir sikit. Siap! Teksturnya pekat. 
Tahap kemanisan, ikut citarasa sendiri ^^

Yeah.. siap untuk dimakan :)

sedap dimakan pada waktu petang

Kalau tak tahu tanya ^^

mama kata colournya semamangnya sesuai warna hijau kalau kaler merah erhh tak sedap hati pulak nak makan

p/s-klik setiap gambar untuk menderma

Lirik Selamat Ulangtahun Cinta oleh Tasha Manshahar & Syed Syahmim

Assalamaulaikum

dah lama tak menap di ruangan blog ini.
Sedap jugak lagu tempatan kita

jom layan lagu loving duet ni sambil kita dendangkan bersama ^^



Ingin saja ku berikan
Segala yang kau impikan
Mimpi yang sering kau katakan
Namun ku punya batasan

Kau teristimewa
Kaulah penyeri dunia
Engkaulah segalanya
Bagiku

Ku tak punya wang berjuta apatah lagi istana
Untuk jadikan hadiah agar kau rasa berharga
Ini saja yang ku mampu sebuah lagu khas untukmu
Ku harap engkau kan suka, selamat ulangtahun cinta

Tak termampu gambar dengan kata
Rasa gentar dalam jiwa
Satu purnama ku tak lena
Fikir lirik paling indah

Kau teristimewa
Kaulah penyeri dunia
Engkaulah segalanya
Bagiku

Ku tak punya wang berjuta apatah lagi istana
Untuk jadikan hadiah agar kau rasa berharga
Ini saja yang ku mampu sebuah lagu khas untukmu
Ku harap engkau kan suka, selamat ulangtahun cinta

Kini tiba masanya kau lebih dewasa
Kini bukan masanya untuk kau berduka lara
Dunia dulu kini tak sama
Banyak dugaan jadi kau harus waspada
Benar kata mereka ku ini bukan anak raja
Ku tak punya wang berjuta harta satu dunia
Hanya sebuah lagu istimewa yang ku cipta
Baby this is special for you
Selamat Ulangtahun Cinta

Kau teristimewa
Kaulah penyeri dunia
Engkaulah segalanya

Ku tak punya wang berjuta apatah lagi istana
Untuk jadikan hadiah agar kau rasa berharga
Ini saja yang ku mampu sebuah lagu khas untukmu
Ku harap engkau kan suka, harap kau sudi terima
Moga kau selalu tertawa, ceria disamping keluarga
bahagia yang engkau rasa, kekal sampai bila-bila
Ini saja yang ku mampu sebuah lagu khas untukmu
Ku harap engkau kan suka, selamat ulangtahun cinta

Isnin, 11 Ogos 2014

Akaun..oo..akaun

Assalamualaikum

Alhamdlillah baru sampai rumah beberapa jam yang lalu. Hari ini ada program untuk budak-budak SPM yang ambik akaun..
Letih .. tapi zu masih nak kabo apa yang berlaku tadi

First sampai sana tentulah gementar. Ye la zu ingat kitaorg le yg dtg paling lewat tapi bila tunggu-tunggu rupanya ada lagi yg tak dtg.. nasib baik ^^,

Cikgu-cikgu akaun pun ada sama. cun siot.. mcm teacher zu hihihi

sesi seminar dimulakan dengan slot Rekod Tak Lengkap oleh  cikgu Zuryati
okey la. Tapi sebenarnya zu tak expert dengan bab RTL ni sebab cara penyelesaian yang memperlukan pelarasan. So, zu just go on to the another question..

Slot kedua bertajuk Pembubaran Perkongsian oleh cikgu Hidayah.
Sebenarnya zu pernah jumpa dia masa form3. Dia la pengawas yang jaga kitaorg time exam. Cikgu ni cute tapi dah kahwin dah.
Tajuk ni jadi best sebab dia yang ajar. Bila zu tanya dia jawab je lembut pula tu.

Slot ke3: Titik Pulang Modal
Bab yang agak senang sebab tak perlu buat pelarasan. Soalannya pun straight to the point tapi bila bab melukis graf tu err faham-faham je la. Tak pandai sangat. Cikgu tu ada kata bab ini setiap tahun masuk periksa. So, nak tak nak kena la buat latihan banyak-banyak.

Slot ke4 : Pelupusan Aset Bukan Semasa
oleh cikgu Farah Wahida. Best bila mula-mula tu. Sebab dia ada bagi tips mcm mana nak buat. Tq cikgu! Rasa senang je. Tapi ada jugak yang buat zu susah hati. Semua ni gara-gara nak kira susut nilai terkumpul. Ada 2 cara . 1..kaedah garis lurus.. 2.. kaedah baki berkurangan. ke2-duanya zu hentam je bila jawab soalan.

Then, zu jumpa balik cikgu yg ajar zu geografi masa tingkatan 1. Dia dah jadi pegawai PPD. Cikgu kata dia nak semua pelajar yg hadir peroleh sekurang-kurangnya A- dalam P.Akaun. Boleh ke idak? Akaun ...oo... akaun

Macam-macam ragam teman kita ni..

Kesian.. dia pengsan sebab tak dapat jawab
Kertas edaran
Zu dapat buah epal. Belum sampai rumah dah abis dah...
Pose yang xboleh blah yg kemku..
Kenangan bersama buddies
(yg atas ni ada gambar sepatutnya tapi atas sebab2 tertentu gmbr x boleh nak upload. Maaf ye.)

Doakan supaya zu da rakan2 seperjuangan memperoleh A+ dlm semua subjek. TQ.

:) Hari ni dapat berita gembira ~lalala..senangnya hati ^^

Maaf andai entri ini membosankan.

Sabtu, 9 Ogos 2014

Resepi Nasi Impit Daun Pisang


Assalamualaikum 


Selamat Hari Raya semua... masih mood raya bukan. Kepada insan yang telah meneruskan kerja.. selamat bekerja.. kepada kawan2 SPM.. belajar la ye..

Kali ini zu nak kongsikan resepi yang selalu mama buat pada musim perayaan. Terutamanya sewaktu Hari Raya 

Resepi Nasi Impit Daun Pisang


Bahan-bahan:
Nasi( lembik dari nasi biasa)
Daun pisang

Cara-cara:

  1. masak nasi dengan tambahan air agar tekstur nasi tersebut menjadi lembik. Jangan biar nasi menjadi bubur...
  2. Okey. Setelah masak, sejukkan nasi seketika.
  3. Cer rasa periuk nasi tu.. kalau suam-suam kita dah boleh buat langkah seterusnya.
  4. Ambil daun pisang letakkan di atas api seketika. Dah sejuk, lap dengan kain bersih. 
  5. Letak nasi tu ditengah-tengah daun pisang
  6. Gulung pelahan-lahan. Lipat hujung kedua-dua daun pisang. Langkah ini sama macam membungkus kuih lepat.
  7. Letakkan ditepi dan tunggu nasi impit kita tu sejuk. Dah sejuk, potong dan makan   '^^'

**Klik setiap gambar untuk menyumbang 20sen/klik 


rupa nasi tu macam ni

letakkan nasi di atas daun pisang

gulung perlahan-lahan

Yeah.. siap! 

terima kasih tekan :)


Kecur air liur bila tengok mama buat tadi..  bila buka daun pisang tu...aromanya... usah cakap. best. Aroma dia ada macam daun pandan. Tapi yang ni baunya lagi cool

Zu biasanya makan nasi impit dengan rendang ayam kunyit air tangan mama. Tahun ni SPM tahun depan tak tau la dapat rasa nasi impit ni masa raya nanti... 

Doakan supaya zu dapat 9A+ ye.

kbye.. nak layan cerita hindustan, Dil To Pghal Hai

Khamis, 7 Ogos 2014

Petua ketika mengandung

Assalamualaikum

Zu nak kongsi beberapa ilmu yang zu dapat daripada sesi pembelajaran di kelas. Semoga anda mendapat pengajaran darinya. Di bawah zu sertakan beberapa petua-petua ketika mengandung,


1. Dekatkan diri dengan Allah

Kakak-kakak yang bakal menjadi ibu mestilah mendekatkan diri dengan tuhan. Sebagai contohnya seperti berzikir, mengaji insyallah anak dalam kandungan akan berasa senang dengan kalimah Tuhannya.


2. Jaga kelakuan anda

Bayi di dalam kandungan akan mengikut perangai ibu sewaktu mengandung. Jika emaknya murung semasa mengandungkannya sudah tentu anak yang lahir akan menurut perangai ibunya kerana dimana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?


3. Bijak mengawal perasaan

Ibu yang mengandung seharusnya tidak terlalu mengkut perasaan. Biarpun,
hormon di dalam badan tidak stabil... kita perlulah memkirkan perasaan orang disekeliling kita. Terutamanya incik hubby
Jangan murung-murung tau


4. Mambaca surah Al-Maryam 

Ustaz pernah bagi tahu zu tentang benda ni sebanyak 2 kali. Masa form 4 and form 5 . Bakal ibu dan bapa digalakkan membaca surah ini agar proses bersalin berjalan lancar.



Tahniah kepada anda yang bakal menjadi ibu. Zu doakan agar anda semua mendapat anak yang soleh dan solehah

p/s- dengar cerita teman blogger kita ada ada yang pregnent. ^^ Doakan usaha zu untuk trial SPM berjalan lancar

Ahad, 3 Ogos 2014

Hujan

Assalamualaikum


nak duit raya! >  1   2   3   4   

Yeah! dia datang bawa rahmat.
Zu suka sangat bila hujan sebab masa bulan ramadhan cuaca agak panas terik.




Cikgu ada kata hari tu..
bila hujan lebat dia datang sekejap
bila hujan renyai-renyai dia duduk lama-lama..

sama dengan tangisan manusia.. betul kan?

Alhamdulillah syukur sangat sebab dapat hujan. Kalau puasa hari ini mesti best.



Okey la. jom teman zu baca cerpen online> Hate... Or Just Love

#emergence couple

Sabtu, 2 Ogos 2014

Selamat Hari Raya 2014

Assalamualaikum

tak sangka hari ini adalah raya yang ke enam. So, saya nak minta maaf dekat semua blogger andai saya ada menulis sesuatu yang kurang baik di blog ini.

Perhatian kepada peserta segmen syawal 0-0... zu nak mohon maaf sangat-sangat sebab tak boleh nak sediakan hadiah, kepada peserta yang tekan iklan tu.. thank you. Moga murah rezeki kome.

Kepada blogger yang ada bagi kad raya... terima kasih jugak.. comel kad raya akak..

Me.. zu ... akan kurang aktif di blog so, jika saya menang GA or Segmen.. saya minta sangat sponser dan penganjur faham dengan keadaan saya.

Atas sebab-sebab tertentu blog ini akan senyap seketika tanpa dinyahaktifkan.

Terima kasih kepada pembaca yang sudi meneroka blog ini.

Thanks kepada saudara mara dan kaum keluarga yang bagi duit raya. Pagi-pagi lagi kak kembo kpop zu bagi sampul duit raya kpop.. thanks ky&kc. kikikiki..

Jangan makan lemang dan ketupat lebih-lebih. Rendang pun sama. Makan jika lapar. hehehe.. k.. Assalamualaikum semua!

Ahad, 27 Julai 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir dan batin

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sempena hari raya yang mulia ini zu ingin mengucapkan ampun dan maaf andai diri ini ada tersilap kata. Jika zu ada menaip sesuatu yang kurang baik di blog ini maaf la.

Zu mewakili seluruh ahli keluarga ingin memohon maaf kepada korang. Jika kita pernah berjumpa ke apa ke... maaf kan la ye ^^

Bagi rakan blogger yang kenal rapat dgn zu .. zu nak minta maaf kat kome banyak-banyak.

Kepada rakan blogger yang beri zu kat raya. Terima kasih!
mommy ira...

Semoga raya ini menjadi raya yang terbaik buat kita. Wassalam

Sabtu, 26 Julai 2014

Kuih Bangkit @ Biskut Bangkit


Assalamualaikum

bertemu kita kembali di entri ini... rindu nak buat kuih raya dan impian ku jadi nyata bila dapat buat kuih raya.. hee.. happy nya... 

kuih tahun lepas usah cerita banyak kot yg zu buat..
ingat nak buat kuih tart nenas tapi, sebab sibuk sangat.. zu hanya mampu siapkan kuih raya yang begitu senang dan wajib dibuat oleh suri rumah yang baru nak belajar membuat kuih. Asyik cakap je bila nak siap kuihnya. Jom buat kuih bersama-sama.

Resepi: Kuih bangkit
Sumber: Kak Liza
mohon share ye kak ^^

Bahan2

Tepung ubi
Tepung gandum
pati santan
kuning telur
gula
daun pandan*disimpul

Cara memasak

1)         dlm periuk.. masak santan dan daun pandan sehingga mendidih.
dlm kuali.... campur ke2, 2 tepung dan goreng tanpa minyak. bagi tepung tu ringan. Kejap je tau

PASTIKAN SANTAN DAN TEPUNG TADI BENAR2 SEJUK SEBELUM MENERUSKAN PROSES SETERUSNYA

2)      dlm mangkuk....  taruh gula dan kuning telur.. kacau sebati.

3)       Letakkan santan tadi berselang-seli dengan tepung yang kita goreng tadi... 
pastikan doh tu senang utk kita bentukkan. pss.. kalau kome biasa buat onde-onde or buah melaka... teksturnya macam tu la.

4)      kemudian, terap dengan penerap yg kome suka. zu buat bulat je sebab doh yg dibuat pun x banyak.

5)      Lepas tu, bakar la.. dlm oven suhu 150 d.c selama 30 minit @ sehingga kuih tu masak.

p/s- Kalau nipis lagi sedap tau.

setakat ini sahaja resepi yg boleh zu kongsi.. selamat berpuasa.. 
 tadaa... perbanyakkan ibadah di bulan ramadhan dan selamat menyambut hari raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin



Ini la hasilnya.. tekan gambar untuk derma

Jumaat, 25 Julai 2014

DENGAN SIAPA SAYA WAJIB BERHIJAB DAN HARAM BERSALAM

Assalamaulaikum

sharing is caring..
checkitout.. siapa yang kita haram bersalam dan kita patut tak dedahkan aurat

Raya dah dekat jangan sebab kita nak duit raya kita main redah je salam org.. 
maaf kalo zu melebih pulak.. jangan marah a...

maaf 0-0  ^^



Dulu.. beberapa bulan yang lepas zu ada tanya ustaz.. boleh ke idak dedahkan aurat dekat abg ipar and my ustaz expalain yang kita tak leh nak dedah dekat dia sebab dia takde ikatan dgn kita.. so, bagi kome yg bergelar perempuan dan ada abg ipar.. pakai tudung kalau dia ada... dia tak dapat dosa renung kita dan kita juga tak bagi orang tengok aurat kita..

ingat.. aurat kita maruah diri kita...

Wassalam.. kbye selamat bertarawikh

Tazkirah Ramadhan

Assalamualaikum


Kebiasannya pada pagi jumaat, warga sekolah yang muslim akan ke surau membaca surah Yassin tapi, kali ini ustaz bagi tazkirah.. jom layan tazkirah sekejap...

Ramadhan


Ada 3 Fasa Ramadhan
Fasa pertama-> Kerahmatan
Fasa kedua -> Keampunan
Fasa ketiga -> terlepas dari azab neraka

moral of the story.. perbanyakkanlah ibadat di bulan ini...

4 Kategori orang yang berpuasa

1. orang yang tidak berpuasa
2. hanya menahan lapar dan dahaga
3. mematuhi semua syarat berpuasa dan menjauhi maksiat
4. menambah amalan dan meninggalkan maksiat

pengajarannya... jadilah golongan yang ke4

Lepas tu ustaz cerita tentang malam Lailatu Qadar

Malam Lailatul Qadar- 

malam yang hanya ada pada bulan Ramadhan dan takde pada bulan lain.

Untungnya adalah ... jika kita memohon sesuatu nescaya doa kita akan dimakbulkan... kalau derhaka dengan ibu bapa, doa takkan makbul.


Tanda-tanda malam Lailatul Qadar:

2)Dalaman
tiba-tiba terjaga pada waktu malam
mudah menitiskan air mata
gementar sewaktu melakukan ibadat
2) Luaran
angin pada pagi itu sepoi-sepoi bahasa.. sebab tu org dulu pasang pancut. Kalau api x meliang liuk, insyallah malam tadi adalah malam Lailatul Qadar
Kalau cuaca sejuk, tak sejuk sangat... kalau cuaca panas tak panas sangat.
Takde kabus/jerebu pada pagi tu... cerah je

Hari Raya

Kita bertakbir la. Lepas solat hari raya jangan takbir pulak. Kalau kak- kak yang sibuk memasak. Takbir je masa masak tu.. conferm masakan kita jadi sedap.
Menziarahi saudara mara dan jiran tetangga
Jangan tinggal amalan wajib. Pakai baju yang sesuai. Jangan dedah aurat.

p/s- macam best je nak buat kuih raya... tapi.. my mum tak kasi buat.. huhuhu sedih ^,^

Khamis, 24 Julai 2014

Maaf sesangat.....

Assalamualaikum

Kepada semua yg tak tau yg zu ada buat segmen.. sebenarnya zu exam SPM tahun ini ..jadi, z x sempat nak promote segmen sendiri..

raya kali ini cikgu dah bagi 'duit raya'

addmath
matematik
ekonomi asas

dan banyak lagi...
doakan semoga zu siapkannya sebelum raya...
dah siap boleh enjoy!

insyallah dah abis exam zu akan buat segmen.. kbye

Duit Raya pertama

Assalamualaikum.. entri kedua pada hari ini.. enjoy


Tak sangka pula dah besar dapat lagi duit raya.. Umur memang dah meningkat tapi.. duit raya tetap dapat.. alhamdulillah

First impression masa dapat duit raya ni

Zu terkejut la jugak.. tak sangka dia nak bagi duit raya (bukan bf tau)

Tapi.. terima kasih sangat-sangat sebab ingat nak bagi duit raya dekat saya..

Bagi para blogger yang nak bagi duit raya pada zu or maybe rasa nak tolong zu kumpul duit utk sambung belajar nanti.. boleh la klik iklan zu di bawah ini..

1       2      3        4  

terima kasih sebab sudi tekan dan memberi duit raya online.. love u all

Isnin, 21 Julai 2014

Banyak Kerja...Tolong zu boleh?

Assalamualaikum 


Lama dah zu tk update blog..

SPM nak dekat. Kerja pun semakin banyak. Jadi, dalam kesempatan ini, zu nak minta tolong korang semua.
Zu ada masuk beberapa GA dan segmen yang belum diberitahu pemenangnya. Kalau ada rezeki zu jadi, tolong la bagitau dekat cbox ye.

Senarai GA dan Segmen yg zu join & belum umumkan senarai pemenang

http://eatmakeread.blogspot.com/2014/07/segmen-blogger-aktif-julai.html
http://eatmakeread.blogspot.com/2014/07/second-giveaway-by-miss-cadburry.html tamat-
http://eatmakeread.blogspot.com/2014/07/simple-3r-giveaway-by-iezwa-razk.html tamat-1/8
http://eatmakeread.blogspot.com/2014/07/giveaway-ramadhan-raya-by-syira-lokman.html tamat-4 Ogos 2014 jam 11:59 malam
http://eatmakeread.blogspot.com/2014/07/segmen-raya-2014-bubblynotes-dengan.html tamat-19/7
http://eatmakeread.blogspot.com/2014/07/segmen-siapa-nak-kad-raya-by-izzaati.html tamat- 22/7
http://eatmakeread.blogspot.com/2014/07/segmen-blogwalking-by-eiqa-almond.html tamat- 24/7
http://eatmakeread.blogspot.com/2014/06/1st-giveaway-by-airin.html tamat- 19/7
http://eatmakeread.blogspot.com/2014/07/giveaway-ramadhan-by-irrayyancom.html tamat- 23/7

Kalau rajin tolong la zu ye. Zu mohon para sponser semua faham dgn keadaan zu. Thanks tau kalau kau orang ada niat nak tolong ^^

p/s- maaf kpd blogger yg jemput zu join segmen dan GA. Mungkin ini bukan masa yang tepat utk zu join. Lepas exam insyallah zu join segmen kau orang. :)

Selamat berbuka


Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...