Memaparkan catatan dengan label resepi zura. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi zura. Papar semua catatan

Khamis, 2 April 2015

Sayur Bayam Goreng

Assalamualaikum

Hari ni zu berkenan nak share resepi....

Sayur Bayam Goreng

Bahan2~
Bayam
Cili yang digiling/tumbuk/blender
Sedikit ikan bilis
Fish Ball@ Fish cake (xde pun xpe)
Sesudu air asam jawa
Sedikit minyak
Sedikit garam
Sedikit Air

sebenarnya boleh je buat yang lagi simple. Letak bawang, bayam, air dan garam siap..
Tapi, zu nak cuba juga buat yang ada letak rencah dan sedap sikit


Cara memasak:

1. Panaskan minyak.
2. masukkan cili, ikan bilis. tunggu cili garing.
3. tambah fish cake@ fish ball, pastu masukkan sayur bayam.. yum yum
4. masukkan sedikit air asam jawa. Kacau bagi rata. Masukkan sedikit air bagi sayur bayam kita lembut.
5. Kita pastikan sayur kita tu lembut. Lepas tu, sebelum tutup api, masukkan garam ikut kesesuaian dan  siap!

Senang kan.. apa lagi, yang belum masuk dapur tu, jom try resepi ni.. yang dah makan tu boleh la cuba nanti.


zu belanja gambar sayur bayam goreng yummy...



Bye..bye... Assalamualaikum

Sabtu, 13 September 2014

Kuih Bingka Tepung yang paling ekonomi

Assalamaulaikum

Pepagi bukak blog
Kali ni zu mahu kongsi resepi yang benar-benar mudah untuk dibuat dan sedap untuk dimakan

Petang semalam, seusai habis tuisyen Matematik, zu jenguk dapur. Zu perasan ada bekas tu atas dapur . Apalagi, lama tak masak kuih. Zu tengok le dalamnya kaler oren. Ingatkan kek. Rupanya bingka. Mula-mula tengok macam tak sedap. Bila dah potong, rasa dan telan. Fuh! sedap betul walaupun bahan yang diggunakan untuk membuatnya terlalu ekonomi !

Kuih Bingka Tepung

Sumber:  mama

Bahan -bahan yang diperlukan
3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
4 cawan santan
pewarna

cara-cara 
1) campurkan tepung dan gula. Kacau sebati.
2) tambahkan santan sedikit-sedikit. Kacau sehingga gula larut sebati dengan adunan tersebut. Jika suka, letakkan pewarna. Tak letak pun cantik juga bingka tu.
3) masukkan ke dalam bekas atau acu kek chiffon (seperti dalam gambar diatas) dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Suhu korang ejas sendiri sebab mama bakar atas dapur je. Kalau guna oven butterfly mungkin sama dengan cara mama zu buat tapi gunakan loyang yang tebal untuk mendapatkan kuih bingka yang sedap.

Selamat mencuba.

Ahad, 17 Ogos 2014

Kuih Lopeh

Assalamualaikum

Lama dah tak kongsi resepi dengan kawan2 semua okey le. jom kita masak!

>>klik gambar untuk sedekah<<

Bahan2 yang diperlukan:
Beras pulut
Daun pisang 
Air
Gula melaka
Gula pasir
pewarna hijau
Kelapa parut 

Ejas sendiri tau bahan-bahan ni.

Cara2
1. Basuh beras pulut macam basuh beras biasa. Ukur macam masak nasi. Taruh pewarna kacau sebati dan masak.
2. Pulut dah masak. Biar suam sikit. Bungkus dengan daun pisang. Caranya macam ni.
3. Siap gulung, ikat betul2 dengan tali. tali rupiah ye. ikat macam apa yek.. tanya la mak kome ^^
4. Siap ikat. Rebus sampai masak. Siap ^^

Cara potong

Ambil tali rupiah dan ikat pada suatu tempat.
Buka daun pisang tu dan potong guna tali rupiah tadi ^^


Biasanya kita makan dengan sira cara nak buatnya macam ni

~ke bawah lagi...



Gula kabung dilarutkan +gula pasir sikit. Siap! Teksturnya pekat. 
Tahap kemanisan, ikut citarasa sendiri ^^

Yeah.. siap untuk dimakan :)

sedap dimakan pada waktu petang

Kalau tak tahu tanya ^^

mama kata colournya semamangnya sesuai warna hijau kalau kaler merah erhh tak sedap hati pulak nak makan

p/s-klik setiap gambar untuk menderma

Sabtu, 9 Ogos 2014

Resepi Nasi Impit Daun Pisang


Assalamualaikum 


Selamat Hari Raya semua... masih mood raya bukan. Kepada insan yang telah meneruskan kerja.. selamat bekerja.. kepada kawan2 SPM.. belajar la ye..

Kali ini zu nak kongsikan resepi yang selalu mama buat pada musim perayaan. Terutamanya sewaktu Hari Raya 

Resepi Nasi Impit Daun Pisang


Bahan-bahan:
Nasi( lembik dari nasi biasa)
Daun pisang

Cara-cara:

  1. masak nasi dengan tambahan air agar tekstur nasi tersebut menjadi lembik. Jangan biar nasi menjadi bubur...
  2. Okey. Setelah masak, sejukkan nasi seketika.
  3. Cer rasa periuk nasi tu.. kalau suam-suam kita dah boleh buat langkah seterusnya.
  4. Ambil daun pisang letakkan di atas api seketika. Dah sejuk, lap dengan kain bersih. 
  5. Letak nasi tu ditengah-tengah daun pisang
  6. Gulung pelahan-lahan. Lipat hujung kedua-dua daun pisang. Langkah ini sama macam membungkus kuih lepat.
  7. Letakkan ditepi dan tunggu nasi impit kita tu sejuk. Dah sejuk, potong dan makan   '^^'

**Klik setiap gambar untuk menyumbang 20sen/klik 


rupa nasi tu macam ni

letakkan nasi di atas daun pisang

gulung perlahan-lahan

Yeah.. siap! 

terima kasih tekan :)


Kecur air liur bila tengok mama buat tadi..  bila buka daun pisang tu...aromanya... usah cakap. best. Aroma dia ada macam daun pandan. Tapi yang ni baunya lagi cool

Zu biasanya makan nasi impit dengan rendang ayam kunyit air tangan mama. Tahun ni SPM tahun depan tak tau la dapat rasa nasi impit ni masa raya nanti... 

Doakan supaya zu dapat 9A+ ye.

kbye.. nak layan cerita hindustan, Dil To Pghal Hai

Sabtu, 26 Julai 2014

Kuih Bangkit @ Biskut Bangkit


Assalamualaikum

bertemu kita kembali di entri ini... rindu nak buat kuih raya dan impian ku jadi nyata bila dapat buat kuih raya.. hee.. happy nya... 

kuih tahun lepas usah cerita banyak kot yg zu buat..
ingat nak buat kuih tart nenas tapi, sebab sibuk sangat.. zu hanya mampu siapkan kuih raya yang begitu senang dan wajib dibuat oleh suri rumah yang baru nak belajar membuat kuih. Asyik cakap je bila nak siap kuihnya. Jom buat kuih bersama-sama.

Resepi: Kuih bangkit
Sumber: Kak Liza
mohon share ye kak ^^

Bahan2

Tepung ubi
Tepung gandum
pati santan
kuning telur
gula
daun pandan*disimpul

Cara memasak

1)         dlm periuk.. masak santan dan daun pandan sehingga mendidih.
dlm kuali.... campur ke2, 2 tepung dan goreng tanpa minyak. bagi tepung tu ringan. Kejap je tau

PASTIKAN SANTAN DAN TEPUNG TADI BENAR2 SEJUK SEBELUM MENERUSKAN PROSES SETERUSNYA

2)      dlm mangkuk....  taruh gula dan kuning telur.. kacau sebati.

3)       Letakkan santan tadi berselang-seli dengan tepung yang kita goreng tadi... 
pastikan doh tu senang utk kita bentukkan. pss.. kalau kome biasa buat onde-onde or buah melaka... teksturnya macam tu la.

4)      kemudian, terap dengan penerap yg kome suka. zu buat bulat je sebab doh yg dibuat pun x banyak.

5)      Lepas tu, bakar la.. dlm oven suhu 150 d.c selama 30 minit @ sehingga kuih tu masak.

p/s- Kalau nipis lagi sedap tau.

setakat ini sahaja resepi yg boleh zu kongsi.. selamat berpuasa.. 
 tadaa... perbanyakkan ibadah di bulan ramadhan dan selamat menyambut hari raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin



Ini la hasilnya.. tekan gambar untuk derma

Selasa, 15 Julai 2014

Buah Melaka



Assalamualaikum~

Tekak ni rasa macam nak makan je benda yang comel-comel. Sebenarnya dah berapa hari zu tahan nafsu supaya tak buat kuih ini sebabnya mama pun ada masak kuih. So, zu bagi mama chance buat kuih dan abah biasanya ambil bubur lambuk kat masjid. Takde kepentingan untuk zu buat sebelum ni. Tapi sekarang, mama kekurangan masa untuk masak jadi, zu ambil tempat mama untuk buat kuih. Makanan yang lain pun zu masak juga. Tak tau sedap ke idak. Baru first time buat ^^

Okey le tu. Meh zu ajar buat kuih buah Melaka yang zu sempat gentel-gentel tadi..

Bahan-bahan yang diperlukan untuk doh:
Tepung gandum
Tepung pulut
Sedikit pewarna hijau epal
Air

Bahan inti:
Gula Melaka
Gula putih(gula biasa)

Hiasan
kelapa parut segar
sedikit garam

p/s- zu tak bagi sukatan sebab benda ni buat ikut citarasa sendiri. Pandai-pandai ejas tau..

Cara memasak:

  1. Satukan gula Melaka dan gula putih bersama. Nisbah gula Melaka dengan gula putih ialah 3:1 kemudian ketepikan?INTI
  2. Campurakan tepung gandum dan tepung pulut bersama. Letakkan sedikit garam dan air. Jangan terlalu lembut dan keras, takut susah nak taruh intinya. Seterusnya letak pewarna hijau epal. My mama kata tepung gandum tu letak ikut syarat je. Katanya letak 2 sudu je kalau lebih, tekstur kuihnya agak keras. ? DOH
  3. Panaskan air di dalam periuk untuk mencelur kuih nanti
  4. Ambil sedikit doh dan bentukkan supaya boleh masukkan inti. Bentukkan macam bola dan kempiskan guna ibu jari dan masukkan inti ½ sudu besar. Lepas tu, korang boleh tutup doh tu perlahan-lahan supaya inti tu terletak kemas di dalam doh. Jika inti terkeluar, kuihnya jadi comot. Buat langkah ini sampai doh abis.
  5. Campurkan kelapa parut segar dengan sedikit garam. Gaul sebati dan ketepikan.
  6. Masukkan kuih yang dah siap digentel tadi ke dalam air yang mendidih.Kuih akan tenggelam sebab belum masak lagi. Apabila kuih tadi timbul, angkat dan letakkan di dalam bekas kelapa parut tadi. Golek-golekkan kuih tu dan letak di dalam pinggan. Sedia di hidang


Selamat mencuba


Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...