Sabtu, 9 Ogos 2014

Resepi Nasi Impit Daun Pisang


Assalamualaikum 


Selamat Hari Raya semua... masih mood raya bukan. Kepada insan yang telah meneruskan kerja.. selamat bekerja.. kepada kawan2 SPM.. belajar la ye..

Kali ini zu nak kongsikan resepi yang selalu mama buat pada musim perayaan. Terutamanya sewaktu Hari Raya 

Resepi Nasi Impit Daun Pisang


Bahan-bahan:
Nasi( lembik dari nasi biasa)
Daun pisang

Cara-cara:

  1. masak nasi dengan tambahan air agar tekstur nasi tersebut menjadi lembik. Jangan biar nasi menjadi bubur...
  2. Okey. Setelah masak, sejukkan nasi seketika.
  3. Cer rasa periuk nasi tu.. kalau suam-suam kita dah boleh buat langkah seterusnya.
  4. Ambil daun pisang letakkan di atas api seketika. Dah sejuk, lap dengan kain bersih. 
  5. Letak nasi tu ditengah-tengah daun pisang
  6. Gulung pelahan-lahan. Lipat hujung kedua-dua daun pisang. Langkah ini sama macam membungkus kuih lepat.
  7. Letakkan ditepi dan tunggu nasi impit kita tu sejuk. Dah sejuk, potong dan makan   '^^'

**Klik setiap gambar untuk menyumbang 20sen/klik 


rupa nasi tu macam ni

letakkan nasi di atas daun pisang

gulung perlahan-lahan

Yeah.. siap! 

terima kasih tekan :)


Kecur air liur bila tengok mama buat tadi..  bila buka daun pisang tu...aromanya... usah cakap. best. Aroma dia ada macam daun pandan. Tapi yang ni baunya lagi cool

Zu biasanya makan nasi impit dengan rendang ayam kunyit air tangan mama. Tahun ni SPM tahun depan tak tau la dapat rasa nasi impit ni masa raya nanti... 

Doakan supaya zu dapat 9A+ ye.

kbye.. nak layan cerita hindustan, Dil To Pghal Hai

Tiada ulasan:

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...