Assalamualaikum
Dah lama rasanya zu
tak kemaskini blog.
Dah berhabuk rasanya.
Hari ini zu nak cerita pasal persekolahan
tahun 2014 ni.
Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2014……
Ingat lagi masa mula-mula masuk sekolah menengah dulu.
Semuanya kosong. Kena belajar Sejarah dan Geografi yang tak pernah belajar masa
sekolah rendah.
Sekarang….
Syukur sangat sebab
banyak cikgu-cikgu yang sudi beri tunjuk ajar dekat zu. Alhamdulillah. Tahun ni
genap sudah tahun ke5 saya di sekolah menengah.
Tak lama lagi nak periksa… Tapi.. prestasi subjek macam tu jugak.
Ohohoho.. tak suka bila berdepan dengan subjek yang sangat mengerunkan.
Tambah-tambah subjek Matematik, Prinsip Perakaunan dan Matematik Tambahan..
Aduih…
Pada adik-adik yang masuk ke alaf baru… jangan risau… ada cikgu
akan membantu.. macam akak juga.. ada cikgu tolong ajar. Nak minta tolong akak
pun takpe. Akak bebas lepas periksa.. hahaha (perasan! Belum abis sekolah ada hati nak ajar
orang.)
Kata-kata hikmat ada menyebut….
Tidak ada yang
mustahil bagi orang-orang yang berani mencuba
Jadi, bagi adik-adik yang baru dalam dunia persekolahan.
Jangan mudah putus asa. Ada orang kata, tak kenal maka tak cinta… Jadi
berkenalan dulu untuk mewujudkan rasa cinta… hihihi.. Kak Zu bukan suruh
adik-adik semua bercintan- cintun tau. Ini sekadar berumpamannya.
Sekian sahaja.. Bye! Semoga bertemu di lain entri (=