Khamis, 30 Disember 2021

Kerja Pertama Selepas Habis Study

Assalamualaikum


Apa khabar rakan blogger sekalian

Sihat ke?



Tempat korang banjir?

Salam takziah buat mangsa banjir yang kehilangan nyawa dan harta benda

Harap segala urusan kita semua dipermudahkan termasuklah mangsa banjir 2021

Tahniah abang Viva sebab bantu ramai mangsa banjir tahun ini ^^


Seperti gambar di atas ini lah pekerjaan ku sekarang


Ya sekarang aku bekerja sebagai kerani di area rumah ku
Walaupun agak jauh dari tempat kerja. 
aku kerja je sebab susah kan nak dapat kerja sekarang
alang-alang tu dapat jugak lah aku menimba pengalaman


Nervous jugak masa mula-mula masuk sebab aku kerja di sektor pembinaan


Kerja aku sekarang :
Uruskan hal surat menyurat projek
Set up bilik meeting
Cari dokumen
Update dokumen
Buat edaran surat
Rekod laporan bulanan
Rekod kehadiran staff kontrak - driver dan cleaner
Rekod tarikh dalam google calender
Beli barang office







Setelah beberapa bulan kerja aku macam ok lah
Masa awal-awal tu banyak benda aku tak faham sebab 
orang sebelum aku mungkin ajar benda yang terlalu basic huhu
Tapi takpe aku dapat belajar dari pengalaman


So far kerja dengan engineer ni okey
Mereka teliti dan kemas
Semua kerja mestilah sempurna dan teratur


Alhamdulillah kat sini environment ok
Cuma yer lah gaji je yang kureng sebab ni kerja level SPM je hee


Kontrak aku pun cuma setahun
Jadi tunggu settle kan beberapa perkara penting, aku akan mecari pekerjaan baru insyallah


Korang doakan aku dapat kerja yang lebih baik dan sesuai dengan kos yang aku ambil time study dulu dan mendapat jodoh yang terbaik. Amin.


Tiada ulasan:

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...