Ahad, 23 April 2017

Kehidupan selepas STPM

Assalamualaikum

Hari ni, zu nak cerita sikit tentang perjalanan hidupku. Buat refleksi diri semasa zu dah dewasa kelak.




Belajar jahit baju kurung

Benda ni zu belajar dengan kawan kepada kakak zu. Dia kawan baik kakak zu dulu. Kira memang kenal lah. Takde lah maluuu.


Dia belajar jahit baju perempuan di IKBN lepas SPM. Alhamdulillah, dengan ilmunya itu, dia dapat menjana pendapatan dengan mengambil upah jahit baju orang dan mengajar.


Zu bayar dia RM 3 sejam. Tapi kalau dia ajar kat Seri Iskandar, pelajarnya diminta untuk bayar RM 5 sejam. Tapi takpe lah, nak ilmu… kena lah berkorban sikit.


Alhamdulillah, baju kurung yang zu belajar jahit dari dia … hampir siap. Tinggal jahit lubang leher je.  






Dah berapa bulan dah skip belajar menjahit semenjak sibuk kerja ni. Takpe lah. Harap – harap, bulan pose nanti dapat sambung belajar balik.





Ambil lesen motor

Mula ambil dalam bulan 2, dengar ceramah pun dalam bulan 2. Syukur sebenarnya dapat ambil lesen even ambil lesen motor sahaja.

Zu ambil lesen guna ejen. Kira bayar lebih lah. RM 500 semua sekali. Pergi balik dia hantar. Tu yang guna ejen tu.



Lesen B2, RM 100? Murahnya!



Zu ambil test computer pada bulan 3. Alhamdulillah. Risau sebenarnya bila uncle tu Tanya.


“Ko dah baca abis dah?”


“Dah!”


“Jangan ambil ujian computer kalo tak baca. Buat buang duit je.” Bunyi ni downkan akuuu. Tapi takpe.



Hasil carian imej untuk buku kpp motor



=,= Aku pun diam je lah.



Pastu pergilah kami ke pusat myeg, Teluk Intan. Kecil je tempatnya.


Pergi sini kena bawa:
-Buku kpp
 -Ic
-RM10




Nak daftar tu, kita cuma perlu tulis nama, bagi buku, RM 10 dan ic kat orang tu. Pastu dia tangkap gambar kita. Duit RM 10 tu taktau apa tujuannya. Rasanya untuk ujian computer dan tangkap gambar kot. Lepas dah tangkap gambar, masuk dalam bilik ujian computer dan duduk dekat computer kita. Dia ada bagitau computer kita nombor berapa. Jawab semua… dan Alhamdulillah, zu berjaya pada cubaan pertama. L dah dapat ^^




Zu nak cepat-cepat dapat P sebab nak sambung belajar nanti dan sebagainya kan, Better cepat.

Hasil carian imej untuk buku kpp

Tips lulus ujian computer, download apps ujian kpp. Pastu buat berulang kali dan catit nota penting. Yang kita tak mahir je la. pastu, nota tu sentiasa baca dan jawab soalan kpp dalam handphone tanpa lihat nota dan buku.



Kerja Kanteen

Zu mula kerja pada hari keluarnya keputusan keseluruhan STPM 2016. Kawan ku, Mr F (bukan nama sebenar pon keje kat situ). Kekok sekejap. Pastu, dia berhenti dan kerja di Dewan Makan pulak.


Kawan zu ada sorang lagi yang nak kerja kat kantin. NISA (bukan nama sebenar). Dia kerja dalam 3 hari kot. Maka, tinggallah daku berlima bersama-sama pekerja-pekarja yang berstatus ibu-ibu. Hemhem. +.+ 

Nanti aku akan ceritakan suka duka di kantin kelak.


Tiada ulasan:

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...