Jumaat, 4 Julai 2014

Perasan tak?

Assalamualaikum


Zu copy semua ni dari apa yang zu salin selepas dengar cikgu cerita tentang whatssap daripada kenalannya.

Perasan tak? 3 hal dalam hidup yang tak boleh kembali
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan/peluang

Perasan tak? 3 hal yang menghancurkan hidup seseorang
1. kemarahan
2. keangkuhan
3. dendam

Perasan tak? 3 perkara yang tak mungkin hilang
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Perasan tak? 3 hal yang paling berharga
1. Kasih sayang
2. cinta
3. kebaikan

Perasan tak? 3 hal yang tak pernah kita pasti
1. kekayaan
2. kejayaan
3. mimpi

Perasan tak? 3 hal yan membentuk watak seseorang
1. komitmen
2. ketulusan
3. kerja keras

Perasan tak? 3 hal yang membuat kita cemerlang
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

Perasan tak? 3 hal yang kita tak tahu
1. rezeki
2. umur
3. jodoh

Perasan tak? 3 hal dalam hidup yang pasti berlaku
1. tua
2. sakit
3. kematian

moral- jangan asyik dengan duniawi. Perbaiki setiap amalan kita. Maaf jika saya terkasar bahasa -,-

Ketuk-Ketuk Aidifitri



Ketuk-Ketuk Aidilfitri(KKA) merupakan satu program pertama di Malaysia yang diasaskan oleh Puan Siti Aisyah Bt Zulkifli Ramond yang merupakan seorang pengarah pemasaran dalam syarikat Farich Holdings Sdn. Bhd. Program ini merupakan hak milik dan diuruskan oleh Farich Holding Sdn. Bhd secara sepenuhnya. Program ini direka untuk memberi peluang niaga kepada setiap individu yang berminat menjadi usahawan terutama usahawan muslim.

KKA mengumpulkan pengeluar-pengeluar 'premium cookies' iaitu pengeluar biskut dan kek lapis terbaik dari seluruh Malaysia yang menggunakan bahan-bahan berkualiti dalam menghasilkan biskut mereka. Biskut-biskut dari seluruh malaysia ini dikumpul di HQ(Farich Holdings Sdn Bhd) untuk dijenamakan dibawah program KKA sebelum diedarkan kepada stokis-stokis di setiap negeri sebelum dijual kepada pelanggan. 

Produk KKA ini adalah 100% keluaran muslim dan mempunyai 20 produk iaitu 18 jenis biskut dan 2 jenis kek lapis kukus yang berkualiti dan beraneka rasa. Setiap jenis dihasilkan dengan bahan-bahan yang berkualiti yang berjenama seperti 'Butter Anchor'. Setiap kotak biskut mempunyai 36 keping hingga 60 keping biskut bergantung kepada jenis. 

Senarai jenis dan harga  biskut dan kek lapis boleh dilihat pada katalog dibawah;




Anda boleh dapatkan biskut raya "Premium Cookies Ketuk-Ketuk Aidilfitri' daripada stokis dan agen berhampiran anda.


**tempahan produk-produk KKA akan ditutup selepas minggu pertama puasa 2014**

**update terbaru senarai agen sila ke D'nialiciousBlog**



Oral


Ahahaha.. hari ini kena acting like a actor.. pelakon la sangat.... Zu harap dapat la markah utk BI hari ini.. Doakan semoga zu dapat buat yang terbaik :)

Bukan oral-b tau -,-

Khamis, 3 Julai 2014

Segmen Kami nak Doddle Mini Scarf polkadot by Zurnie Irmani

Assalamualaikum

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIuYUf4q7rAmQnRAwT5Vg_tO3yDZazI_BbgwLuvQ_vfm7CxskX0KCYU3TbG2vbazY-ou1is5xyQCqKJP3gRuDX7ZDpTBknNoanD1xpwiw3jBdztVtPAypDcIgsPuNGR3SVQXrtjS9sLsE/s1600/Banner3.jpg

Hari ini zu berkenan nak bagi kau orang doddle. Ye la kan.. sempena bulan Ramdhan ni ^^ Okey jom jenguk syarat2nya 

Syarat:
1)follow blog Zurnie Irmani
2)buat entri bertajuk 'Segmen Kami nak Doddle Mini Scarf polkadot by Zurnie Irmani ' letak banner
3) Tekan iklan...( Zu tau ramai yang tak tekan -,- jgn tipu ya)
 1        2        3        4        5        6        7        8        9        10
4)komen di entri ini-
url penyertaan:
nama yg mahu diletakkan pada doddle:

Mula:3/7
Tamat: 7/7
Terima kasih sudi take part

 p/s- maaf jika syarat segmen ini melebih pulak. ^^

Rabu, 2 Julai 2014

Hari ini genap 17 tahun

Assalamualaikum



2/7.. many things are going in this date..


I am seventeen now... :)
Thanks for wish me guys.
Ingat masa tahun lepas... kawan2 sekelas nyanyikan lagu untuk kita. So sweet.... i will remember it
Tahun ni birthday dalam bulan ramadhan. Tak perlu nak sambut sebab makanan yang dimasak pun tak termakan.

p/s- masa itu emas

Sly and Single Again or Cunning Single Lady

Assalamualaikum


Okey. Jom kita sembang-sembang tentang cerita ni. Best tau.

Mula-mula kita kenal-kenal dengan watak-watak yang menerajui drama romantik komedi ini

Cha Jeong Woo
Na Ae Ra
Guk Yeon Jin
Guk Seung Hyeon- adik Yeon Jin
Secretery Gil- setiausaha CEO Cha

Cerita ini berkisar mengenai Na Ae Ra dan Cha Jeong Woo...
Bermula apabila Ae Ra ternampak seorang lelaki yang boleh dikategorikan GEEK. Bapanya memintanya agar berkahwin dengan mamat skema itu setelah menyedari dia seorang yang pandai. Ae Ra telah berjaya memikat Jeong Woo dan mereka telah mengikat tali perkahwinan.

Perkahwinan mereka amat bahagia kerana Jeong Woo bekerja manakala Ae Ra menjadi suri rumah sepenuh masa. Mereka merancang untuk memiliki sebuah rumah dan anak. 

Pada suatu hari, Jeong Woo mengaku yang dia telah berhenti kerja. Ae Ra berasa sangat marah. Impannya kian punah. Jeong Woo ingin membuka sebuah perniagaan. Ae Ra berasa kesal kerana berkahwin dengan lelaki seperti itu.

Kini, dia yang terpaksa menanggung perbelanjaan keluarga dengan bekerja sebagai jurujual, agen insurans, operator dalam talian dan mencuci gril di restoren dalam satu masa.

4 tahun berlalu...... 
Jeong Woo masih tidak bekerja. Dia asyik dengan komputernya.
Na Ae Ra sudah nekad. Dia ingin segera bercerai. Dia tidak mahu terseksa lagi. Cukuplah dengan penderitaan yang satu ini.

3 tahun berlalu....
Na Ae Ra bekerja di sebuah butik. Kini dia tinggal bersama rakan baiknya, Min Young. 
Ketika melawati rakan lamanya, dia terpempam. bekas suaminya telah pun menerajui sebuah syarikat IT. Dia sekarang telah menjadi CEO di T&S DON'T TALK. Na Ae Ra tidak dapat berkata apa-apa. Perasaannya bercampur baur antara sedih dan gembira. 

Ae Ra dipecat kerana membuat hal. Dia ingin mencari kerja. Sebelum itu, dia bertemu dengan Jeong Woo. Jeong Woo yang kini tidak seperti yang lalu. Dia kini tampak lebih tampan dan berkasirma. Maskulin di mata


 Ae Ra.  Jeong Woo tidak mahu mendekati bekas isterinya. Dia menghulurkan sejumlah wang kepada Ae Ra sebagai alimony. Ae Ra tidak menerima wang itu kerana dia masih mempunyai maruah diri. Jeong Woo hanya berdiam diri.


Setelah melihat tawaran bekerja di poster syarikat bekas suaminya, dia berazam untuk bekerja di situ. Akhirnya dia di terima. Dia dan Seung Hyeon diterima sebagai orang baru dalam syarikat itu.

Dalam diam Seung Hyeon menyukai Ae Ra. Pada ketika itulah Jeong Woo mula risau dengan hubungan mereka. Dia masih memerlukan isterinya. Pelbagai kisah suka dan duka yang dilalui oleh mereka. Akhirnya, Na  Ae Ra dan Cha Jeong Woo kembali sebagai suami isteri.

Cerita ni best. Tak seronok Zu ceritakan semua.... maaf yeah .. kita tonton di youtube atau kat mana la :)


Selasa, 1 Julai 2014

Bila bulan 7 hadir

Assalamualaikum

 
Banyak benda yang berlaku pada bulan ni. Bulan Ramadhan, bulan takde aktiviti koko best!   hihihi

1/7
2/7
3/7
31/7

4 Tarikh ini 5org ada di dunia. Senang citer, kawan2 Zu mostly born in July. Hohoho.. tomorrow oral test will be start. -,-

Happy birthday to you all yeah. Even i could not wish u but.. in my deep...deep heart... i wish u to be the best person. Struggle for SPM okey :)

p/s- my teachers said that... to expert BI we must speak it regularly  -,- sorry for my broken BI 
       peach yo... 

cunning single lady/ sly and single again = are the awesome korean drama for this year.

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...