Khamis, 12 Mac 2015

Rumah kena pecah masuk?

Assalamaulaikum




sedih betul bila mengenangkan peristiwa semalam, tatkala tika bagitau zu yang bilik di  tingkat atas bersepah. 

Mau tak sedih! dah la ada precious things dalam bilik tu

Huhuhu... pada malam sebelum kejadian berlaku, zu,kemku,jia dan tika tinggalkan rumah tu. Kitaorang tak tidur situ. Maklumlah, mak ayah jia nak pergi umrah. Sebelum berangkat of course la diorang nak jumpa anak2 diorang. Jadi,... sepeninggalan kami, ada sesuatu yang mengejutkan berlaku.

Sebenarnya kami bertiga je yang betul2 tinggal ditingkat atas sebab jia biasanya tidur dekat bawah sorang-sorang. Barang-barang kami memang ada dalam bilik tu. 

Petang semalam, tika dan jia pergi beli barang dapur. Lepas tu diorang hantar barang-barang semua dekat rumah. Masa tu la si tika perasan sesuatu yang semua pintu bilik ditingkat atas terbuka. Yang peliknya, semua pintu kami dah tutup sebelum ke rumah mak ayah jia.

Barang-barang di dalam bilik semua bersepah. Macam ada orang pecah masuk...
Tapi barang yang hilang adalah pin tudung tika and sejumlah duit yang zu tinggalkan di dalam laci almari baju.

Kemku ada suspect yang 'kerja' ni dilakukan oleh incik Toyol..
Nak kata orang masuk, memang tak masuk akal sebab semua pintu dan tingkat berkunci. 
Apa yang tak berkunci adalah tingkap di bilik air atas dan bawah. Tapi, macam tak logik, takkan la diorang masuk ikut situ. Zu suspect someone... tapi malas la nak cakap. Biar hati ini je yang tahu. Nak tuduh buat dosa pula sebab benda yang dibuat ni pun zu tak nampak sendiri..

 wallahuallam  ..baik tak payah fikir ~~~~ hrmm


Alhamdulillah, tiada berlaku kehilangan nyawa.

sebenarnya setiap peristiwa terkandung pengajaran. Allah sayangkan kita gurls.  Sebab tulah bila kak nani takde benda ni terjadi.

Pengajaran yang zu dapat daripada kejadian ini:

  1. kita wajib dengar cakap mak ayah
  2. kita perlu sentiasa ingati Allah

p/s- sekarang, baik fokus untuk study balik subject ekonomi asas dan akaun 

Rabu, 11 Mac 2015

Tazkirah 11/3/2015- Cara elak anak berzina


Assalamualaikum


Saya dah lama berharap ingin membuat segmen kerohanian. Insyallah segmen ini akan diupdate 2kali seminggu.


Sebelum membaca entri kali ini, kepada sesiapa yang mudah tersentap, sila baca entri ini dengan penuh kesabaran dan sesiapa yang ingin menambah ilmu agama boleh la baca entri ini dan fikirkan secara positif apa yang mahu saya sampaikan.



Sedih dengan sikap masyarakat.. islam melayu masakini yang sesuka hati melakukan perbuatan terkutuk. Sedar la wei! Kome dah menjatuhkan martabat islam. Macam mana penganut agama lain nak masuk islam sedangkan orang islam yang menunjukkan perbuatan tak bermoral.

Sambut hari valentine bagai. Korang patut sedar. Saya bukan nak memburukkan orang melayu islam. Tapi ini adalah kenyataan yang nyata iaitu jumlah pembuangan bayi meningkat dari hari ke hari dan setiap satu saat lahir satu anak luar nikah di Malaysia.


Hasil carian imej untuk surah Al-Qadr


Jadi, salah satu langkah yang perlu kita lakukan sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab adalah dengan membacakan surah Al-Qadr semasa anak  masih bayi. Bacalah banyak kali di telinga anak dan mohon kepada Allah supaya menjadikannya anak yang soleh dan solehah.


Baca lah banyak kali.. tak penat mana pun. Dapat pahala adalah


Semoga anak kita terhindar daripada perbuatan terkutuk itu. Insyallah doa ibu bapa untuk anak akan mudah dimakbulkan oleh Allah swt.



Itu sahaja tazkirah hari ini, illaliqa ^^

sumber-Radio IKIM

Bye.. Assalamuaalaikum

Assalamualaikum~

Terima kasih baca entri ni

Hasil carian imej untuk umrah



Alhamdulillah.. pagi tadi zu terbangun. Mungkin Allah sayangkan zu. DIA bangunkan zu untuk bersama-sama family sepupu sebelah mak bersiap2 ke umrah. Well... selepas suami sepupu menyampaikan sepatah dua kata, kami bersalam-salaman memohon ampun dan maaf. Lebih2 lagi dekat bos zu(suami sepupu). Akhirnya, mereka pun berangkat menaiki dua kereta kepunyaan adik-beradik sepupuku.

Bye... bye.. Assalamualaikum.. mak uda, pak uda .. kak nani dan abang ngah ...

Sedih, gembira ada sebab sepupu, suami sepupu,  mak saudara dan bapa saudara(suami mak saudara) akan berangkan ke tanah suci Makkah..

 'ya Allah selamatkan lah perjalanan pergi balik diorang dan makbulkan lah doa mereka di sana.'   ^^


p/s- zu tertinggal sesuatu dirumah mak saudara

Isnin, 9 Mac 2015

# Pelanggan Tetap

Assalamualaikum

Hasil carian imej untuk lego- avengers


Hari ini hari isnin, hari yang kurang dengan pelanggan. Okey la, zu nak share cerita

#Pelanggan Tetap


Untuk segmen #Pelanggan Tetap kali ni zu nak ceritakan pasal satu keluarga ni. Zu katakan diorg ni pelnggan tetap sebab setiap bulan insyallah zu nampak muka diorang.. ha sebab apa? okey.. ianya disebabkan anak2 dalam family tu suka main lego, lepas tu beli lego banyak2 buat koleksi.

Zu ada tanya dia sewaktu anak2nya memilih lego..

'Adik suka main lego?'

Si adik(perempuan menunjukkan telunjuknnya ke arah abangnya yang kira2 berumur 12 tahun)

'Dia suka'

'Adik simpan lego dekat mana?'

'Dalam almari kaca'

Hasil carian imej untuk lego- clash of clans


Okey la tu.. dia minat main lego. Bila buat lego ni, kita dapat mengajar diorang memupuk displin dan lagi satu, rumah tentu lah cantik kalau dihias dengan set2 lego yang comel dan menarik..


Hasil carian imej untuk lego  tada!~~


Jumpa pada segmen  # Pelanggan Tetap yang akan datang :)

Ahad, 8 Mac 2015

HILANG (short movie tentang Palestin)

Assalamualaikum..



Alhamdulillah.. saya baru tonton ss lakonan admin Tarbiah Sentap


Jom layan di sini 


Kisah yang penuh dengan pengajaran dan hiburan sesuai seisi keluarga

Sabtu, 7 Mac 2015

Rahsia didik anak berjaya


Assalamualaikum.. selamat petang semua!!

Hasil carian imej untuk pelajar

^^Hari ini zu nak kongsi pengalaman dan pendapat

Zu ada kenal dengan seorang mak cik ni. Alhamdulillah anaknya semua berjaya. Mungkin salah satu puncanya adalah cara didikan yang diaplikasikan.


zu ada tanya dia semalam

'Mak Cik, macam mana acik didik anak mak cik yang tinggal di Qatar tu?'

'Mak cik ajar dia displin'

'Displin?'

'Ya. Mak cik buat jadual dia. Pergi sekolah, balik sekolah, pergi kelas KAFA...'

Kesimpulannya, didiklah anak dengan displin.

Ada beberapa tips yang zu rasakan dapat membentuk peribadi anak yang cemerlang

Buat jadual
ibu dan bapa perlu membuat dan merancang aktiviti harian anak2. Bangun, pergi sekolah, ulangkaji pelajaran dll. Supaya anak-anak mempunyai halatuju dalam kehidupan sehari-hari. Seelok-eloknya berikan dia sebuah buku nota supaya dia dapat menulis perkara yang hendak dilakukan.

Cakap yang baik-baik dengan anak
jika anak nakal jangan la ibu bapa cakap kat anak tu.. anak tak gu...' seelok-eloknya cakaplah benda yang elok, misalnya 'Bertuahnya anak mama.' Sekaligus apa yang kita ucapkan adalah doa ^^

Hadkan pengambilan makanan yang diproses
Jangan beri anak makan makanan segera. Bahan kimia yang terkandung dalam makaanan segera amat bahaya untuk perkembangan minda anak2. Berilah anak makanan sunnah seperti kismis, kurma, dan habatus sauda yang kaya dengan khasiat.

Wujudkan suasana yang kondusif di rumah
Caranya, jika ada satu bilik kosong kita buatlah perpustakaan mini. Letak buku2 ilmiah. Susun atur bilik tersebut dengan baik. Kalau takde pun, kita sediakan bilik anak lengkap dengan meja dan ruang untuk dia belajar. Ibu bapa juga bertolak ansur dengan meminimumkan volume suara radio atau televisyen agar anak berasa tidak terganggu ketika belajar.

Beri anak ganjaran dan nasihat
Mak ayah juga seharusnya beri hadiah sekiranya anak2 berkelakuan baik atau memperoleh pencapaian yang membanggakan disekolah.Anak2 pasti akan berasa bahagia dengan hadiah dan nasihat positif ibu bapa. Ibu bapa perlu memberi nasihat kepada anak2 dengan cara memujuk atau memberi kata2 yang positif.


Itu sahaja yang zu mahu kongsikan . Jika ada sebarang kesalahan mohon dimaafkan :)

p/s- jom klik nuffnang atas tu

Rabu, 4 Mac 2015

Keputusan SPM

Assalamualaikum


tolong klik nuffnang atas tu ^^


Alhamdulillah lega dah tahu result
Walaumacam mana pun result korang tahniah. Sebab korang dah usaha yang terbaik.

Cikgu cakap lepas sekolah, rintangan datang. KIta kena teruskan perjuangan dengan ketabahan.
Result SPM kita ni la yang menentukan masa depan kita..


dup ..dap...dup..dap...

2 jam sebelum dapat check result(zu semak keputusan guna internet.. hehehe)
tak lalu nak buat apa.. makan pun dah tak larat.. "_"

Bila dapat tahu keputusan.. senak perut pulak. Sebab zu dan kemku ke sekolah jam 12 tengah hari.. tunggu abang balik kebun baru kitaorang pergi ambil slip SPM

mesti korang tertunggu-tunggu.

'Na zumyhuna ni nak buat karangan SPM ke apa?'   (>~<)

okey dipendekkan cerita.. zu dapat                                         ... RAHSIA...


^^

Alhamdulillah.. terima kasih kepada  semua yang mendoakan saya. Terutamanya kepada kedua orang tua saya. Kitaorang sayang semua ^^

'Doakan zu dapat sambung belajar dan dapat kerja yang baik untuk tanggung perbelanjaan ibu bapa saya' - Na Zumyhuna


p/s-hadiah GALE zu dah post semalam

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...