Selasa, 19 Ogos 2014

Peribahasa dalam buku teks ting.4 &5


Sumber: bmspm.net 

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4


1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.




Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5



1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah


6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

13. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati
Maksud : Gembira.

25. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalang
Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk

Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Isnin, 18 Ogos 2014

Best memory.. ^^

Assalamualaikum

Tadi cikgu kata ada pertandingan nyanyian lagu patriotik. So, zu nak masuk. Tolong pilih antara 2 lagu ni. ^^

31 Ogos

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

atau

Lagu: Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah


Jalur gemilang

Zu ingat lagi yang zu dan kawan2 salin seni kata lagu jalur gemilang dalam buku. Masa tu zu di bangku sekolah rendah.

Tak tahan masa thn6. Cikgu buat pertandingan nyanyi2 dlm kelas. Partner zu- Diana. Partner Kemku- Niesa  (best memory)

PLKN???

Assalamualaikum

Pagi tadi pegi sekolah. Diorg kecoh pasal PLKN .

Zu taktau dpt keidak sebab belum check.

yg dapat tu kemain gembira lagi mcm diorg sorang je yg dpt pegi. Zu tak kisah pun..

Tak dapat ok. Dapat pun okey jer.. sebab,

andai itu takdirnya, aku pasrah .. hehehe

k kome yg form5 dan tak tau tentang PLKN, boleh semak di sini 

Check tadi dan zu nak lompat2 je sebab dah boleh agak yg zu tak mungkin dpt sebab dari kakak kembo  zu pun tak dapat.

kehkehkeh... kemain gembira kau.

Satu family x pegi PLKN . pecah rekod ni kikiki ^^

p/s- biar la kau nak kata apa dekat aku. janji aku tak kacau kau<<ini untuk kawan zu yg 'puji' zu..


Ahad, 17 Ogos 2014

Kuih Lopeh

Assalamualaikum

Lama dah tak kongsi resepi dengan kawan2 semua okey le. jom kita masak!

>>klik gambar untuk sedekah<<

Bahan2 yang diperlukan:
Beras pulut
Daun pisang 
Air
Gula melaka
Gula pasir
pewarna hijau
Kelapa parut 

Ejas sendiri tau bahan-bahan ni.

Cara2
1. Basuh beras pulut macam basuh beras biasa. Ukur macam masak nasi. Taruh pewarna kacau sebati dan masak.
2. Pulut dah masak. Biar suam sikit. Bungkus dengan daun pisang. Caranya macam ni.
3. Siap gulung, ikat betul2 dengan tali. tali rupiah ye. ikat macam apa yek.. tanya la mak kome ^^
4. Siap ikat. Rebus sampai masak. Siap ^^

Cara potong

Ambil tali rupiah dan ikat pada suatu tempat.
Buka daun pisang tu dan potong guna tali rupiah tadi ^^


Biasanya kita makan dengan sira cara nak buatnya macam ni

~ke bawah lagi...



Gula kabung dilarutkan +gula pasir sikit. Siap! Teksturnya pekat. 
Tahap kemanisan, ikut citarasa sendiri ^^

Yeah.. siap untuk dimakan :)

sedap dimakan pada waktu petang

Kalau tak tahu tanya ^^

mama kata colournya semamangnya sesuai warna hijau kalau kaler merah erhh tak sedap hati pulak nak makan

p/s-klik setiap gambar untuk menderma

Lirik Selamat Ulangtahun Cinta oleh Tasha Manshahar & Syed Syahmim

Assalamaulaikum

dah lama tak menap di ruangan blog ini.
Sedap jugak lagu tempatan kita

jom layan lagu loving duet ni sambil kita dendangkan bersama ^^



Ingin saja ku berikan
Segala yang kau impikan
Mimpi yang sering kau katakan
Namun ku punya batasan

Kau teristimewa
Kaulah penyeri dunia
Engkaulah segalanya
Bagiku

Ku tak punya wang berjuta apatah lagi istana
Untuk jadikan hadiah agar kau rasa berharga
Ini saja yang ku mampu sebuah lagu khas untukmu
Ku harap engkau kan suka, selamat ulangtahun cinta

Tak termampu gambar dengan kata
Rasa gentar dalam jiwa
Satu purnama ku tak lena
Fikir lirik paling indah

Kau teristimewa
Kaulah penyeri dunia
Engkaulah segalanya
Bagiku

Ku tak punya wang berjuta apatah lagi istana
Untuk jadikan hadiah agar kau rasa berharga
Ini saja yang ku mampu sebuah lagu khas untukmu
Ku harap engkau kan suka, selamat ulangtahun cinta

Kini tiba masanya kau lebih dewasa
Kini bukan masanya untuk kau berduka lara
Dunia dulu kini tak sama
Banyak dugaan jadi kau harus waspada
Benar kata mereka ku ini bukan anak raja
Ku tak punya wang berjuta harta satu dunia
Hanya sebuah lagu istimewa yang ku cipta
Baby this is special for you
Selamat Ulangtahun Cinta

Kau teristimewa
Kaulah penyeri dunia
Engkaulah segalanya

Ku tak punya wang berjuta apatah lagi istana
Untuk jadikan hadiah agar kau rasa berharga
Ini saja yang ku mampu sebuah lagu khas untukmu
Ku harap engkau kan suka, harap kau sudi terima
Moga kau selalu tertawa, ceria disamping keluarga
bahagia yang engkau rasa, kekal sampai bila-bila
Ini saja yang ku mampu sebuah lagu khas untukmu
Ku harap engkau kan suka, selamat ulangtahun cinta

Sabtu, 16 Ogos 2014

Nama Korea dan jepun ku

My Korean name is Park Ah Ra.
Take Korean Name Generator today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.


Tapi zu dah cipta sendiri.... namanya Zumyhuna @ Nu Zu Era



My authentic japanese name is 吉国 Yoshikuni (good fortune country) 美弥子 Miyako (beautiful march child).
Take your real japanese name generator! today!

yg jepun zu x cipta. Cuma zu suka yg ada chan kat belakang.. mcm Sin Chan
 ^^
kpop>> Park Ah Ra

Jepun>> Yoshikuni Miyoko

kome pun try le.. zu tau ramai yg gila kpop ka..kan.. bye2..
Assalamualaikum


SPM

Assalamualaikum

Bila sebut je mesti aku seriau. Dah lewat. Tido ^^

ZZZzzzzz



Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...