Ahad, 3 April 2016

Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500


Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 | Blogger Utara adalah satu komuniti yang mengumpulkan blogger yang berada di utara semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Ahli Blogger Utara terkini adalah seramai 20 blogger dan sebahagian daripada blogger ini merupakan penaja kepada Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 ini . Blogger tersebut adalah 


Bersempena pencapaian 1000 liker di Page Blogger Utara di facebook, beberapa blogger dibawah komuniti ini bersetuju menjadi sponsar sebagai penghargaan kepada sesiapa yang bertuah dengan menyertai Giveaway ini. Hadiah adalah berbentuk wang tunai untuk 20 pemenang bertuah. 

Hadiah Utama : RM100 x 1 Pemenang (Top Referral)
Hadiah Kedua : RM 50 x 4 Pemenang (Random)
Hadiah Ketiga : RM 20 x 5 Pemenang (Random)
Hadiah Saguhati : RM 10 x 10 Pemenang (Random)

Marilah memeriahkan giveaway kami yang bermula 
1 April sehingga 14 April 2016 
dengan klik link di bawah ini

Isnin, 28 Mac 2016

BM STPM

Assalamualaikum

Sedikit perkongsian untuk rakan-rakan tingkatan enam ku...

Nak cari nota BM STPM atau LATIHAN BM STPM. Jom pergi ke laman web ini (Tekan gambar di bawah)

DERMAGA BM STPM


Semoga bermanfaat!

Demam

Assalamualaikum


9 SEBAB KENAPA ALLAH BAGI KITA SAKIT
Segala apa yang berlaku dalam kehidupan manusia sama ada kesenangan ataupun kesusahan, semuanya ada hikmah sebalik apa yang berlaku. Allah SWT berfirman:
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Q.S al-Anbiya:35).
Ibnu Abbas mentafsirkan ayat di atas, beliau berkata: Allah akan menguji manusia dengan kesusahan dan kesenangan, kesihatan dan sakit/penyakit, kekayaan dan kemiskinan, ketaatan dan kederhakaan, halal dan haram, petunjuk dan kesesatan, kesusahan dan kemudahan (dalam riwayat lain). Semuanya adalah ujian Allah kepada hambanya.
Oleh kerana itu, jika seseorang ditimpa musibah berupa sakit dan penyakit, maka ambil hikmah di sebalik apa yang berlaku tersebut, tidak akan selesai musibah yang menimpa hanya dengan bersedih, marah, kecewa, putus asa di atas sakit & penyakit tersebut.
Adapun hikmah disebalik musibah sakit dan penyakit adalah:
1. Allah tengah menguji manusia agar lebih bersabar dalam menghadapi ujian berupa sakit dan penyakit.
2. Sebagai kifarah dosa dan kesalahan yang dilakukan manusia pada masa yang lalu.
3. Dilipat gandakan kebaikan dalam hidup manusia yang ditimpa sakit & penyakit. Kerana hakikatnya Allah ingin menambah kebaikan kepada hambanya dengan diberi ujian sakit dan penyakit.
4. Untuk mengangkat darjat manusia di sisi Allah SWT. Kerana sakit dan penyakit tersebut bertujuan untuk memberi ujian kepada hambanya agar mendapat darjat yang lebih mulia di sisi Allah SWT.
5. Untuk menyedarkan dan menginsafkan manusia di atas kesilapan jalan yang di lakukan pada masa lalunya.
6. Untuk mengingatkan manusia di atas nikmat Allah SWT yang diperolehnya dalam hidup. Yang terkadang kita kurang mensyukurinya semasa kita sihat dan kuat lagi.
7. Membersihkan dan mensucikan hati dan jiwa manusia dari berbagai penyakit rohani. Seperti penyakit sombong, ujub, dan lain sebagainya.
8. Sebagai tanda ingatan terhadap sesama manusia yang sama ditimpa sakit & penyakit. Kerana manusia selalunya akan sedar jika sakit & penyakit tersebut sudah menimpa dirinya.
9. Untuk menyelamatkan manusia dari azab Allah SWT. Dengan memberi sakit dan penyakit kepada manusia di dunia, kerana jika Allah sudah menimpakan sesuatu di dunia. Harapannya tidak akan ditimpakan di akhirat.
Oleh kerana itu wahai sahabat sekalian, dengan iman dan islam yang kita miliki serta kesabaran dalam menghadapi sakit dan penyakit. Mudah-mudahan Allah akan memberi balasan yang setimpal dengan apa yang kita lakukan.
Ya Allah berilah kepada kami kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi apa jua permasalahan dalam hidup kami, dan berilah kebaikan kepada kami dari musibah sakit dan penyakit yang Engkau timpakan kepada. Mudah-mudahan kami menjadi hambaMu yang Sholeh. Aamiinn !!!!!



Sumber :
Ustaz Hasnan Fan Club


Kesimpulannya, zu demam. Dah beberapa hari dah. Doakan kesembuhanku.... Minggu ni kena hantar PBS + pembentangan VIVA. Doakan kejayaan kami =)

Khamis, 24 Mac 2016

Segmen Blogwalking + Bloglist #3

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


(klik banner kalau nak join)

Sabtu, 19 Mac 2016

Bonia New Collection 2016

Assalamualaikum

Wanita sememangnya tak lari daripada mengenakan aksesori.  Terutamanya tudung,rantai,gelang, dan beg tangan. Dengan beg tangan yang tampak eksklusif, menarik, dan cantik keyakinan wanita akan meningkat. Jadi senyuman mereka akan terserlah….. 

=)     =)     =)

Ok… ok …pelik pulak  ><  Hari ni zu akan kongsikan tentang sebuah beg tangan berjenama antarabangsa. Iaitu…………..

BONIA!!!











Mesti ramai yang menjangka bahawa Bonia merupakan jenama beg tangan yang berasal dari luar negara. Namun, fakta yang sebenar mengenai jenama hebat ini adalah Ia merupakan sebuah jenama tempatan (Malaysia) yang telah ditubuhkan sejak tahun 1974 lagi. Sehingga hari ini, Bonia dikenali sebagai sebuah jenama beg tangan yang standing dengan jenama beg tangan antarabangsa yang lain.


Jom support barangan buatan Malaysia ...!


Mempunyai lebih daripada 70 buah butik di seluruh Asia, Bonia amat komited menghasilkan koleksi beg tangan wanita yang amat berkualiti dan trendi. Bukan sahaja beg tangan wanita, Bonia turut membawakan aneka pilihan barangan kulit yang lain kepada para penggemar setia. Oleh kerana itu, anda juga kini berpeluang menemui koleksi beg tangan Bonia New Collection di portal online seperti ZALORA Malaysia.











Untuk tahun 2016 ini, Bonia membawakan aneka pilihan koleksi sling bag yang sesuai digayakan oleh golongan muda khususnya remaja. Ini menunjukkan bahawa Bonia bukanlah jenama yang hanya boleh digayakan oleh mereka yang berusia sahaja. Cer bayangkan diri anda memakai beg BONIA, mesti awesome kan?? Bukan sahaja bergaya, tapi amat mudah dibawa ke mana-mana.









Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, Bonia juga menawarkan aneka koleksi beg tangan seperti tote bag dan shoulder bag yang boleh anda temui dalam pilihan warna yang lebih ceria. Bukan itu sahaja, koleksi beg tangan Bonia terkini ini juga ditawarkan dalam aneka pilihan rekaan yang fresh. Tunggu apa lagi? Miliki koleksi beg  tangan Bonia anda hari ini juga di ZALORA Malaysia!


p/s – Bonia juga menawarkan tali pinggang yang eksklusif buat lelaki



Jom ke ZALORA untuk mendapatkan pelbagai pakaian dan aksesori yang menarik.
Pakaian lelaki dan juga wanita.






Love =) NZ





Khamis, 17 Mac 2016

Kacaknya!!

Assalamualaikum dan hi!

Hari ni zu nak kongsikan gambar anak saudara zu 

First nephew, Aqil 
Born in 2010

Gambar masa kecil
Masa dia kecil2 mama yg tolong jagakan sebab ibunya pergi khursus 
Sedih bila dia takde..dah la lama mama jaga ...huhuhu.. nak nangis



>,<




Setelah 5 tahun berlalu......................





Sekarang (gambar diambil pada tahun 2015)


Kacak tak anak saya ni...
huhuhu nak kahwin beberapa tahun lagi



ok sekarang nephew yang ke 2 pula,

Affan



Hi saya Affan.. saya ada dua orang maksu yang baik




muah ...



muka berapa posen



Senyum sikit
Terima kasih jenguk blog maksu saya.


Affan lahir 2 tahun selepas Aqil. Affan ni adik Aqil. 
Zu biasa2 je dgn diorg.
Tapi , zu sayang semua orang.. 

:) 

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...