EP1
Sekolah dah nak mula. Rasa macam baru dua seminggu kita tak sekolah. Lepas ni, tak boleh nak fikir pasal facebook.
Sekolah dah nak mula. Rasa macam baru dua seminggu kita tak sekolah. Lepas ni, tak boleh nak fikir pasal facebook.
“Rey.”
Suara ibu kedengaran dari ruang tamu.
Hening.
Suara ibu tidak kedengaran. Apa yang dapat ku tancap di pendengaran adalah bunyi window 7.Agaknya ibu mahu mencari resepi kuih.
Musim
cuti begini, aku dan ibu bertungkus lumus mencuba pelbagai resepi kek dan apam.
Hasilnya, tak mengecewakan.
Ayah
selalu memuji ibu tika apam polkadot buatan ibu kena dengan cita rasanya
“Rey.”
Nama ku dilaung sekali lagi.
“Ya
bu…”
“Sini
kejap.” Kaki terasa berat untuk melangkah.
Tiba
sahaja di ruang tamu, ibu beralih dari memandang skrin komputer ke muka ku.
Aku
cantik?
Perasaan!
Mesti
aku ada buat salah dengan ibu ni. Setahu aku, time buat kuih hari tu aku sukat
semua bahan okey je. Kenapa
ya?
“Ibu
nak tanya kamu something…”
“Macam
pelik je. Ada benda yang penting ke buu…?”Gelengan ibu terpamer di mataku.
Alhamdulilah.
Ibu tak marah aku hari ni. Aku senggih sendiri.
“Haa…
apa hal senggih sorang-sorang tu? “Mulut ku terkunci. Itu la kau Rey, buat
benda tak pandang kiri kanan. Kan dah kena.Aku gumam sendiri.
“Eh,
ibu tak baik berprangsangka buruk dekat orang. Saja je Rey senyum. Senyumkan
sedekah.”
“Ye
la tu. Jangan senyum nak minta ibu luluskan pakwe kamu sudah.” Ibu senyum
sinis. Kerusi yang beroda itu ibu pusing memandang aku.
“Ibu,
Rey takde kawan laki la. Apa lagi nak Ber boyfriend
bagai.” Perangai aku yang ganas, akan membuatkan semua jejaka di kelasku
cabut. Ahaha. Ustaz kata tak baik sembang dengan lelaki yang takde kena mengena
dengan kita. Lebih-lebih lagi bukan mahram kita.
“Ibu
rasakan…..Rey patut tolong Mak Hawa.”
“Kenapa
dengan Mak Hawa?” Aku pandang ibu pelik. Masakan mak Hawa, jiran lama aku
berada dalam keadaan yang kurang baik. No
way. Aku sayang dia. Dia adalah antara orang yang banyak tolong aku. Hantar
aku pergi sekolah, sanggup menjaga aku waktu ibu dan abi outstation dan macam-macam lagi.
“Cuba
bertenang sikit. Kamu tu perempuan Reymirah.Ibu tak nak anak ibu buat perangai
tak beradab.”
“Ya
ibu. Maaf. Rey terlepas cakap tadi. Boleh Rey tanya tentang mak Hawa?”Aku
pandang lantai. Terasa sejuk kaki ini.
Meminta keizinan untuk bertanya lebih elok
berbanding dengan sikap kurang sopan ku tadi. Kesian ibu. Dah berbuih mulut ibu
suruh aku menjaga adab. Tapi aku insan yang sukar nak buat benda yang patut dibuat.
Manusia…manusia … sering kali lupa untuk melakukan kewajiban yang sepatutnya.
“Hrmm..
said it.. “ Pandangan ibu tumpah ke muka ku yang sudah berubah.
“Kenapa
Rey perlu tolong Mak Hawa?”
Mata
ibu cerlung ke wajah ku. Aku cakap benda yang tak elok ke tadi? Aku fikir balik
apa yang aku cakap kan. Rasanya ayat aku dah cukup sopan dah.
“Kenapa
ibu pandang Rey macam tu?” Aku tenung ibu yang membetulkan kaca matanya.
Kepala
digeleng sekali lagi. Aku senyum manis.
“Mak
Hawa telefon ibu semalam…” Kata-kata ibu tergantung di situ apabila bunyi
basikal adikku, Fakaruddin memasuki
perkarangan rumah ini.
Biasanya
my little boy akan balik jam 5
setengah petang. Kali ini.. erkh.. awal bebenor. Baru pukul 4 petang.
“Assalamualaikum..
ibu …kakak.”
“Walaikumussalam…”
Aku dan ibu menjawab salam serentak. Muka penat adik lelaki ku pandang.
“Awal
anak ibu balik? Yang tergesa-gesa ni kenapa?”
“Din,
kena tukar baju buu.. lepas ni nak pergi sekolah.”
“Ada
apa pulak petang-petang macam ni?” Aku bertanya, biasanya petang begini, port kesukaan Din ialah padang bola di
sebelah taman perumahan Canggih.
“Kak
Rey… ibu.. petang ni Din dan kawan-kawan ada latihan kawad. Dua bulan lagi nak
compete.” Dua jari comel miliknya di tunjukkan ke arah aku dan ibu.
Ini
mesti latihan kawad untuk budak-budak Kadet Polis. Sekolah lama ku memang
terkenal dengan pasukan Kadet Polisnya yang aktif.
“Amboi…
kecik-kecik cili padi..” Sempat lagi ibu mengusik Din. Mujur adik ku sudah
tenang dari lelahnya. Dirinya yang bersandar penat di sofa empuk ku jelling.
“Spect
tu nanti nak letak mana?” Aku jongket kening. Adik handsome ku ini mengenakan cermin mata. Masakan nak tanggal pulak.
Orang belok kanan, dia belok kiri pula.. haa sudah masuk longkang la jawabnya.
“Mesti
la tanggal kak.”
“Ceh,
nak jadi Polis la ni.”
“Of course la kak… hehehe”
Fakaruddin memulakan langkah menaiki
tangga yang terletak berhampiran pintu masuk dapur.
Aku
tenung wajah ibu. Hasrat untuk bertanya lanjut mengenai Mak Hawa terus
terpendam jauh di sudut hati. Kami berdua senyum melihat gelagat adik yang
mencuit hati.
p/s: baru mencuba menulis.Sudi-sudi la komen
Tiada ulasan:
Catat Ulasan