Khamis, 29 Mei 2014

Sunshine

EP2

"Bintang..terlihat terang.. saat dirimu datang....cinta..." Nyanyian Reymira terhenti tatakala kornea matanya terbias sebuah wajah yang amat dirinduinya.

"Ooo... menyanyi pula anak dara ni." Aku membetulkan kedudukan diriku apabila indukku datang menghampiri. 

"Eh, mama biasa la. Rey saja je. Bosan, so nyanyi la sikit.. lagu yang Rey nanyi sedap kan bu?" Senyuman dikumtum buatku. Tidak pernah pula ibu membuat riak sebegini terhadapku. Entah-entah, ada udang disebalik batu.

"Siapa kata tak sedap?"

"Ada la. Someone yang tak tahu bakat Rey..."

"Jadi, Rey nak kata yang kamu ni berbakat la."

"Hihihihi.. berbakat tu takde la sangat. Sikit tu boleh la." Pandangan kami bertemu apabila aku renung wajah itu. Ibu senyum dan aku mengikutinya.

"Tapi kan Rey, masa bosan ni la kita harus ini waktu kita dengan benda yang bermanfaat." Aku pelik dengan kata-kata ibu.Apakah yang di maksudkannya?

"Rey..." Tangan ibu memaut bahuku.

"Ya. " Terasa dekat diriku ini dengan ibuku.

"Elok kalau kita berzikir dan bersyukur dengan kuriaan-NYA. 

Hidup ini menentukan tempat kita di alam sana." Ucapan ibu menusuk kalbuku. Baru beberapa hari aku dengar lagu bertemakan nasyid. Sungguh merdu nyanyiannya.

"Sebenarnya. Apa yang ibu mahu sampaikan?" Ikatan dilepaskan. Aku harap ibu menyambung semula perbualan kami tempoh hari.

"Berkaitan Mak Hawa ke?"

Muka cerianya berubah lesu apabila aku menyebut nama itu.

"Ibu sebanarya tak nak beritahu Rey tapi, dah alanga-alang ibu takde apa nak buat. Jadi ibu nak sampaikan sesuatu dekat Rey." Aku tunggu penjelasan ibu dengan penuh debaran. Adakah aku akan bekerja dengan Mak Hawa?  

"Sebenarnya Mak Hawa nak minta Rey tolong jagakan anak dia."

"Siapa ibu?" Setahu aku Mak Hawa hanya mempunyai anak perempuan.

"Tak pasti pula ibu yang mana satu. " Ibu disebelahku mula berganjak ke arah pasu-pasu bunga yang tergantung. 

"Dah lama Rey tak jenguk bunga-bunga ini. Nampak macam dah layu la bu.." Aku tunjuk ke arah pokok bunga mawar yang sedang kuncup itu.

"Iya la. Ibu mesti letak baja ni. Pagi esok ibu bajakan. Nampak macam kekurangan fosforus je ni." Kaca mata ibu diperbetulkan. Seperti saintis lagaknya.

"Hehehe.. betul-betul." Ibu ternyata masih ingat pelajaran di tingkatan lima. Memang tak salah jika aku jadikan ibuku sebagai contoh  jika aku benar-benar mengingati pelajaran sejarah semester lepas.
                                                              
 @_@

Kedengaran kicauan burung yang bebas di dada langit. Aku hirup udara nyaman.  Alhamdulillah. Terasa tenang di hati ini. 

"Kak.... buat apa ni" Aku renung adik lelaki ku yang seorang ini. Nasib baik jantung tak meletus. Kalau tak dapat agaknya aku mengecapi nikmat Tuhan di alam fana.

"Terkejut akak tau. Lain kali bagi salam, baru tak bedebor jantung akak."

"Hee.. ni mesti akak ingatkan Udin ni hero twillight.." Tersengih adik comel di depan ku ini.

"Twillinght?" Berkerut dahi aku cuba mengingati filem yang baru diucapkannya.

"Ha'ah abang handsome yg akak kata macho tu." Dia mengangguk mengiakan.

"Ada-ada la adik ni. Muka tak sama langsung dengan dia. Apa nama abang handsome tu..? " Ucapku perlahan takut ibu mendengari perbualan aku lalu mengeluarkan pelbagai spekulasi.

"Eh, akak ni. Udin ada la sikit-sikit gaya Edward Culan." Fakarudin sudah membuat muncung itik. 

"Adik ni....handsome!..tapi...." 

"Tapi apa kak.. " Sambil melemparkan sengihan, dia lancar bertanya ingin mengetahui apakah yang sedang bersarang di sudut hati kakaknya ini.

"erkk..adik tetap tak sama dengan mamat tu..

ok bye ibu panggil kakak..." Rey berlari memasuki rumah sebelum adiknya bertindak.

                                                            

p/s: masih mencari jalan cerita yang sesuai. Jika mahu menyumbang idea, sila komen dibawah :)  

2 ulasan:

Dalila Samsudin berkata...

woah new story! :D Goodluck!

EAT,MAKE,READ berkata...

tq kak.. :) baru mencuba hehehe

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...