Ahad, 27 Julai 2014

IT WAS SUNDAY MORNING


Hari ini hari ahad. Aku selalunya berada di atas katil pada waktu ini. Tapi sekarang, aku sedang tergesa-gesa bersiap untuk pergi ke pejabat. Aku lambat bangun. Ini semua sebab dia. Dia selalu buli aku. Bos aku suruh aku kerja pagi ini pun sebab termakan dengan kata-kata dia. Aku mangsa dia untuk siapkan kerja di pejabat.

Aku nampak kereta, basikal dan pengangkutan lain. Tapi.... mana bas? Dia saat aku perlukan kau. Kau tak kunjung tiba. Aku renung jam dipergelangan tangan. Dah 8 setengah pagi. Patut pun. Waktu macam ini bas dah takde dah. Kena tunggu pukul 10 pagi la pulak. Tak boleh jadi ni. Jadi, aku ambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Hrmm.. kan bagus aku jadi CEO...  aku tak perlu nak datang awal. Duduk ofis dan bagi arahan dekat pekerja. Kan ke bagus...

Angan-angan aku hilang tiba-tiba. Aku lihat taman yang cantik tersergam indah di hadapan ku. Terdapat ramai remaja dan orang dewasa di situ. Ada yang berlari dan ada yang sedang berjalan sambil termengah-mengah. Mungkin penat lepas habis jogging kot.. Aku berjalan perlahan-lahan sambil mengambil udara pagi yang nyaman. Lama dah aku tak hirup udara yang macam ini. Aku mula berjogging . Rasa best pulak jogging pagi-pagi. Tapi,  best tu sekejap je bila aku mula perasan ada mata yang memandang setiap langkah ku. Tak sukanya aku. Ah, lantak dia la nak pandang aku pun. Bukannya dapat apa.

Selepas beberapa minit berjogging, aku mula berasa lelah. Penat kot. Tambah-tambah kawasan taman ni tak rata. Bengkang- bengok. Boleh pening kalau takde stamina. Aku teruskan aktiviti ini setelah mengambil nafas. Kali ini aku kaki ku bertukar corak dari berjogging kepada berlari.  Tapi, aku masih mampu melihat orang di sekeliling ku memandang aku sambil tersengih dan ketawakan aku. Aku pelawak ke? Aku perasan ada seorang budak perempuan dalam lingkungan belasan tahun ketawakan aku.

Akhirnya, aku jatuh. Semua ini salah aku sebab pedulikan that stranger girl. Aku rasa sedih sangat dan aku rasa hati aku pun dalam keadaan yang sama apabila aku dapat rasa ada orang pandang aku. Aku pandang kaki aku yang terasa sakit. Seterusnya, aku renung baju yang aku sarungkan ke badan. Aku pandang sekeliling dan aku tutup muka aku dengan tapak tangan. Malunya aku sebab berjogging dengan baju ini. Aku pakai baju kasual untuk ke pejabat. Slack hitam dan blouse maroon cotton. Aku bangun perlahan-lahan dan betulkan baju yang terkena debu. Aku berjalan perlahan. Aku rasa macam siput oleh kerana aku berjalan terlalu lambat kerana malu dengan orang yang asyik renung aku.

Sekarang, aku hanya fikirkan apa yang perlu aku buat sekarang. Pelbagai persoalan bermain di minda aku. Aku terlupa untuk membuat sesuatu. Aku cuba mencerna ..apa yang aku perlu buat sekarang?  Tiba-tiba aku terlupa yang aku perlu ke ofis sekarang. Aku renung jam di pergelangan tangan sekali lagi. Dah 9.30 pagi! Bos aku sudah semestinya akan membebel dekat aku nanti. Aku melabuhkan punggung ke kerusi yang terdapat di taman itu.  Aku masih duduk di sini sebab aku tak tahu macam mana nak ke ofis.


Sebenarnya aku baru kerja di ofis dalam sebulan. Aku juga orang baru di kawasan ini.  Aku selalu sesat bila aku ke luar. Kawan serumah aku selalu ingatkan aku supaya ingat jalan untuk ke ofis, pejabat pos dan pasar tapi, aku tak pernah ambil pusing cakap dia.  Aku selalu menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke mana-mana sahaja. Bila hujung bulan macam ni, baru la aku mula berjimat dengan menggunakan bas sebagai pengangkutan.

Nasi dah jadi bubur. Jangan kenangkan masa lalu. Masa yang berlalu tetap berlalu. Aku sedar aku perlu mengetahui tempat tempaatku mencari sesuap nasi. Kicauan burung menampar di pendengaran ku. Tiba-tiba, aku rasa ada sesuatu yang pelik. Bunyi tapak kaki manusia. Tiba-tiba ada sesorang memanggilku. Aku pandang insan yang menyeru nama ku tadi.

Johan.. bukan Jehan Miskin, dia seorang yang kaya tapi, dia selalu buat aku marah. Aku tak tahu apa sebab dia selalu kacau aku. Aku tengok dia.Dia duduk bersebelahan aku. Aku menekup mukaku dengan telapak tangan. Aku turunkan tangan dari wajah dan aku boleh lihat dia renung aku sambil mengerutkan keningnya.

What are you doing now?” Speaking pula dia ni.

I am I was sitting here. Didn’t you see me?” Haa. Kan dah kena
Dia diam. Aku tanya dia.

 “So, kenapa ada kat sini?”

“Untuk menjadi seorang lelaki yang kuat saya mestila ada stamina untuk memperbaiki tahap kesihatan saya. Kenapa awak tak pergi ofis? Mesti bos membebel nanti.” Kemudian dia sengih dekat aku dan ketawa.

 Lawak ke mimic muka aku? Aku Cuma tongkat dagu pandang dia yang berpeluh lepas abis jogging. Dia pakai baju t-shirt putih dengan seluar trek. Aku pasti dia tengah penat sekarag ni. Dari tadi asyik mengelap peluh dengan tuala kecil dia tu.

So apa yang u nak buat sekarang?”

“Duduk sini dan balik bila bosan.”

“Tak patut ...tak patut.” Patut apa.. aku boleh menikmati nikmat tuhan.

Dia sambung bicaranya,,  “Nursha... Jom ikut i, takde la u buang masa.”

“Mana?”

Breakfast.”

okey..”Aku sebenarnya tak biasa dengan Jo ni. Tapi, bila dia baik dengan kita..kita kena la buat baik kan sebab.. setiap kebaikan harus dibalas kebaikan.

TAMAT

p/s{First short story  from me. Sorry for my mistake in writing. Komen yang jujur amat dihargai ^^ Thanks for reading!}

Tiada ulasan:

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...