
Jumaat, 27 November 2015
Jumaat, 11 September 2015
Ciri -ciri teman yang baik
Assalamualaikum.
Jom kita amalkan 4 perkara di bawah untuk menjadi seorang teman yang baik.
1. Bersangka baik terhadap teman
2. Memuji teman di belakang
3. Tidak iri hati kelebihan teman
4. Rasa bertanggungjawab menjaga kemuliaan teman.
#doakannurberjaya^^
Jom kita amalkan 4 perkara di bawah untuk menjadi seorang teman yang baik.
1. Bersangka baik terhadap teman
3. Tidak iri hati kelebihan teman
4. Rasa bertanggungjawab menjaga kemuliaan teman.
#doakannurberjaya^^
Isnin, 17 Ogos 2015
Aktiviti untuk kami
Assalamualaikum
Lama nur menyepi di blog. Sebenarnya nur
mula sibuk dgn STPM.
Mula –mula masuk memang takut juga.Sekolah
baru, kawan baru dan suasana yang baru. Persekitaran memang tak sama dgn
sekolah lama.. huhuhu.. rindu gan sekolah lama!!
Bila dapat kawan-kawan yang superb!! Nur ok
je.
Ada aktiviti utk semua budak tingkatan 6
rendah.
Sebenarnya, nur nak ceritakan pengalaman
aktiviti kami .. di setiap sekolah berlainan kerana mpp pun lain kan?? Hehe
Mula-mula kami perlu bahagikan kumpulan
sendiri. 7 org satu kumpulan. Pastu, tetiba fasi suruh 2 org drpd setiap group
utk bangun. Mula-mula Daa yang bangun. Dah sakit perut, zu pula yg bangun...
dia duduk balik.
Baca review Daa tentang form 6 di sini
Nur satu geng ngan
Arafah, Awin, Farah syazwani, Renges,
Akmal, Afiq, Zafry
Masuk nur, 8 org
Kami harus buat aktiviti bersama. Jadi,
kami haruslah bekerja sama. Malu pula
nak pandang kawan baru ><
Mula- mula, kena nyanyi. Lagu Negaraku, Negeri
Perak, dan Lagu sekolah..
Fasi pilih beberapa org utk nyanyi. Nur
terpilih utk naik ke pentas utk nyanyi lagu Negeri Perak bersama beberapa org
pelajar dari group lain. Takut kot..
Pastu mkn roti + kaya. Tak dapat kaya kena
denda...
Hafal nama, tarikh lahir, tempat tinggal of
our group member. Tarikh lahir dekat2 je. Alhamdulillah senang nak hafal. Semua
ahli group nur dapat hafal. So, kami tak didenda. 2 kumpulan didenda sebab ada
ahli yang tak hafal. Diorang kena menari di atas pentas. Lagu Hindustan ..
sporting betul kedua-dua group ni...pecah ketawa kami semua.
Seterusnya, kami kena jawab kuiz bersama
ahli kumpulan. Kami salah 2 alhamdulillah tak kena denda >,<
Lagi sekali group yang sama didenda, memang
group ni berjodoh kot.. hahahaa
Pastu aktiviti menurunkan batang helium
guna jari.. hehehe yg ni malu betul la..
Kami kena bertentangan lelaki perempuan.
Tapi, kami chill sebab kita semua kan kawan.. percubaan ke2 menjadi :3
Ada yang kena denda berlari disekeliling
dewan sebab tak sefahaman. Kesian diorang.
Kali ni,kami kena cipta nama kumpulan,
ciri-ciri ahli dan sorak. Kami diberi 20 minit utk berlatih
Nama kumpulan kami = ANAK IBU
Sifat:
Awin n Farah > kami comel!
Nur n Renges > kami tak kisah!
Arafah n Afiq > kami (zipmulut..)
Sorak- bersatu kita gempak, bercerai kita
kokak.. tapi!!!
Kami, ANAK IBU!
Then, semua buat sorak. Semuanya awesome..
malu pulak teman... Kami buat persembahan yg pertama, jadi takde la nervous
sangat ^^
Lepas tu, kami rehat – makan di kantin - surau
Selesai tukar baju, kami datang balik ke
dewan utk sesi ke2. Still kumpulaan yang sama.
Kali ni Afiq dan farah tak join sebab Afiq jumpa doktor dan farah sakit.. sedihnya..
Teresur hunt pulak.
Ada 6 lokasi. Kami kena buat tugasan yang
diarahkan oleh penjaga tempat tu. Kalau gagal, kami akan denda.
Kami di denda;
Kawad tengah panas
Calit muka dengan kunyit
Makan bubur pedas
Alhamdulillah kami semua redha dengan
ketentuan Allah.
Last sekali, Fasi umumkan
fasi terbaik bagi lelaki dan perempuan, abg
wan n kak bedah
lower 5 yg sporting n baik, lelaki- Zam dari
kumpulan Daa dan perempuan- anis yang baik lagi comel
Kami dapat tempat dalam kumpulan ke2
terbaik >< Syukran ya allah sebab kami tak rasa kami mampu menang sebab
banyak kali kami didenda kan..
Lastly ,main lempar selipar dan tarik
kerusi. Yang ni tak berkumpulan. Suka
hati.
Then, fasi suruh kawad ke luar dewan~
Masa tu memang dah lewat dekat 6 ptg dah.
Kami sepatutnya balik jam 5.30 ptg.
Fasi tanya kitaorang semua, korang ada buat
salah tak?
Yang ain comel tu jawab kat ketua MPP
“Ada, saya rasa saya dah salah cakap dengan
mak saya. Saya cakap ngan mak saya balik jam 5 setengah sekarang dah nak dekat
pukul 6.. Tak tahu la nanti mak saya kata apa..” >...<
Bomm ... ambik kau bang Haziq
Kan dah kena..
Huhuhu
Lepas tu diorang baling belon berisi air kat
kitorang, semua main lari2. Then, balik kalau nak balik... diorg ajak selfi..
tapi takpe la.. my dad dah tunggu kat depan.
Berakhirlah aktiviti mengenakan lower six..
Inilah pengalaman yang terindah di form 6
Pengajarannya, jangan pernah menyesal dgnapa
yg Allah berikan kpd kita kerana sesungguhnya Allah mengetahui apa yg terbaik
utk kita..
The winner never quit,
The quitter never win.
~HIZ
p/s- kepada kawan blogger semua, thanks for
supporting me.
Doakan kami 4 flat for STPM
Kepada yg masuk form6, u or
matrik tahniah, buat yg terbaik ya. Semoga berjaya nur ucapkan.
For my silent reader, thanks for reading ^^
I love all of u
Rabu, 29 Julai 2015
Tips belajar
Assalamualaikum
Dalam mencari ilmu tentu ada strategi dan langkah yg berkesan untuk mencapai keputusan yg cemerlang.Di sini nur akan kongsikan sedikit sebanyak tentang beberapa tips belajar yang nur amalkan dan sedang diamalkan :D
Dalam mencari ilmu tentu ada strategi dan langkah yg berkesan untuk mencapai keputusan yg cemerlang.Di sini nur akan kongsikan sedikit sebanyak tentang beberapa tips belajar yang nur amalkan dan sedang diamalkan :D
1) JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH
Yang ni teknik yang paling penting. Allah akan sayang kat kita bila kita sayang kat Allah. Contohnya, sedang kita asyik buat kerja sekolah, lepas tu azan berkumandang tinggal la kerja tu kejap. Lepas dah selesai solat, doa la kat Allah supaya dipermudahkan segala urusan. Insyallah bila kita sambung semula urusan kerja sekolah tadi, semuanya akan menjadi lebih mudah.
2) HINDARI MAKANAN DIPROSES
Elakkan makanan segera dan ringan kerana, kita tak tahu macam mana ianya diproses dan bahan apakah yg diletakkan di dlm makanan tersebut. KITA JUGA TAK TAHU MAKANAN TU HALAL @ HARAM
3) SEDIAKAN BUKU NOTA
Tujuannya adalah untuk mencatat nota2 yg cikgu bagi secara lisan @ on the spot. Sebabnya tak semua nota penting dan tips cikgu suruh salin satu-satu. Jadi, cara yang paling efektif, gunakan buku nota tersebut untuk mencatat terutamanya ketika guru sedang memberi nasihat atau arahan. Dalam waktu yg sama, takde la kita lupa nak buat kerja sekolah sebab semua tugasan yg cikgu kita bagi kita dah salin semuanya dalam note book.
4) FOKUS DI DALAM KELAS
Cara naak fokus dlm kelas? > pandang muka cikgu time dia tengah terangkan sesuatu atau dia sedang bercerita. Pokoknya bila cikgu tengah cakap kita maniskan muka dan ikhlaskan hati. Dalam hati sentiasa berselawat agar Allah mudahkan segalanya. Jangan lupa catat apa yang cikgu cakap. Elakkan membuat sebarang aktiviti ketika belajar. Contohnya, memicit pen dengan sengaja
5) BUAT JADUAL BELAJAR
Kalau tak konsisten pun takpe. Buat ikut kesesuaian pembelajaran anda.
6) MINUM BANYAK AIR
Air membekalkan oksigen dlm darah jadi, bila tengah buat soalan yang susah, misalnya addmath. Minumla banyak air sebab air kan penyejuk badan ^^
7) ISTIQOMAH DALAM BERIBADAT
Bila melakukan ibadat sunat seelok-eloknya kita buatlah secara istiqamah. Misalnya ketika menunaikan solat tahajud, solat sunat taubat dll. Surah al-mulk dibaca sebelum tidur setiap hari.
8) ELAK BELAJAR DI ATAS KATIL
Terutamanya dalam posisi baring. Tambah-tambah bila study SEJARAH. Letak je buku. Belum sempat buka buku kita dah tidur. Oleh itu, elakkan la.
Isnin, 13 April 2015
Selasa, 7 April 2015
Isnin, 6 April 2015
Beting Beras Basah, Bagan Datoh, Perak.
Hi.. my name is Nur.. and the girl back me is my twin, Huda
Mulai hari ni, zu nak call my name as nur, boleh kan?
Rasa macam zu tu tak bermaksud >....<
Hari ni nur nak guide jalan ke Beting Beras Basah.
Ni le rutin yang tak pernah-pernah nur buat selepas dah berhenti kerja
Beting Beras Basah terletak di kawasan pendalaman bagan Datoh Perak.
Nur teringat akan rakan TESCO yang sembang dengan kembar nur, huda. Dia kata,
"Ko ni manusia ceruk mana hah??"
Hrmm.. memang tak dinafikan nur memang duduk di cerokk Bagan Datoh >,<
Mula-mula jalan terus.. ada kampung sg. Balai, terus jalan.. nampak benda tu.. dekat tepi lori tu, masuk ikut situ..
Jalan masuk
Just follow the flow
Jalan tar tapi tepi-tepi tu ada jalan merah
Subhanallah.. cantiknya jalan kampung
Selepas tu, jalan punya jalan, jumpa la tempat ni.. Tempat proses buah sawit. Lalu je.. sementara pagar terbuka..
Dah sampai..
Cer kawan-kawan zoom.. apa benda yang hitam kecik tu? ^^
Hari ni Nur belanja gambar
Selfie sikit :p
Sebenarnya nur ikut abg ngah n kak ngah ke BBB ni sebab mula2 settle kan hal kat sekolah.. pastu ke BBB .. Dah penat ambil gambar, kitaorang balik rumah opah.. Masa tu Pak Long ada balik dengan Mak Long, Abg Udin dan Aina (cucu Pak Long)
Atas meja kat luar ada makanan,
mee goreng, cucur udang.. dan teh o ais
Pak Long ajak kitaorang makan lepas dah habis sesi salam- bersalaman dengan saudara-mara
Pastu Pak Long kata,
"makan la jemput ni... ada udang... Susah tau nak dapat udang ni.. Udang ni PALING SEDAP DI MALAYSIA"
Ayat PALING SEDAP DI MALAYSIA memang tak boleh tahan
kakaakah:)
Seriously lawak.. tak tipu.. kak ngah n Huda pun gelak
Khamis, 2 April 2015
Sayur Bayam Goreng
Assalamualaikum
Hari ni zu berkenan nak share resepi....
Sayur Bayam Goreng
Bahan2~
Bayam
Cili yang digiling/tumbuk/blender
Sedikit ikan bilis
Fish Ball@ Fish cake (xde pun xpe)
Sesudu air asam jawa
Sedikit minyak
Sedikit garam
Sedikit Air
sebenarnya boleh je buat yang lagi simple. Letak bawang, bayam, air dan garam siap..
Tapi, zu nak cuba juga buat yang ada letak rencah dan sedap sikit
Hari ni zu berkenan nak share resepi....
Sayur Bayam Goreng
Bahan2~
Bayam
Cili yang digiling/tumbuk/blender
Sedikit ikan bilis
Fish Ball@ Fish cake (xde pun xpe)
Sesudu air asam jawa
Sedikit minyak
Sedikit garam
Sedikit Air
sebenarnya boleh je buat yang lagi simple. Letak bawang, bayam, air dan garam siap..
Tapi, zu nak cuba juga buat yang ada letak rencah dan sedap sikit
Cara memasak:
1. Panaskan minyak.
2. masukkan cili, ikan bilis. tunggu cili garing.
3. tambah fish cake@ fish ball, pastu masukkan sayur bayam.. yum yum
4. masukkan sedikit air asam jawa. Kacau bagi rata. Masukkan sedikit air bagi sayur bayam kita lembut.
5. Kita pastikan sayur kita tu lembut. Lepas tu, sebelum tutup api, masukkan garam ikut kesesuaian dan siap!
Senang kan.. apa lagi, yang belum masuk dapur tu, jom try resepi ni.. yang dah makan tu boleh la cuba nanti.
zu belanja gambar sayur bayam goreng yummy...
Bye..bye... Assalamualaikum
Semak Panggilan Sesi Penilaian dan Temuduga Peneraju Tunas Potensi
Jumaat, 27 Mac 2015
Aurat wanita
Assalamaulaikum
Biarlah gambar menceritakan segelanya
Itu sahaja dari zu. Illaliqa
Biarlah gambar menceritakan segelanya
Itu sahaja dari zu. Illaliqa
Salam sayang, Na Zumyhuna
Ahad, 22 Mac 2015
#Pelanggan Tetap 5
Assalamualaikum
Zu
nak ceritakan tentang seorang lelaki ni. Umur macam sebaya tapi zu tak tanya
umur dia berapa.
Dia
selalu datang kedai time orang tak datang kedai. ??
Means-
bila lepas solat jumaat dan solat isyak. Time orang tak berapa nak ada.
Dia
biasanya beli Iqra.
Mula-mula
datang...
‘Ada
jual Iqra tak?’
‘Ada..
situ’ Zu tunjuk rak yang menempatkan Iqra.
Dia
belek-belek iqra tu. Iqra ada banyak jenis. Dia nak beli 2 iqra yang berwana
pink. Actually harganya RM12 sebuah tapi, bila dia minta murah zu bagi je la.
Banyak songeh kang tak balik pulak dianya.
Bila
dia nak beli iqra tu zu tertanya-tanya jugak.
‘Dia
ni baru nak belajar Iqra ke.’ Zu pun gatal mulut tanya la dia. Dia kata...
‘Saya
ajar orang..saya budak TAHFIZ’
Zu- :0 :0
:0 (erkhmmm dalam hati.. baguih2)
Lepas
tu dia datang lagi nak beli kopiah putih yang atasnya berwarna merah. Cari-cari saiz, semua besar. Dia cari la
dekat kiosk yang budak iskandar kerja tu. Masa tu zu pergi dekat kiosk mak cik.
Dia pandang tak puas hati je dekat zu. Mungkin sebab zu macam tak nak jawab
bila dia tanya...
‘kat
sini mana lagi yang jual kopiah macam ni?’ dengan terpaksa zu jawab je la.
Datang
lagi.. kali ni dia beli apa zu tak nak masuk campur sebab semasa dia datang tu kak
Rabiahtul yang layan. Aku nak rest kat kedai kak GY. Sebab zu tak larat masa tu
sebab zu demam. Zu Nampak dia. Dia tak Nampak zu. Bagus. ~_~
Pastu
dia datang time sepupuku ada. Kak Nani. Dia nak beli Iqra Pink tu malangnya
takde. Kehabisan stok. Jadi dia pun tanya la soalan yang dia rasa zu boleh
jawab.
‘Rotan
jual kat mana?’ gulp... rasa tersekat air liur kat kerongkong ni.
‘Erkh..
rotan?’ Nk rotan aku ke hape
'Ha'ah..
rotan.. cuti macam ni kedai banyak tutup kat sini mana ya jual rotan.’Dia
datang semasa cuti hari raya cina. Dan lebih tepat lagi, selepas waktu isyak.
Then
zu kata le ‘jap..’ Zu pergi kat Kak Nani dan tanya dia,
‘Kat
sini mana jual rotan?’
‘Rotan?’
Berkerut muka kak nani pandang aku.
Then, dia pun ke luar kedai dan
pergi dekat dengan kitaorang.
Kak
Nani semedang tanya kat dia ...
‘Nak
buat apa dengan rotan.’
‘Nak
ajar budak..’
‘Budak
TAHFIZ?’
‘Haah..
nak ajar diorang menhafaz..’
‘TAHFIZ
mana?’
'Darul
...’ Darul apa tah.. zu tak ingat yang penting depannya ada Darul.
Dia
tengok kak nani dan aku yang dah kehabisan idea untuk jawab soalan dia, dia pun
pergi dengan hampanya.
Sebenarnya
zu rasa yang dia ni malas nak jawab soalan kak Nani..
Itu
lah kali terakhir zu Nampak dia... lepas tu dia dah tak muncul-muncul lagi ~~~
#
Pelanggan Tetap 5 ialah budak TAHFIZ DARUL ....
Salam
sayang, Na Zumyhuna
# Pelangan Tetap 4
Assalamualaikum..
sehari menyepi tanpa blog. Okey.. i coming bebey!
Kali ni zu nak ceritakan tentang pelanggan tetap
yang kerap kali zu ketemu pada hari minggu. Dia ni selalu datang dengan anak
lelaki dia yang berusia kira-kira 4 tahun. Dia biasanya meletakkan anaknya di
dalam troli dan dia sering membelikan anaknya lego.
' Ambil satu je.' mak dia bagi arahan. Zu rasa
best je sebab mak dia ni tegas dan insyallah bila didik dengan displin anaknya
akan menjadi seorang yang beradab.
Si anak dia ni memilih lego kemain lama. Orang
minat lego biasa la...sekejap..
'lego ni dah ada.. yang ni pulak ada dah...'...
huhuhu sabar je la.
Suatu hari tu dia datang lagi, mak dia kali ni zu
rasa cantik daripada hari tu sebab di pakai shawl encurve berwarna jingga. cun
lah..
Zu tertanya-tanya juga selama ni.
'mana laki dia.' Dalam hati ni positif je la ....
kerja kot..
Then zu tanya la dia. Takut fikir yang buruk-buruk zu tanya jugak.
'Ayah dia mana kak?'
'Takde..'
'ouh..' dah cerai kot..
#Pelanggan Tetap4
inilah
kisah pelanggan tetap ke-4 iaitu single mummy. Jom kita dokan dia supaya dapat
cari ayah baru untuk anak dia.. ^^
Salam sayang, Na Zumyhuna
Jumaat, 20 Mac 2015
#Pelanggan Tetap 3
Assalamualaikum
Kali ni, zu nak kongsi cerita mengenai pelanggan yang selalu datang ke TESCO. Dia bukan pelanggan tetap kedai tempat zu bekerja, tetapi, zu selalu tegur dia apabila dia datang ke TESCO...
‘Dulu badan saya besar time mengandung. Lepas tu kurus balik macam ni...’dia usap perut dia
Kali ni, zu nak kongsi cerita mengenai pelanggan yang selalu datang ke TESCO. Dia bukan pelanggan tetap kedai tempat zu bekerja, tetapi, zu selalu tegur dia apabila dia datang ke TESCO...
Mula-mula datang, zu tanya dia.
‘Akak ni orang Indon ke?’ sebab cara dia berkomunikasi dengan kawan dia
macam orang Indon
‘Aku orang Indon’ dia tanya kawan dia disebelah.
‘Tak la, kami orang Sabah. Gaya aku macam Indon?’
Zu geleng kepala
dan senyum.
Masa tu dia tengok-tengok lengging. Dia kata harga kat sini murah berbanding di sana.
Kemudian semalam, dia datang. Sebenarnya dalam seminggu insyallah zu nampak
muka dia di TESCO. Rumah dia dekat jadi, dia datang sini jalan kaki je. Dia
datang sini sebab bawa anak dia bersiar-siar dan main dekat taman di tingkat
atas.
Semalam jumpa zu ada tegur dia...
‘Akak memang kurus ya?’
‘Ya. Masa bujang dulu macam ni la.’
‘Masa mengandung dulu?’
‘Dulu badan saya besar time mengandung. Lepas tu kurus balik macam ni...’dia usap perut dia
‘Ouh ..macam anak dara..’ dia gelak :p
‘sekarang saya mengandung 4 bulan.’
‘Ouh..’terkejut zu. Dah la badan di kemain kecik. Anak dah ada seorang.
Huhuhu bagus le tu.. Anak dia yang sulung dah besar. Memang patut tambah zuriat ^^
p/s- doakan zu berjaya utk ke IPG
Salam sayang, Na Zumyhuna
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Yang Ditampilkan
Skincare Routine 2022
Assalamualaikum dan salam raya 2022 Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...

-
Assalamualaikum Dah lama nak buat segmen. Semua yg dibuat tak menjadi. Tapi, xpe. takde hal la sebab mungkin bukan rezeki saya....
-
Assalamualaikum Hari ini, jumaat yang mulia. Zu ingin kongsikan resepi tiramisucheesekut kat korang. Mudah saja. Rasanya pun sememangnya ...
-
Assalamualaikum dan hai korang Hari ni aku nak share cara letak huruf arab dalam microsoft word. Share benda ni sebab mudah untuk rujuk...