Lama nur menyepi di blog. Sebenarnya nur
mula sibuk dgn STPM.
Mula –mula masuk memang takut juga.Sekolah
baru, kawan baru dan suasana yang baru. Persekitaran memang tak sama dgn
sekolah lama.. huhuhu.. rindu gan sekolah lama!!
Bila dapat kawan-kawan yang superb!! Nur ok
je.
Ada aktiviti utk semua budak tingkatan 6
rendah.
Sebenarnya, nur nak ceritakan pengalaman
aktiviti kami .. di setiap sekolah berlainan kerana mpp pun lain kan?? Hehe
Mula-mula kami perlu bahagikan kumpulan
sendiri. 7 org satu kumpulan. Pastu, tetiba fasi suruh 2 org drpd setiap group
utk bangun. Mula-mula Daa yang bangun. Dah sakit perut, zu pula yg bangun...
dia duduk balik.
Baca review Daa tentang form 6 di sini
Nur satu geng ngan
Arafah, Awin, Farah syazwani, Renges,
Akmal, Afiq, Zafry
Masuk nur, 8 org
Kami harus buat aktiviti bersama. Jadi,
kami haruslah bekerja sama. Malu pula
nak pandang kawan baru ><
Mula- mula, kena nyanyi. Lagu Negaraku, Negeri
Perak, dan Lagu sekolah..
Fasi pilih beberapa org utk nyanyi. Nur
terpilih utk naik ke pentas utk nyanyi lagu Negeri Perak bersama beberapa org
pelajar dari group lain. Takut kot..
Pastu mkn roti + kaya. Tak dapat kaya kena
denda...
Hafal nama, tarikh lahir, tempat tinggal of
our group member. Tarikh lahir dekat2 je. Alhamdulillah senang nak hafal. Semua
ahli group nur dapat hafal. So, kami tak didenda. 2 kumpulan didenda sebab ada
ahli yang tak hafal. Diorang kena menari di atas pentas. Lagu Hindustan ..
sporting betul kedua-dua group ni...pecah ketawa kami semua.
Seterusnya, kami kena jawab kuiz bersama
ahli kumpulan. Kami salah 2 alhamdulillah tak kena denda >,<
Lagi sekali group yang sama didenda, memang
group ni berjodoh kot.. hahahaa
Pastu aktiviti menurunkan batang helium
guna jari.. hehehe yg ni malu betul la..
Kami kena bertentangan lelaki perempuan.
Tapi, kami chill sebab kita semua kan kawan.. percubaan ke2 menjadi :3
Ada yang kena denda berlari disekeliling
dewan sebab tak sefahaman. Kesian diorang.
Kali ni,kami kena cipta nama kumpulan,
ciri-ciri ahli dan sorak. Kami diberi 20 minit utk berlatih
Nama kumpulan kami = ANAK IBU
Sifat:
Awin n Farah > kami comel!
Nur n Renges > kami tak kisah!
Arafah n Afiq > kami (zipmulut..)
Sorak- bersatu kita gempak, bercerai kita
kokak.. tapi!!!
Kami, ANAK IBU!
Then, semua buat sorak. Semuanya awesome..
malu pulak teman... Kami buat persembahan yg pertama, jadi takde la nervous
sangat ^^
Lepas tu, kami rehat – makan di kantin - surau
Selesai tukar baju, kami datang balik ke
dewan utk sesi ke2. Still kumpulaan yang sama.
Kali ni Afiq dan farah tak join sebab Afiq jumpa doktor dan farah sakit.. sedihnya..
Teresur hunt pulak.
Ada 6 lokasi. Kami kena buat tugasan yang
diarahkan oleh penjaga tempat tu. Kalau gagal, kami akan denda.
Kami di denda;
Kawad tengah panas
Calit muka dengan kunyit
Makan bubur pedas
Alhamdulillah kami semua redha dengan
ketentuan Allah.
Last sekali, Fasi umumkan
fasi terbaik bagi lelaki dan perempuan, abg
wan n kak bedah
lower 5 yg sporting n baik, lelaki- Zam dari
kumpulan Daa dan perempuan- anis yang baik lagi comel
Kami dapat tempat dalam kumpulan ke2
terbaik >< Syukran ya allah sebab kami tak rasa kami mampu menang sebab
banyak kali kami didenda kan..
Lastly ,main lempar selipar dan tarik
kerusi. Yang ni tak berkumpulan. Suka
hati.
Then, fasi suruh kawad ke luar dewan~
Masa tu memang dah lewat dekat 6 ptg dah.
Kami sepatutnya balik jam 5.30 ptg.
Fasi tanya kitaorang semua, korang ada buat
salah tak?
Yang ain comel tu jawab kat ketua MPP
“Ada, saya rasa saya dah salah cakap dengan
mak saya. Saya cakap ngan mak saya balik jam 5 setengah sekarang dah nak dekat
pukul 6.. Tak tahu la nanti mak saya kata apa..” >...<
Bomm ... ambik kau bang Haziq
Kan dah kena..
Huhuhu
Lepas tu diorang baling belon berisi air kat
kitorang, semua main lari2. Then, balik kalau nak balik... diorg ajak selfi..
tapi takpe la.. my dad dah tunggu kat depan.
Berakhirlah aktiviti mengenakan lower six..
Inilah pengalaman yang terindah di form 6
Pengajarannya, jangan pernah menyesal dgnapa
yg Allah berikan kpd kita kerana sesungguhnya Allah mengetahui apa yg terbaik
utk kita..
The winner never quit,
The quitter never win.
~HIZ
p/s- kepada kawan blogger semua, thanks for
supporting me.
Doakan kami 4 flat for STPM
Kepada yg masuk form6, u or
matrik tahniah, buat yg terbaik ya. Semoga berjaya nur ucapkan.
For my silent reader, thanks for reading ^^
I love all of u
Tiada ulasan:
Catat Ulasan