Assalamualaikum
Baru-baru ini, mood membaca memang memuncak. Dalam bulan ini bulan birthday nur dah khatamkan 3 buah buku. Buku motivasi Jom tengok my first buku yg telah dibaca awal bulan ini
Kandil di kaki gunung – Roza Roslan
My first impression,
Aduhai... tebalnya buku.... berkulit keras.... jenuh nak membacanya....
Aduhai....!
Bila baca first-first tu. Awesome!
Tak boleh ucap dengan kata-kata. Jalan cerita yang tak boleh
ditelah, penceritaan yang cukup baik. Ada koheran dan kohensinya.
Ceritanya ada pada setiap diri kita.
Buku ini mengisahkan tentang kisah hidup penulis itu
sendiri. Dari beliau kecil sehingga dewasa, kemudian berumah tangga dan
bekerjaya.
Buku ini adalah kompikasi buku
Cerita yang sangat tak boleh lupa
Botok-botok
Basikal Tua
Bila acik Roza n sepupu2 pergi main basikal Atok Abah (tok
sebelah bapa acik Roza)
Lps Atok Abah dpt tahu...huhuhu dpt le habuannya.
Petai lalang
Acik Roza dan kawan-kawannya nak pergi daftar tingkatan 1 di
sekolah menengah. Sebelum pergi sekolah menengah tu, deme pun makan petai
lalang. Petai lalang, sememangnya ada ditepi-tepi jalan.
Bila pelajar lelaki
dari sekolah menengah tanya nak pergi mana? diorang jawab la : nak daftar
tingkatan 1.
“Mak aii... bau petai.”
Ibu tiri
Berlakon drama. Tukar jalan cerita, Ibu tiri kena buli
dengan anak tiri
Lepat
Bila merajuk, Acik Roza akan ke rumah Mak Wa, bukan untuk
mengadu. Tetapi, membawa hati yang luka. Bila merajuk beliau akan diam manakala
mak wa yang mengetahui sikap cucunya mula memberikan kata-kata bermotivasi
berupa kiasan. Pada suatu hari apabila beliau merajuk, mak wa ajarkan Acik Roza
untuk membuat lepat. Buka satu jenis lepat diajarkannya. Tetapi tiga. Lepat
pisang, ubi kayi, dan labu.
Kutu
Acik Roza merajuk time tu. Sebab dapat ‘hadiah’ daripada
abahnya. Sebab ada kutu, acik Roza tak merajuk dah kerana ibunya tolong
buangkan kutu dri rambutnya dengan penuh kasih sayang... nak menangis rasanya
bila baca
Asam Boi........ limau kasturi n asam boi disatukn lps tu mkn...uiii
kecur air liur
Bermain Hendak-Hendak
Burger sebutnya
ber...ger bukan burr... gurr.
Paling tak tahan Abang Biasiswa, Abang Lu’E dan abang yang semendang sengih je.
So sweet.
Dan banyak lagi cerita yang nur suka dalam buku ni. Banyak
kisah dan pengajaran disebaliknya.
Diringkaskan cerita pemilik nama Roza Roslan amat
independent...berdikari not makes people around feel sad or menyusahkan.
Zaman kanak2, beliau teringin ke luar Negara. Tapi, hasrat
tersebut semakin pudar kerana apabila
cikgu bertanya
apa cita-citanya?
Nak ke luar Negara.
Nak keluar Negara kamu mesti pandai belajar.
Jadi, diniatkan agar dapat dijodohkan dengan suami yang
pendai agar dapat ke luar negara
Menginjak umur remaja, beliau sekolah menengah biasa-biasa
Bila dah dewasa, kerja di warung Ucu Enon, ibu saudaranya
(sebelah ibu) .... kemudian masuk
ITM Dungun
Kemudian...err tak
best la kalau nur cerita kat sini. Korang kena baca baca sendiri. Baru feel.
Hanya ada 735 muka
surat.
p/s- buku ni lebih best daripada novel. Ini kisah sebenar
bukan rekaan.
Selamat membaca kawan-kawan
2 ulasan:
Macam best :)
Emmm dh lama x membaca buku² ni
Catat Ulasan