Rabu, 21 Jun 2017

Resepi Popia Bercoklat Badam Lazat Berkrim

Assalamualaiku.

Hari raya tak sah kalau kita tak hidang kuih raya, Jadi, zu ada cadang nak buat kuih dalam 1-3 jenis sahaja. Semalam dapat buat sejenis. Alhamdulillah.

Bahan - bahan yang diperlukan :



25 keping kulit popia
250 gm coklat masakan
badam cincang
serbuk roti / biskut kering yang dihancurkan

Cara-caranya:

1. Ambil plastik yang bersih, masukkan biskut kering. Anggaran zu, 1/2paket biskut kering. Kita kasi dia hancur. Tumbuk-tumbukkan dia...Guna lesung pun boleh.





Pastu akan jadi macam ni




Letak dalam mangkuk.





Sebelum tu, kita sangai badam cincang atas kuali... dengan api perlahan. Masa tu lah hancurkan biskut ni. Jimat masa dan tenaga gituuu...



Ketepikan sekejap.









----





Lepastu, kome ambil kulit popia tadi. Bahagikan kepada 3 bahagian yang memanjang, Pastu kerat dua. Dapatlah dalam 6 helai kulit popia yang tebal. (25 x 6 = 150 keping)



Kalau nak senang buat, carikkan satu-satu sampai habis dulu. Macam yang zu buat ni.




Dah siap tu, ambil satu kulit popia, kita gulung kat pensil tu manja-manja je sebab nanti kalau ketat susah pulak nak keluar. Pastu, gamkan hujung kulit popia tu guna air. Zu tak guna telur sebab berbau dan melekit.





Dah siap semua, jadi lah macam ni...









Pastu kita goreng kan ia dengan minyak (memang lah dengan minyak takkan dengan air pulak) Hehe. Guna api slow ya kengkawan.





Ini lah hasilnya





Kesemua kulit popia yang telah siap digoreng krup krup. (Eh, sound effect pulak)






Coklat masakan kita cairkan guna kekdah double boiler.







Campurkan badam tadi dengan serbuk roti, gaul sebati...







Celup kulit popia dalam coklat.






Salut dengan campuran badam dan serbuk roti tadi.






Kerana penat, ku gaul semua kulit popia dengan coklat masakan sekaligus. Jimat masa.







Yang tak abis ni boleh simpan, buat topping untuk cornflake bercoklat ke hewhew...









Ini lah hasilnya.






Masuk sekejap dalam freezer dan letak dalam bekas kedap udara. Dapatlah dalam  bekas ni...






Resepi credit to : Seminit Resepi

Baki kulit popia apa yang patut zu buat ya?

2 ulasan:

Eyna Puzi berkata...

Sedapnya tengok your popia hehe. Boleh la I try ikut resepi you ni. Thanks for sharing 😉

EAT,MAKE,READ berkata...

@eynapuzi sama2 sister

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...