Assalamualaikum dan hi!
Pada 27 September 2019 yang lalu, aku dan juga rakan-rakan UUM
join trip ke Hatyai. Lebih kurang 38 orang yang join trip ni.
Tapi aku pergi dengan seorang rakan Chinese, Teng.
Sebelum nak join trip ni, kami perlu ada passport
group/boarder pass. Tapi kalau yang takde jangan risau sebab boleh buat
passport group!
|Pada 17 September 2019|
02.00 pm
BUAT PASSPORT GROUP
Kami pergi ke Pejabat Imegrisen Bukit Kayu Hitam yang
terletak kira-kira 30 minit dari UUM.
Masa ni pergi ke sana bersama Aisah(bekas roommate),
Ain(roommate baru Aisah), dan Fyza ( course mate Aisah) dengan menaiki kereta
sapu (gelaran taxi yang dibuat oleh student UUM) Aruza.
|Pada 27 September 2019|
06.30 am
NAIK KERETA SAPU
Kami menaiki kereta sapu yang di booking oleh pemandu
pelancong kami, Apex.
07.00 am
COP PASSPORT
Sampai di sempadan. Sempadan Malaysia-Thailand terletak di
sebelah Pejabat Imegrisen Bukit Kayu hitam je sebenarnya. Hahaha.
Selepas itu, kami berjalan dari sempdan masuk ke Thailand
dan cop passport group kami di sana.
08.16 am +-
TUNGGU TENG SAMPAI
Siap cop passport. Kami masuk ke dalam van. Satu van 12
orang. Kami duduk dalam van sambal tunggu Teng sampai sebab dia terlewat sikit.
Mujur Teng memiliki kereta sendiri. Kalau tak mesti kami tunggu lagi lama.
08.30 am +-
GERAK
Semua sudah ada di dalam van dan kami bergerak ke dalam
Thailand. Nampak dah keserabutan tali elektrik di Thailand. >.<
08.45 am
TUKAR DUIT
Sampai di tempat untuk tukar duit di Songkhla.
Tukar duit masa ni trade dalam …
Selesai tukar duit,
kami teruskan perjalanan ke Hatyai.
10.00 am
MAKAN PAGI/ SARAPAN
Kami sampai di sebuah Kedai Makan Thailand. Tapi makanan ada
yang biasa nampak macam di Malaysia seperti bubur pulut hitam.
Aku makan ni je.
10.55 am
NORA PLAZA
Kami sampai di kedai bernama Nora Plaza. Kedai jual souvenir
Thailand.
Macam-macam ada dijual di sini – keychain, baju, dompet
kecil, beg, gelang, rantai, cincin dan banyak lagi.
11.36 am
Kami dibawa ke tempat penternakan lebah.
Memang ramai orang Malaysia yang datang melawat.
Kami di minta untuk masuk ke dalam bilik dan kami
dihidangkan dengan air madu yang sejuk.
Lega rasa dapat bila minum. J
Pekerja yang menerangkan tentang madu fasih berbahasa
melayu. Semasa memberi penerangan, kami diberi peluang untuk merasai sendiri madu tua ( berwarna
koko/hitam), madu muda ( berwarna oren kuningan) dan juga Bee Pollen.
12.53 pm
CHANG PUAK CAMP
Kami sampai di tempat haiwan yang sinonim dengan Thailand,
Gajah.
Chang Puak Camp terdapat Gajah untuk dinaiki dan juga gajah
yang dipamerkan.
Kat sini ada jugak haiwan lain - Singa Putih, Orang Utan dan
juga Buruh.
Nak tangkap gambar di dalam tempat tersebut (di dalam
kandang) perlu bayar.
Lepas penat bergambar di luar kawasan kandang haiwan
tersebut, Kami Shana, Tirah dan Teng duduk di kafe yang berdekatan.
14.19 pm
KEDAI MAKANAN RINGAN
THAI
Nama kedai tak pasti.
Tapi di sini ada jual pelbagai jenis makanan ringan thai –
dried fruits, kerepek pisang, ubi, Maggie siam (Serda), asam dalam botol kecil, keropok
beras ( nasi dikeringkan dan digoreng), pes tomyam dan juga dodol durian.
14.52 pm
FERRY
Menaiki Ferry untuk pergi ke pantai.
15.00 pm+-
15.24 pm+-
SAMILA BEACH
Kat sini ada gerai dan juga kedai jual baju. Harga agak
murah jika nak dibandingkan dengan Nora Plaza. Lebih-lebih lagi harga baju
t-shirt dia.
16.48 pm
THE CENTRAL MOSQUE OF SONGKHLA
Kami singgah untuk solat jamak Takhir.
18.11 pm
FLOATING MARKET
Tempat orang jual makanan atas sampan. Tapi tak adalah
panjang sangat Floating Market ni.
Ramai orang Malaysia berkunjung ke sini. Orang Thai pun
ramai yang boleh cakap Melayu.
Ada 3 bahagian – 1. Gerai di ruang atas - ala Pasar Malam
2. Gerai di bahagian bawah - Floating
Market (kena turun tangga)
3. Gerai di
hadapan jambatan
Makanan di Floating Market agak murah dan berpatutan.
Aku makan Nasi Briyani + Ayam Goreng kot nama dia dan juga Ais Krim kelapa – 4 Topping.
Walaupun ais krim kelapa boleh dapat kat UUM, tapi aku beli jugak kat sini haha. Sebab nampak menarik gitu!
Teng pula makan Maggie Tomyam Udang. Rasa tomyam dia memang paduuu. Padu tapi tak masuk dengan tekak kami. Teng hadiahkan aku seekor udang. Hikhik. Thanks Teng!
Sebab fokus sangat makan, aku tak jalan pun di sepanjang
Floating Market ni.
Selepas itu, kami berjalan di atas jambatan dan lihat gerai
jualan di seberang jambatan. Ada jual makanan, baju, cermin mata hitam, beg dan
banyak lagi
Atas jambatan tersebut ada kanak-kanak membuat persembahan
tarian.
Habis berjalan sekitar jambatan, kami pergi ke tandas.
Selepas itu, aku ke surau yang terletak di hujung pasar tersebut. Manakala Teng
berjalan di sekitar.
Kemudian, aku membeli ole-ole di sebuah kedai akibat
terpengaruh dengan Teng.
20.19 pm
ASEAN PLAZA | ASEAN
NIGHT BAZAAR
Destinasi terakhir kami – Berdasarkan list destinasi.
Kat sini,
bahagian atas jual makanan.
bahagian bawah jual baju, beg, kasut dan macam-macam lagi.
Serupa pasar malam kat Malaysia.
Harga boleh tahan (Mahal).
Selesai membeli baju, aku dan Teng ke 7Eleven berdekatan.
Di sana kami beli makanan.
Aku beli – Susu Meiji Coklat, Air Vitamin C Blackcurrant,
Gula-gula, Air Mineral, Ubat Gigi dan Latte Ice.
Susu meiji yang dijual di VMALL UUM agak mahal. Sebotol
dalam RM3.
Tapi kat sini dalam RM1.50 sahaja.
Tapi bagi aku rasa dia biasa je.
Kat 7E aku tak beli burger pun huhu. Biasalah sebab berpinar
mata tengok banyak barang makan jual di 7E Thailand, tak seperti 7E di
Malaysia.
22.57 pm
7ELEVENT THAILAND
sebelum balik, kami singgah di 7E.
Peluang terakhir untuk berbelanja di 7E Thailand.
23.32 pm
IMEGRESEN
MALAYSIA-THAI
Cop passport di imegresen untuk pulang ke Malaysia yang
tercinta. T^T
23.46 pm
PULANG KE MALAYSIA
Kami naik kereta sapu, pemandu yang pagi tadi.
Abang sapu Tanya, ada
belikan apa-apa tak?
Takde.
Hehe sian dia.
00.11am
SELAMAT SAMPAI DI
INASIS YAB, UUM.
Naik sapu pergi dan balik bersama Sahila, Shana, Atirah.
Refleksi dari trip ni :
-
Jangan tukar duit banyak sangat
-
Jangan mudah terpengaruh dengan kawan
-
Enjoy every moment
-
Buat list beli barang
-
Pergi bersama rakan yang mahir mengambil gambar