Assalamualaikum dan hi
Hari ni aku nak meng-review satu anime yang
baru je tamat tayangannya semalam.
Aku suka anime bergenre sebegini.
Aksi, komedi, fantasi.
Cerita ini mengisahkan tentang Itadori Yuiji
yang mepunyai kekuatan luar biasa. Itadori boleh berlari lebih laju daripada
kenderaan.
Dia dijaga oleh atuknya sahaja.
Sebelum atuknya meninggal dunia, atuknya
meminta dia untuk menggunaakan kekuatannya untuk membantu menyelamatkan orang.
Sewaktu disekolah Itadori memasuki kelab
pembasmi roh jahat.
Di dalam kelab itu hanya ada 3 orang ahli
sahaja.
Dua lelaki dan seorang perempuan.
-----
Pada suatu malam, Megumi Fushiguro,
menelefon Itadori bertanyakan tentang sebuah bekas misteri. Fushiguro meminta
Itadori untuk memberi dia kotak tersebut kerana suatu bencana akan berlaku jika
kotak tersebut dibuka.
Itadori masa tu kat hospital atuknya baru je
meninggal dunia. T^T
Secara terpaksa dia meninggalkan atuknya dan
bergegas ke sekolah untuk berjumpa dengan rakan kelab dia sebab diorang berdua
yang pegang kotak tu.
Dua orang kawan Itadori duduk dalam gelap yang
hanya ditemani lilin di atas meja membuka kotak tu dan ada satu bungkusan
putih.
Jadi diorang buka sampai habis dan akhirnya
keluarlah isi dalam dia.
Jari Ryomen Sukuna.
Lepas tu aku ringkaskan yang Itadori makan jari tu dan dia jadi Sukuna vassel.
Kemudian dia pindah sekolah ke Tokyo, Jujutsu
Scorer Tokyo.
Intake sama dengan Itadori – Megumi Fushiguro
dan Kugisaki Nobara.
Cikgu yang mengajar mereka adalah Gojou Satoru,
Mei dan …..
Tugas Jujutsu Scorer ni nak membasmi roh jahat
macam hantu (ni aku pun tak berapa faham sangat sebab kurang jelas dari segi
storyline dia. Kalau korang faham sebab dah baca manga dia boleh komen kat
bawah tau!)
Pastu bermula lah episode diorang membanteras
hantu yang menganggu manusia
Dan diorang ada perlawanan dengan Jujutsu
Scorer Kyoto untuk menguji kekuatan masing-masing sambil diperhatikan oleh
cikgu cikgi diorang.
My Point Of View
OST dia agak padu
Storyline agak caca marba aku taktahu lah sama ada anime ni sama dengan manga ke tak. Tapi memang takde kesinambungan di antara setiap episode. Tup tup jadi macam tu. Macam tanpa sebab pun ada.
Kekuatan cerita ni adalah Character development
dia yang membuatkan penonton jatuh cinta! Lagi lagi watak Gojou Satoru dan
Ryomen Sukuna. Hahaha. Ryomen Sukuna tu muncul tak sampai pun 30 minit tau
dalam 24 episode tu tapiii pengaruh dia besar sampai menang anugerah watak
antogonis terbaik Crunchy roll.
Penuh FYP aku dengan Jujutsu Kaisen je.
Banyak merchandise yang orang buat:
-Baju
-Sweater
-Embroidery art
-Kasut
-Phone case
-Keychain
-Figurine
-Fanart
-Biskut jari Sukuna
-Mask
-Mug
Okey gais jumpa lagi di lain entri :)
2 ulasan:
kai baru tengok separuh je, nak kena sambung ni sebab dah habis en hehe
@kai ya wajib! haha sebab best giler. sy layan 13 episode sehari sahaja.
Catat Ulasan