Rabu, 21 April 2021

Uchi no Musume wa Kareshi ga Dekinai

 Assalamualaikum dan selamat pagi.

Hari ni zu nak review satu lagi japanese drama.

Drama ni saya tonton on-going jugak.

Sama lah dengan drama yayang saya review sebelum ini.




Cerita  ini memang aku sangat nanti kan sebab gandingan Minami Hamabe dan Kenshi Okada.

 



Mengisahkan tentang dua beranak Minase Aoi dan Minase Sora.

Hubungan mereka sangat akrab seperti emak dan anak.

 

Minase Sora (Minami Hamabe) pelajar jurusan ekonomi. Dia sekelas dengan Irino Hikaru (Kenshi Okada).

Sora seorang yang pendiam, kelam (sentiasa memakai baju berwarna hitam) dan misteri.

Manakala Hikaru seorang yang kacak dan mempunyai ramai rakan.

Mereka mempunyai dua persamaan iaitu masing-masing adalah otaku.

Otaku ialah minat dan suka membaca komik dan menonton anime.

 




Hikaru mengetahui Sora adalah otaku bila di ternampak Sora di Anime Showcase dan sewaktu di kelas Sora melukis dan ditangkap oleh lecturer lalu lecturer tersebut mengangkat lukisan Sora dan tunjuk kepada semua orang di dalam kelas.

 

Hikaru yang suka melukis komik pun tegur sapa dengan Sora untuk melukis komik bersamanya

 Sora tidak mahu pada mulanya.

Tapi bila maknya mengatakan bahawa dia ada bakat, so dia pun melukis dengan Hikaru.

 

Dia layan Hikaru macam maknya, meluah segala-galanya pada Hikaru.

Tak seperti dia dengan boyfriendnya.

 



Hikaru pun pelik dan memberitahu Sora, bukan awak patut contact boyfriend awak ke?

Sora pun pelik kenapa Hikaru sangat sensitif.

 

Sewaktu mereka melukis komik dan ingin mencipta karakter watak, Hikaru pelik dengan darah Sora dan Aoi tak sama.

 

Sora berdarah A manakala Aoi berdarah O

Dan tak mungkin orang berdarah O boleh melahirkan anak berdarah A.

 

So, timbul konflik di situ.

Sora meminta Gon-chan, Shichiro, Sally, Soseki dan Hikaru untuk menemani dia berhadapan dengan Aoi untuk mengetahuui siapakan diri dia yang sebenarnya.

Aoi pada mulanya tidak mengaku yang Sora bukan anaknya sehingga menimbulkan pergaduhan.

Akhirnya Aoi membuka cerita yang Sora bukan anak kandungnya.

Hanya Gon-chan dan Shichiro yang menegetahui tentang perkara ini.

 

Hikaru memujuk Sora untuk tidak membenci orang yang telah membesarkan dirinya.

Hati Sora semakin pulih dan dia amat bersyukur dia telah dibesarkan oleh Minase Aoi.

Aoi memberitahu Sora bahawa dia adalah anak Crushnya, seorang pelakon teater.

 

 

Sora memberitahu Aoi yang dia ingin menemui ayah kandungnya.

Adakah Sora berjaya bertemu dengan ayah kandungnya?

Korang jangan lupa saksikan!

  


Tiada ulasan:

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...