Ahad, 27 Julai 2014

IT WAS SUNDAY MORNING


Hari ini hari ahad. Aku selalunya berada di atas katil pada waktu ini. Tapi sekarang, aku sedang tergesa-gesa bersiap untuk pergi ke pejabat. Aku lambat bangun. Ini semua sebab dia. Dia selalu buli aku. Bos aku suruh aku kerja pagi ini pun sebab termakan dengan kata-kata dia. Aku mangsa dia untuk siapkan kerja di pejabat.

Aku nampak kereta, basikal dan pengangkutan lain. Tapi.... mana bas? Dia saat aku perlukan kau. Kau tak kunjung tiba. Aku renung jam dipergelangan tangan. Dah 8 setengah pagi. Patut pun. Waktu macam ini bas dah takde dah. Kena tunggu pukul 10 pagi la pulak. Tak boleh jadi ni. Jadi, aku ambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Hrmm.. kan bagus aku jadi CEO...  aku tak perlu nak datang awal. Duduk ofis dan bagi arahan dekat pekerja. Kan ke bagus...

Angan-angan aku hilang tiba-tiba. Aku lihat taman yang cantik tersergam indah di hadapan ku. Terdapat ramai remaja dan orang dewasa di situ. Ada yang berlari dan ada yang sedang berjalan sambil termengah-mengah. Mungkin penat lepas habis jogging kot.. Aku berjalan perlahan-lahan sambil mengambil udara pagi yang nyaman. Lama dah aku tak hirup udara yang macam ini. Aku mula berjogging . Rasa best pulak jogging pagi-pagi. Tapi,  best tu sekejap je bila aku mula perasan ada mata yang memandang setiap langkah ku. Tak sukanya aku. Ah, lantak dia la nak pandang aku pun. Bukannya dapat apa.

Selepas beberapa minit berjogging, aku mula berasa lelah. Penat kot. Tambah-tambah kawasan taman ni tak rata. Bengkang- bengok. Boleh pening kalau takde stamina. Aku teruskan aktiviti ini setelah mengambil nafas. Kali ini aku kaki ku bertukar corak dari berjogging kepada berlari.  Tapi, aku masih mampu melihat orang di sekeliling ku memandang aku sambil tersengih dan ketawakan aku. Aku pelawak ke? Aku perasan ada seorang budak perempuan dalam lingkungan belasan tahun ketawakan aku.

Akhirnya, aku jatuh. Semua ini salah aku sebab pedulikan that stranger girl. Aku rasa sedih sangat dan aku rasa hati aku pun dalam keadaan yang sama apabila aku dapat rasa ada orang pandang aku. Aku pandang kaki aku yang terasa sakit. Seterusnya, aku renung baju yang aku sarungkan ke badan. Aku pandang sekeliling dan aku tutup muka aku dengan tapak tangan. Malunya aku sebab berjogging dengan baju ini. Aku pakai baju kasual untuk ke pejabat. Slack hitam dan blouse maroon cotton. Aku bangun perlahan-lahan dan betulkan baju yang terkena debu. Aku berjalan perlahan. Aku rasa macam siput oleh kerana aku berjalan terlalu lambat kerana malu dengan orang yang asyik renung aku.

Sekarang, aku hanya fikirkan apa yang perlu aku buat sekarang. Pelbagai persoalan bermain di minda aku. Aku terlupa untuk membuat sesuatu. Aku cuba mencerna ..apa yang aku perlu buat sekarang?  Tiba-tiba aku terlupa yang aku perlu ke ofis sekarang. Aku renung jam di pergelangan tangan sekali lagi. Dah 9.30 pagi! Bos aku sudah semestinya akan membebel dekat aku nanti. Aku melabuhkan punggung ke kerusi yang terdapat di taman itu.  Aku masih duduk di sini sebab aku tak tahu macam mana nak ke ofis.


Sebenarnya aku baru kerja di ofis dalam sebulan. Aku juga orang baru di kawasan ini.  Aku selalu sesat bila aku ke luar. Kawan serumah aku selalu ingatkan aku supaya ingat jalan untuk ke ofis, pejabat pos dan pasar tapi, aku tak pernah ambil pusing cakap dia.  Aku selalu menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke mana-mana sahaja. Bila hujung bulan macam ni, baru la aku mula berjimat dengan menggunakan bas sebagai pengangkutan.

Nasi dah jadi bubur. Jangan kenangkan masa lalu. Masa yang berlalu tetap berlalu. Aku sedar aku perlu mengetahui tempat tempaatku mencari sesuap nasi. Kicauan burung menampar di pendengaran ku. Tiba-tiba, aku rasa ada sesuatu yang pelik. Bunyi tapak kaki manusia. Tiba-tiba ada sesorang memanggilku. Aku pandang insan yang menyeru nama ku tadi.

Johan.. bukan Jehan Miskin, dia seorang yang kaya tapi, dia selalu buat aku marah. Aku tak tahu apa sebab dia selalu kacau aku. Aku tengok dia.Dia duduk bersebelahan aku. Aku menekup mukaku dengan telapak tangan. Aku turunkan tangan dari wajah dan aku boleh lihat dia renung aku sambil mengerutkan keningnya.

What are you doing now?” Speaking pula dia ni.

I am I was sitting here. Didn’t you see me?” Haa. Kan dah kena
Dia diam. Aku tanya dia.

 “So, kenapa ada kat sini?”

“Untuk menjadi seorang lelaki yang kuat saya mestila ada stamina untuk memperbaiki tahap kesihatan saya. Kenapa awak tak pergi ofis? Mesti bos membebel nanti.” Kemudian dia sengih dekat aku dan ketawa.

 Lawak ke mimic muka aku? Aku Cuma tongkat dagu pandang dia yang berpeluh lepas abis jogging. Dia pakai baju t-shirt putih dengan seluar trek. Aku pasti dia tengah penat sekarag ni. Dari tadi asyik mengelap peluh dengan tuala kecil dia tu.

So apa yang u nak buat sekarang?”

“Duduk sini dan balik bila bosan.”

“Tak patut ...tak patut.” Patut apa.. aku boleh menikmati nikmat tuhan.

Dia sambung bicaranya,,  “Nursha... Jom ikut i, takde la u buang masa.”

“Mana?”

Breakfast.”

okey..”Aku sebenarnya tak biasa dengan Jo ni. Tapi, bila dia baik dengan kita..kita kena la buat baik kan sebab.. setiap kebaikan harus dibalas kebaikan.

TAMAT

p/s{First short story  from me. Sorry for my mistake in writing. Komen yang jujur amat dihargai ^^ Thanks for reading!}

Selamat Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir dan batin

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sempena hari raya yang mulia ini zu ingin mengucapkan ampun dan maaf andai diri ini ada tersilap kata. Jika zu ada menaip sesuatu yang kurang baik di blog ini maaf la.

Zu mewakili seluruh ahli keluarga ingin memohon maaf kepada korang. Jika kita pernah berjumpa ke apa ke... maaf kan la ye ^^

Bagi rakan blogger yang kenal rapat dgn zu .. zu nak minta maaf kat kome banyak-banyak.

Kepada rakan blogger yang beri zu kat raya. Terima kasih!
mommy ira...

Semoga raya ini menjadi raya yang terbaik buat kita. Wassalam

Sabtu, 26 Julai 2014

Segmen Syawal 0-0 by Zurnie Irmani (komen untuk join)

Dengan lafaz bismillah zu rasmikan segmen ini..

Syawal bakal tiba dan zu rasa mcm tak best pulak kalau tak buat segmen..

Syarat



  1. Follow blog ini
  2. Klik iklan >  1     2       3    4       5 
  3. komen url blog anda dan ucapan raya untuk insan tersayang


Hadiah sudah tentunya misteri..
peluang utk anda menang besar jika mematuhi semua syarat di atas.

Tamat: 30/7/14 @malam raya

Kuih Bangkit @ Biskut Bangkit


Assalamualaikum

bertemu kita kembali di entri ini... rindu nak buat kuih raya dan impian ku jadi nyata bila dapat buat kuih raya.. hee.. happy nya... 

kuih tahun lepas usah cerita banyak kot yg zu buat..
ingat nak buat kuih tart nenas tapi, sebab sibuk sangat.. zu hanya mampu siapkan kuih raya yang begitu senang dan wajib dibuat oleh suri rumah yang baru nak belajar membuat kuih. Asyik cakap je bila nak siap kuihnya. Jom buat kuih bersama-sama.

Resepi: Kuih bangkit
Sumber: Kak Liza
mohon share ye kak ^^

Bahan2

Tepung ubi
Tepung gandum
pati santan
kuning telur
gula
daun pandan*disimpul

Cara memasak

1)         dlm periuk.. masak santan dan daun pandan sehingga mendidih.
dlm kuali.... campur ke2, 2 tepung dan goreng tanpa minyak. bagi tepung tu ringan. Kejap je tau

PASTIKAN SANTAN DAN TEPUNG TADI BENAR2 SEJUK SEBELUM MENERUSKAN PROSES SETERUSNYA

2)      dlm mangkuk....  taruh gula dan kuning telur.. kacau sebati.

3)       Letakkan santan tadi berselang-seli dengan tepung yang kita goreng tadi... 
pastikan doh tu senang utk kita bentukkan. pss.. kalau kome biasa buat onde-onde or buah melaka... teksturnya macam tu la.

4)      kemudian, terap dengan penerap yg kome suka. zu buat bulat je sebab doh yg dibuat pun x banyak.

5)      Lepas tu, bakar la.. dlm oven suhu 150 d.c selama 30 minit @ sehingga kuih tu masak.

p/s- Kalau nipis lagi sedap tau.

setakat ini sahaja resepi yg boleh zu kongsi.. selamat berpuasa.. 
 tadaa... perbanyakkan ibadah di bulan ramadhan dan selamat menyambut hari raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin



Ini la hasilnya.. tekan gambar untuk derma

Jumaat, 25 Julai 2014

DENGAN SIAPA SAYA WAJIB BERHIJAB DAN HARAM BERSALAM

Assalamaulaikum

sharing is caring..
checkitout.. siapa yang kita haram bersalam dan kita patut tak dedahkan aurat

Raya dah dekat jangan sebab kita nak duit raya kita main redah je salam org.. 
maaf kalo zu melebih pulak.. jangan marah a...

maaf 0-0  ^^



Dulu.. beberapa bulan yang lepas zu ada tanya ustaz.. boleh ke idak dedahkan aurat dekat abg ipar and my ustaz expalain yang kita tak leh nak dedah dekat dia sebab dia takde ikatan dgn kita.. so, bagi kome yg bergelar perempuan dan ada abg ipar.. pakai tudung kalau dia ada... dia tak dapat dosa renung kita dan kita juga tak bagi orang tengok aurat kita..

ingat.. aurat kita maruah diri kita...

Wassalam.. kbye selamat bertarawikh

Tazkirah Ramadhan

Assalamualaikum


Kebiasannya pada pagi jumaat, warga sekolah yang muslim akan ke surau membaca surah Yassin tapi, kali ini ustaz bagi tazkirah.. jom layan tazkirah sekejap...

Ramadhan


Ada 3 Fasa Ramadhan
Fasa pertama-> Kerahmatan
Fasa kedua -> Keampunan
Fasa ketiga -> terlepas dari azab neraka

moral of the story.. perbanyakkanlah ibadat di bulan ini...

4 Kategori orang yang berpuasa

1. orang yang tidak berpuasa
2. hanya menahan lapar dan dahaga
3. mematuhi semua syarat berpuasa dan menjauhi maksiat
4. menambah amalan dan meninggalkan maksiat

pengajarannya... jadilah golongan yang ke4

Lepas tu ustaz cerita tentang malam Lailatu Qadar

Malam Lailatul Qadar- 

malam yang hanya ada pada bulan Ramadhan dan takde pada bulan lain.

Untungnya adalah ... jika kita memohon sesuatu nescaya doa kita akan dimakbulkan... kalau derhaka dengan ibu bapa, doa takkan makbul.


Tanda-tanda malam Lailatul Qadar:

2)Dalaman
tiba-tiba terjaga pada waktu malam
mudah menitiskan air mata
gementar sewaktu melakukan ibadat
2) Luaran
angin pada pagi itu sepoi-sepoi bahasa.. sebab tu org dulu pasang pancut. Kalau api x meliang liuk, insyallah malam tadi adalah malam Lailatul Qadar
Kalau cuaca sejuk, tak sejuk sangat... kalau cuaca panas tak panas sangat.
Takde kabus/jerebu pada pagi tu... cerah je

Hari Raya

Kita bertakbir la. Lepas solat hari raya jangan takbir pulak. Kalau kak- kak yang sibuk memasak. Takbir je masa masak tu.. conferm masakan kita jadi sedap.
Menziarahi saudara mara dan jiran tetangga
Jangan tinggal amalan wajib. Pakai baju yang sesuai. Jangan dedah aurat.

p/s- macam best je nak buat kuih raya... tapi.. my mum tak kasi buat.. huhuhu sedih ^,^

Khamis, 24 Julai 2014

Maaf sesangat.....

Assalamualaikum

Kepada semua yg tak tau yg zu ada buat segmen.. sebenarnya zu exam SPM tahun ini ..jadi, z x sempat nak promote segmen sendiri..

raya kali ini cikgu dah bagi 'duit raya'

addmath
matematik
ekonomi asas

dan banyak lagi...
doakan semoga zu siapkannya sebelum raya...
dah siap boleh enjoy!

insyallah dah abis exam zu akan buat segmen.. kbye

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...