Rabu, 6 Januari 2016

STPM tak sama dengan SPM

Assalamualaikum

Hasil carian imej untuk STPM

Lama dah tak tulis blog. Okey sekarang ni nz sedang sibuk menyiapkan PBS/kerja kursus .. maaf ya readers

STPM is not same like SPM.. hohoho..

memang tak dinafikan ramai yang memperlekehkan student form six. Tapi takpe, nz maafkan.. mungkin dia tak puas hati sebab dia tak pernah rasa dan alami nikmat belajar di form six (ayat ni bukan nak promote f6 tau ><)


Susah form 6?
Boleh la. Senang kalau work hard and berdisplin. Dengar je cakap cikgu. Apa yang cikgu suruh buat. jangan bangkang

Letih?
of course. semua perkara yang kita buat letihkan? Sama juga dengan belajar. Yang penting sabar n bertawakal kepada Allah. STPM kalau nak tahu, 2x ganda letih.

PBS ok tak..?
ok susah kalau kata susah. So, sebelum keluar tajuk PBS doa banyak2 agar soalan senang.

PBS ni macam kajian lapangan yang mengemukakan beberapa persoalan dan diselesaikan di dalam kajian tersebut


Last but not least,
Doakan NZ dapat menyiapkan PBS dengan mudah, lengkap + menarik  dan memperoleh markah yang tinggi.. ok la..

Good luck guys n adik-adik yang bakal ambil result SPM. 


p/s- maaf habiskan masa korang baca entri tak boleh blah ni (tajuk tak sama dengan entri)

Assalamualaikum    =)

Jumaat, 11 September 2015

Ciri -ciri teman yang baik

Assalamualaikum.

Jom kita amalkan 4 perkara di bawah untuk menjadi seorang teman yang baik.


1. Bersangka baik terhadap teman

Hasil carian imej untuk positif

2. Memuji teman di belakang
3. Tidak iri hati kelebihan teman
4. Rasa bertanggungjawab menjaga kemuliaan teman.

#doakannurberjaya^^

Isnin, 17 Ogos 2015

Aktiviti untuk kami

Assalamualaikum







Lama nur menyepi di blog. Sebenarnya nur mula sibuk dgn STPM.

Mula –mula masuk memang takut juga.Sekolah baru, kawan baru dan suasana yang baru. Persekitaran memang tak sama dgn sekolah lama.. huhuhu.. rindu gan sekolah lama!!

 

Bila dapat kawan-kawan yang superb!! Nur ok je.

 

Ada aktiviti utk semua budak tingkatan 6 rendah.

 

Sebenarnya, nur nak ceritakan pengalaman aktiviti kami .. di setiap sekolah berlainan kerana mpp pun lain kan?? Hehe

 

Mula-mula kami perlu bahagikan kumpulan sendiri. 7 org satu kumpulan. Pastu, tetiba fasi suruh 2 org drpd setiap group utk bangun. Mula-mula Daa yang bangun. Dah sakit perut, zu pula yg bangun... dia duduk balik.

Baca review Daa tentang form 6 di sini

Nur satu geng ngan

Arafah, Awin, Farah syazwani, Renges, Akmal, Afiq, Zafry

Masuk nur, 8 org

 

Kami harus buat aktiviti bersama. Jadi, kami haruslah bekerja sama.  Malu pula nak pandang kawan baru ><

 

 Mula- mula, kena nyanyi. Lagu Negaraku, Negeri Perak, dan Lagu sekolah..

Fasi pilih beberapa org utk nyanyi. Nur terpilih utk naik ke pentas utk nyanyi lagu Negeri Perak bersama beberapa org pelajar dari group lain. Takut kot..

 

Pastu mkn roti + kaya. Tak dapat kaya kena denda...

Hafal nama, tarikh lahir, tempat tinggal of our group member. Tarikh lahir dekat2 je. Alhamdulillah senang nak hafal. Semua ahli group nur dapat hafal. So, kami tak didenda. 2 kumpulan didenda sebab ada ahli yang tak hafal. Diorang kena menari di atas pentas. Lagu Hindustan .. sporting betul kedua-dua group ni...pecah ketawa kami semua.

 

Seterusnya, kami kena jawab kuiz bersama ahli kumpulan. Kami salah 2 alhamdulillah tak kena denda  >,<

Lagi sekali group yang sama didenda, memang group ni berjodoh kot.. hahahaa

 

Pastu aktiviti menurunkan batang helium guna jari.. hehehe yg ni malu betul la..

Kami kena bertentangan lelaki perempuan. Tapi, kami chill sebab kita semua kan kawan.. percubaan ke2 menjadi  :3

Ada yang kena denda berlari disekeliling dewan sebab tak sefahaman. Kesian diorang.

 

Kali ni,kami kena cipta nama kumpulan, ciri-ciri ahli dan sorak. Kami diberi 20 minit utk berlatih

Nama kumpulan kami =  ANAK IBU

Sifat:

Awin n Farah > kami comel!

Nur n Renges > kami tak kisah!

Arafah n Afiq > kami  (zipmulut..)

Sorak- bersatu kita gempak, bercerai kita kokak.. tapi!!!

Kami, ANAK IBU!

Then, semua buat sorak. Semuanya awesome.. malu pulak teman... Kami buat persembahan yg pertama, jadi takde la nervous sangat ^^

 

Lepas tu, kami  rehat – makan di kantin - surau

Selesai tukar baju, kami datang balik ke dewan utk sesi ke2. Still kumpulaan yang sama.

Kali ni Afiq dan farah tak join sebab  Afiq jumpa doktor dan farah sakit.. sedihnya..

Teresur hunt pulak.

Ada 6 lokasi. Kami kena buat tugasan yang diarahkan oleh penjaga tempat tu. Kalau gagal, kami akan denda.

 

Kami di denda;

Kawad tengah panas

Calit muka dengan kunyit

Makan bubur pedas

 

Alhamdulillah kami semua redha dengan ketentuan Allah.

Last sekali, Fasi umumkan

fasi terbaik bagi lelaki dan perempuan, abg wan n kak bedah

lower 5 yg sporting n baik, lelaki- Zam dari kumpulan Daa dan perempuan- anis yang baik lagi comel

Kami dapat tempat dalam kumpulan ke2 terbaik >< Syukran ya allah sebab kami tak rasa kami mampu menang sebab banyak kali kami didenda kan..

Lastly ,main lempar selipar dan tarik kerusi. Yang ni tak berkumpulan.  Suka hati.

Then, fasi suruh kawad ke luar dewan~

Masa tu memang dah lewat dekat 6 ptg dah. Kami sepatutnya balik jam 5.30 ptg.

Fasi tanya kitaorang semua, korang ada buat salah tak?

Yang ain comel tu jawab kat ketua MPP

“Ada, saya rasa saya dah salah cakap dengan mak saya. Saya cakap ngan mak saya balik jam 5 setengah sekarang dah nak dekat pukul 6.. Tak tahu la nanti mak saya kata apa..” >...<

Bomm ... ambik kau bang Haziq

Kan dah kena..

Huhuhu

Lepas tu diorang baling belon berisi air kat kitorang, semua main lari2. Then, balik kalau nak balik... diorg ajak selfi.. tapi takpe la.. my dad dah tunggu kat depan.

Berakhirlah aktiviti mengenakan lower six..

 

Inilah pengalaman yang terindah di form 6

 

Pengajarannya, jangan pernah menyesal dgnapa yg Allah berikan kpd kita kerana sesungguhnya Allah mengetahui apa yg terbaik utk kita..

 

The winner never quit,

The quitter never win.

 ~HIZ

 

p/s- kepada kawan blogger semua, thanks for supporting me.

        Doakan kami 4 flat for STPM

        Kepada yg masuk form6,  u or matrik tahniah, buat yg terbaik ya. Semoga berjaya nur ucapkan.

        For my silent reader, thanks for reading ^^

         I love all of u  

Rabu, 29 Julai 2015

Tips belajar

Assalamualaikum

Dalam mencari ilmu tentu ada strategi dan langkah yg berkesan untuk mencapai keputusan yg cemerlang.Di sini nur akan kongsikan sedikit sebanyak tentang beberapa tips belajar yang nur amalkan dan sedang diamalkan :D

Hasil carian imej untuk berdoa

1) JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH
Yang ni teknik yang paling penting. Allah akan sayang kat kita bila kita sayang kat Allah. Contohnya, sedang kita asyik buat kerja sekolah, lepas tu azan berkumandang tinggal la kerja tu kejap. Lepas dah selesai solat, doa la kat Allah supaya dipermudahkan segala urusan. Insyallah bila kita sambung semula urusan kerja sekolah tadi, semuanya akan menjadi lebih mudah.


Hasil carian imej untuk berdoa



2) HINDARI MAKANAN DIPROSES
Elakkan makanan segera dan ringan kerana, kita tak tahu macam mana ianya diproses dan bahan apakah yg diletakkan di dlm makanan tersebut. KITA JUGA TAK TAHU MAKANAN TU HALAL @ HARAM

Hasil carian imej untuk MAKANAN RINGAN





3) SEDIAKAN BUKU NOTA

Hasil carian imej untuk BUKU NOTA

Tujuannya adalah untuk mencatat nota2 yg cikgu bagi secara lisan @ on the spot. Sebabnya tak semua nota penting dan tips cikgu suruh salin satu-satu. Jadi, cara yang paling efektif, gunakan buku nota tersebut untuk mencatat terutamanya ketika guru sedang memberi nasihat atau arahan. Dalam waktu yg sama, takde la kita lupa nak buat kerja sekolah sebab semua tugasan yg cikgu kita bagi kita dah salin semuanya dalam note book.


4) FOKUS DI DALAM KELAS
Cara naak fokus dlm kelas? > pandang muka cikgu time dia tengah terangkan sesuatu atau dia sedang bercerita. Pokoknya bila cikgu tengah cakap kita maniskan muka dan ikhlaskan hati. Dalam hati sentiasa berselawat agar Allah mudahkan segalanya. Jangan lupa catat apa yang cikgu cakap. Elakkan membuat sebarang aktiviti ketika belajar. Contohnya, memicit pen dengan sengaja 


Hasil carian imej untuk senyum


5) BUAT JADUAL BELAJAR
Kalau tak konsisten pun takpe. Buat ikut kesesuaian pembelajaran anda.



6) MINUM BANYAK AIR
Air membekalkan oksigen dlm darah jadi, bila tengah buat soalan yang susah, misalnya addmath. Minumla banyak air sebab air kan penyejuk badan  ^^

Hasil carian imej untuk senyum



7) ISTIQOMAH DALAM BERIBADAT
Bila melakukan ibadat sunat seelok-eloknya kita buatlah secara istiqamah. Misalnya ketika menunaikan solat tahajud, solat sunat taubat dll. Surah al-mulk dibaca sebelum tidur setiap hari.

8) ELAK BELAJAR DI ATAS KATIL
Terutamanya dalam posisi baring. Tambah-tambah bila study SEJARAH. Letak je buku. Belum sempat buka buku kita dah tidur.  Oleh itu, elakkan la.

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...