#Pelanggan Tetap 3

Assalamualaikum


Kali ni, zu nak kongsi cerita mengenai pelanggan yang selalu datang ke TESCO. Dia bukan pelanggan tetap kedai tempat zu bekerja, tetapi, zu selalu tegur dia apabila dia datang ke TESCO...


Mula-mula datang, zu tanya dia.

‘Akak ni orang Indon ke?’ sebab cara dia berkomunikasi dengan kawan dia macam orang Indon

‘Aku orang Indon’ dia tanya kawan dia disebelah.

‘Tak la, kami orang Sabah. Gaya aku macam Indon?’

Zu  geleng  kepala  dan senyum.

Masa tu dia tengok-tengok lengging. Dia kata harga kat sini murah berbanding di sana.




Kemudian semalam, dia datang. Sebenarnya dalam seminggu insyallah zu nampak muka dia di TESCO. Rumah dia dekat jadi, dia datang sini jalan kaki je. Dia datang sini sebab bawa anak dia bersiar-siar dan main dekat taman di tingkat atas.


Semalam jumpa zu ada  tegur dia...

‘Akak memang kurus ya?’

‘Ya. Masa bujang dulu macam ni la.’

‘Masa mengandung dulu?’

‘Dulu badan saya besar time mengandung. Lepas tu kurus balik macam ni...’dia usap perut dia

‘Ouh ..macam anak dara..’ dia gelak :p

‘sekarang saya mengandung 4 bulan.’

‘Ouh..’terkejut zu. Dah la badan di kemain kecik. Anak dah ada seorang. Huhuhu bagus le tu.. Anak dia yang sulung dah besar. Memang patut  tambah zuriat ^^



p/s- doakan zu berjaya utk ke IPG 
 

Salam sayang, Na Zumyhuna

1 ulasan:

anajingga berkata...

all the best zura.. ;)

Hotel Dengan Harga Yang Berpatutan Di Bukit Tinggi Pahang

Assalamualaikum dan hai hai hai… Pernah tak korang merancang nak bercuti di Bukit Tinggi di Bentong Pahang?? Percutian ala-ala...

Contact Me/ review

eatmakeread@yahoo.com

Cari Blog Ini