Assalamualaikum dan selamat pagi.
Hari ni zu nak review satu lagi japanese drama.
Drama ni saya tonton on-going jugak.
Sama lah dengan drama yayang saya review sebelum ini.
Cerita ini memang aku sangat nanti kan sebab
gandingan Minami Hamabe dan Kenshi Okada.
Mengisahkan tentang dua beranak Minase Aoi dan Minase Sora.
Hubungan mereka sangat akrab seperti emak dan anak.
Minase Sora (Minami Hamabe) pelajar jurusan ekonomi. Dia
sekelas dengan Irino Hikaru (Kenshi Okada).
Sora seorang yang pendiam, kelam (sentiasa memakai baju
berwarna hitam) dan misteri.
Manakala Hikaru seorang yang kacak dan mempunyai ramai
rakan.
Mereka mempunyai dua persamaan iaitu masing-masing adalah
otaku.
Otaku ialah minat dan suka membaca komik dan menonton anime.
Hikaru mengetahui Sora adalah otaku bila di ternampak Sora
di Anime Showcase dan sewaktu di kelas Sora melukis dan ditangkap oleh lecturer lalu lecturer
tersebut mengangkat lukisan Sora dan tunjuk kepada semua orang di dalam kelas.
Hikaru yang suka melukis komik pun tegur sapa dengan Sora
untuk melukis komik bersamanya
Sora tidak mahu pada
mulanya.
Tapi bila maknya mengatakan bahawa dia ada bakat, so dia pun
melukis dengan Hikaru.
Dia layan Hikaru macam maknya, meluah segala-galanya pada
Hikaru.
Tak seperti dia dengan boyfriendnya.
Hikaru pun pelik dan memberitahu Sora, bukan awak patut
contact boyfriend awak ke?
Sora pun pelik kenapa Hikaru sangat sensitif.
Sewaktu mereka melukis komik dan ingin mencipta karakter watak, Hikaru pelik dengan darah Sora dan Aoi tak sama.
Sora berdarah A manakala Aoi berdarah O
Dan tak mungkin orang berdarah O boleh melahirkan anak
berdarah A.
So, timbul konflik di situ.
Sora meminta Gon-chan, Shichiro, Sally, Soseki dan Hikaru
untuk menemani dia berhadapan dengan Aoi untuk mengetahuui siapakan diri dia
yang sebenarnya.
Aoi pada mulanya tidak mengaku yang Sora bukan anaknya
sehingga menimbulkan pergaduhan.
Akhirnya Aoi membuka cerita yang Sora bukan anak kandungnya.
Hanya Gon-chan dan Shichiro yang menegetahui tentang perkara
ini.
Hikaru memujuk Sora untuk tidak membenci orang yang telah
membesarkan dirinya.
Hati Sora semakin pulih dan dia amat bersyukur dia telah
dibesarkan oleh Minase Aoi.
Aoi memberitahu Sora bahawa dia adalah anak Crushnya,
seorang pelakon teater.
Sora memberitahu Aoi yang dia ingin menemui ayah kandungnya.
Adakah Sora berjaya bertemu dengan ayah kandungnya?
Korang jangan lupa saksikan!