Isnin, 2 Januari 2017

Apam Mudah



Assalamualaikum and Hi guys




Amat mahal untuk membuat MAKSIAT
Tetapi terlalu murah untuk mendapat PAHALA




Zu dapat quote ini dari internet, fb ke ig tak tau yang mana satu. Tapi tak setepat quote asal. Huhuhu (Moga encik yang post status ini maafkan saya andai terbaca di blog ini. Mula-mula baca memang  tak rasa apa pun, tapi bila ingat balik, tergiang-giang di ingatan. Betul ke tak kita sama-sama la fikir.



Betul tak bila zu kata masa tengok facebook, instagram, wechat, telegram dan macam-macam benda-benda hiburan ini rasa kejap aje. Umpama mengelipkan mata sesaat.



Tapi, bila baca Al-Quran, walaupun baca satu muka surat bila ditolak time mula baca dan habis baca rasa macam… lambatnya masa berjalan.

Itu lah yang dinamakan kehidupan. Semoga Allah SWT memberkati kehidupan kita semua.





=============================





Ok lah panjang pula mukadimahnya. Kali ini zu akan kongsikan satu resepi yang zu ambil daripada facebook. Tapi teman sudah lupa siapakah gerangan yang berkongsi resepi ini. Minta halal ya zu kongsikan resepi tuan/puan di sini. Terima kasih.



Sudah lama kami sekeluarga gunakan resepi ini. Jarang dah masak apam main agak-agak aje sebab resepi ini memang sedap. My mum selalu minta zu buatkan. Huhuhu orang yang nak makannya idak ada. Maka, bila kakak dan suaminya balik baru lah zu sempat buatkan.





Resepi Apam Mudah

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula – zu letak 1 cawan lebih sikit sahaja
1 sudu besar yis kering (mauripan) – zu letak 2 sudu besar
1 ½ cawan air suam  - zu letak 2 cawan



Cara membuatnya :
1. Satukan tepung dan gula. Gaul sebati. Ketepikan
2. Satukan air suam dan yis kering. Biar yis larut, kemudian campur ke dalam campuran tepung dan gula.
3. Perap selama 3 jam atau lebih.
4. Kukus sehingga masak, anggaran 30-40 minit. 




#jangan buka kukusan sehingga masa mengukus tamat. Nanti makanan yang dikukus tak naik dengan sempurna.


Angkat, biarkan sejuk, potong dan enak dihidang bersama parutan kelapa bersama sedikit garam.



Selamat tahun baru 2017!





Okey lah. Assalamualaikum and goodbye moga bermanfaat resepi ini. 


 





1 ulasan:

Catatan Yang Ditampilkan

Skincare Routine 2022

  Assalamualaikum dan salam raya 2022  Rini zu nak share skincare bagi yang berkulit kombinasi dry dan sensitif Skincare dua kali. pagi dan ...