Assalamualaikum and Hi guys
Amat mahal untuk membuat MAKSIAT
Tetapi terlalu murah untuk mendapat PAHALA
Zu dapat quote ini dari internet, fb ke ig tak tau yang mana
satu. Tapi tak setepat quote asal. Huhuhu (Moga encik yang post status ini
maafkan saya andai terbaca di blog ini. Mula-mula baca memang tak rasa apa pun, tapi bila ingat balik,
tergiang-giang di ingatan. Betul ke tak kita sama-sama la fikir.
Betul tak bila zu kata masa tengok facebook, instagram,
wechat, telegram dan macam-macam benda-benda hiburan ini rasa kejap aje. Umpama
mengelipkan mata sesaat.
Tapi, bila baca Al-Quran, walaupun baca satu muka surat bila
ditolak time mula baca dan habis baca rasa macam… lambatnya masa berjalan.
Itu lah yang dinamakan kehidupan. Semoga Allah SWT
memberkati kehidupan kita semua.
=============================
Ok lah panjang pula mukadimahnya. Kali ini zu akan kongsikan
satu resepi yang zu ambil daripada facebook. Tapi teman sudah lupa siapakah
gerangan yang berkongsi resepi ini. Minta halal ya zu kongsikan resepi tuan/puan di sini. Terima kasih.
Sudah lama kami sekeluarga gunakan resepi ini. Jarang dah
masak apam main agak-agak aje sebab resepi ini memang sedap. My mum selalu
minta zu buatkan. Huhuhu orang yang nak makannya idak ada. Maka, bila kakak dan
suaminya balik baru lah zu sempat buatkan.
Resepi Apam Mudah
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula – zu letak 1 cawan lebih sikit sahaja
1 sudu besar yis kering (mauripan) – zu letak 2 sudu besar
1 ½ cawan air suam -
zu letak 2 cawan
Cara membuatnya :
1. Satukan tepung dan gula. Gaul sebati. Ketepikan
2. Satukan air suam dan yis kering. Biar yis larut, kemudian
campur ke dalam campuran tepung dan gula.
3. Perap selama 3 jam atau lebih.
4. Kukus sehingga masak, anggaran 30-40 minit.
#jangan buka kukusan sehingga masa mengukus tamat. Nanti
makanan yang dikukus tak naik dengan sempurna.
Angkat, biarkan sejuk, potong dan enak dihidang bersama
parutan kelapa bersama sedikit garam.
Selamat tahun baru 2017!
Okey lah. Assalamualaikum and goodbye moga bermanfaat resepi ini.
1 ulasan:
Boleh try nanti..
Ikhlas dari
AlongMisuari.com
Catat Ulasan